Saturday, November 24, 2012

HO Survival Skills Course & Breaking Dawn Part 2

Salam hujung minggu.

How you all doing? Semoga sihat selalu. Lama ku tak menjenguk ke ruangan ini. Rindu rasanya. Tapi apa boleh buat, ada hal yang lebih utama untuk aku utamakan terlebih dahulu. Ah alasan betol *geleng pale*

Dah 3 minggu tak berblog. Macam banyak je nak story kat sini tapi aku rasa tak perlu lah kot. Lagi pun tiada apa yang menarik pun untuk aku ceritakan. 

'So, untuk post kali ni ada apa-apa yang menarik ke Belle?'

Hmm, takde lah menarik mana pun cuma .. 

nak bagitahu

yang

aku akan berrr....

*******
****
*

eh silap

aku kini...

sedang mengikuti 
*sila lihat poster dibawah sekarang gak*

 (MMA's Perak 1st National House Officer Surviving Skills Course)

Hari ini dan Esok!

Haa, rajin tak aku menghabiskan cuti hujung minggu aku dengan mengikuti seminar anjuran Malaysian Medical Association's Perak ni kan? Pada mulanya, aku tak berminat nak pergi, tapi entah macam mana tergerak pula hati ni nak join. Terima kasih mak dan abah sebab menjadi sponsor untuk membolehkan aku join seminar ni.

So far it was not bad. I had enjoyed every single time that I had spend there. At least, ada la gambaran tentang HO's life. Cuma, belum boleh nak decide lagi bidang apa nak ambil lepas ni; 

Either nak ambil medical or surgical? Adakah aku ni jenis yang suka berjumpa dengan pesakit atau suka duduk dalam lab. Adakah aku ni seseorang yang suka membaca atau ada skill? Aku pun tak pasti buat masa sekarang, but I think it's okay. I'm still have time to think about it. Yang penting, fokus untuk exam yang tinggal kurang 5 bulan je lagi ni *menggeletar kepala lutut* 

{ Lee Pace  - my new crush =P }

Next. 
Dalam sibuk-sibuk tengah posting paediatrik, aku sempat menonton wayang.
Serious cakap yang cerita ni best bangat untuk ditonton.
aksi yang mantap dan mendebarkan..ececeh
 Aku bagi 5/5. 
*wah terlebih sudah*

Itu aje mau cerita.
Jumpa lagi

Salam.
( let's pray for GAZA )

* Hyperlacrimation for  3 consecutive weeks
* Thanks Allah for sending them, very special people
* Glad to have YOU to share my ups & downs, laughter & tears
* =,)

Wednesday, November 7, 2012

Pesanan untuk Pelajar Perubatan


Tuntutlah ilmu untuk mencari redha Allah, bukan tujuan untuk dipandang manusia.

Ilmu perubatan adalah ilmu yang bermanfaat untuk manusia.

Tanda menuntut ilmu kerana Allah: 
  • panjang masanya
  • bersungguh-sungguh
  • rendah diri kepada sahabat-sahabat dan pesakit
  • menghormati guru yang mengajar kita.
Kekallah dengan apa yang telah ditentukan Allah, itu adalah tanda wali Allah.

"Manusia adalah ciptaan Allah yang agung, jadi persediaan untuk merawat mahluk Allah ini perlulah hebat."

-petikan daripada sumber ini-


last but not least



okbye.

Monday, November 5, 2012

O&G SPM Julia & dot dot dot

Assalammualaikum W.B.T

Apa khabar korang semua? Semoga sihat hendaknya buat semua pembaca setia blog ku ini. Terima kasih sebab sudi singgah di sini even tiada entry baru pun yang ku coretkan di ruangan post ni..huhu.

Apa perkembangan terbaru seorang aku?

Untuk yang belum tahu, aku kini dah pun bergelar pelajar tahun akhir ataupun kat RCMP ni kitorang panggil student Phase 4. Tak sangka, dah 4 tahun lebih aku belajar di Ipoh ni rupanya, lama betol!

So, agak-agaknya apa perasaan menjadi pelajar tahun akhir ye?

Perasaan cam biasa je la. Cuma bezanya, kalau pergi hospital dan Doktor tanya pelajar tahun berapa, aku still malu-malu nak mengaku pelajar tahun akhir. Cakap pun slow je haa. Mana tak nya, ilmu perubatan masih belum penuh di dada malah masih banyak yang perlu dituntut.

Okay la, tak mau cakap banyak tentang study aku. Cukup la korang tahu yang kini aku sedang menjalani posting O&G, kemudian disusuli Paediatric, Surgery dan diakhiri dengan Medicine. Aku bakal menghadapi peperiksaan Akhir pada bulan April 2013 *sesak nafas*

Doakan kejayaan aku tau. Amin~

Baiklah.

Aku rasa semua orang pun tahu yang SPM akan bermula pada Isnin ni. Dan tak terkecuali Adik lelaki ku, Muhd Rusyaidi yang aku sendiri tak sedar, entah bila budak ni membesar. Dah nak SPM rupanya. Rasa seakan baru semalam aku dodoikan dia dalam buaian. (nampak beno nipunyer haa)

Papepun, selamat menjawab dengan tenang, Syaidi. 


Kakak yakin, kamu boleh! 
Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaanmu. 
InsyaAllah~

Sedikit cerita tentang beliau : 
  • Kini bersekolah di SMS Rembau. Sebelum tu bersekolah di Sekolah Tinggi Muar. 
  • Sangat suka main DOTA & kipas susah mati (die-hard-fan) Merlin. 
  • Sangat disenangi kakaknya sebab beliau sangat mendengar kata. Maklumlah, kakak dia ni memang suka membuli adik-adiknya. 
  • Berkulit hitam manis dan kakaknya selalu menyarankan beliau menggunakan produk Fair & Lovely.
  • Beliau suka menegur kakaknya tak reti berfesyen & gemukss. cessss! takpe takpe. Tegur tanda sayang, ye tak? hee
  • Pembahas Sekolah. (I never expect that he had such talent..hoho)
  • single/not? - I don't know but mak kata dah carikan calon untuk dia..haha. Kemain lagi mak aku haa -

Ok lah. Cukuplah untuk entri kali ni. Terima kasih sudi baca. Salam.

p/s : 
  • Minggu ni last episode cerita Julia kan? Harap sangat ending dia Julia dengan Amir.
  • Tahniah Farid Kamil & Diana Danielle
  • Cantikkan tarikh 10/11/12 ?
  • Ku dah tengok cerita 'Aku Terima Nikahnya'. Bagi 3/5. 
  • Samsung Galaxy Note 11 sangat memikat!
  • Minggu ni aku ada OLC (Observe Long Case dengan Dr Maizun). Harap lepas 1st attempt.
  • ok cukup. Sudah cukup-cukup sudah. 
-syafiqa-belle-

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...