Monday, October 31, 2011

Kemana hilangnya semangat berblog?

selamat malam dunia.
terasa lama gilerrrrr

tak coretkan sesuatu yang best & berguna di sini.
terasa lama gilerrrrr
tidak menyentuh papan kekunci lappy Aspire 4730Z ini.


"ye la, semenjak ada BB [blackberry] kan?"
eh, BB pula dipersalahkan. Walaupun memang tak dinafikan, BB sentiasa ada dipelukkan jari-jemari ini..kah3 *pang*

"Atau mungkin kau bercuti sakan?"
nak kata sakan, tak la sakan sangat. Lepas ber'jimba' di Shah Alam, aku tak kemana2 pun. Hanya goyang kaki di rumah sahaja. Tweet & FB. Blog, ada la buka sesekali..hehe.

[padahal elaun MARA tak masuk lg, sbb tu berkurung je..hehe]

"Kau, busy benda lain? Layan ASTRO..kan kan?"
Hmm boleh tahan la. Tapi sekarang tak se-dahsyat macam dulu la. Kalau dulu, aku akui yang aku mmg kaki TV. Remote control TV tu, kalau boleh nak guna gam UHU je lekatkan kat tangan ni hah. p/s: rugi kot kalau cuti balik kg tak layan TV!

"Dah tu? Kenapa kau dah tak rajin update Blog?"

ENTAH.

Yang pasti aku ada azam baru sempena masuk Phase baru ni. Terus terang aku kata, walaupun aku lulus exam yang lepas, aku rasa cam tak sedap hati. Soalan hari tu susah kot, banyak betul soalan yang aku tak tahu jawab. Aku memang tak bajet langsung boleh pass. Nak jadi doktor? Lagi la belum layak sangat2 kan. Dan, aku pass pun cukup2 makan je. Sedih sangat. Rasa dia kan seakan-akan, kau happy tapi tak boleh nak happy sangat. Macam tersekat je! Tamak ke aku untuk berperasaan begitu?

cukuplah dah enjoy makan tido je seminggu ni. InsyaAllah esok akan mula elektif di Hospital Muar, semoga dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar. Semoga istiqamah ye Belle.. Yeah!!

Oh, sebelum terlupa, Good Luck buat Phase 3B senior MBBS UniKL-RCMP! Do your best ok?

Salam.

Thursday, October 27, 2011

Wordless Wednesday! #21 [Top Images for #alphabetmaths]

Masalah kedai Melayu

Idea ni timbul selepas mendengar rungutan seorang ayah terhadap servis di sebuah kedai runcit Melayu. "masalah betul lah kedai Melayu ni!." Marah betul abah..hehe. Aku, layankan aje marah dia tu.

Berbalik kita kepada tajuk asal.

Masalah kedai Melayu


Kalau korang perasan, ada satu masalah yang biasa kita lihat berlaku sewaktu kita membeli-belah atau makan di kedai Melayu. Yang peliknya masalah ni hanya timbul di kedai Melayu amnya, tapi tidak di kedai bangsa lain. Tujuan aku bukan hendak memburukkan nama Melayu tapi ini kenyataan. Aku rasa korang pun mesti setuju lah.

Masalah yang aku maksudkan adalah susah menerima duit besar daripada pelanggan & tiada pulangan duit baki. Kalau kita hulur duit 50hengget sekeping, mesti akan dapat komen free camni, "besarnya duit, takde duit kecik?". Takpun, kalau time tu kita bayar dengan teman kita, mesti dapat suggestion baik punyer camni, "dik, apa kata pinjam duit kawan ke, akak takde duit kecik la."

Haa, isu tersebut lah yang dibangkitkan oleh abah. Amacam, korang setuju ke tak?

Jom semak fakta berikut;

Peniaga Melayu VS Peniaga Cina



Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Peace no war!

Sunday, October 23, 2011

Entri yang panjang. Jangan baca kalau busy!

Assalammualaikum W.B.T.

*amaran awal : sila baca tajuk sekali lagi*

Ok, so aku assume yang korang tak busy la sekarang ni. Jom teruskan pembacaan.


A word for today !

Sebelum aku berkata-kata menaip dengan lebih lanjut, ada satu perkataan yang ingin aku ungkapkan {kalau boleh jom kita sebut sama-sama} iaitu;


I had passed my Phase 3A exam! 

Dan sekalung penghargaan & jutaan terima kasih ku tujukan khas buat ;
  1. Emak, ayah dan keluarga yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan kami.
  2. Lecturer-lecturer yang tak jemu mengajar 
  3. Rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu 
  4. Senior & Junior yang banyak memberikan sokongan
  5. Dan semua sekali yang turut sama mendoakan kejayaan kami semua.
Walaubagaimanapun, masih ada beberapa rakan kami yang masih perlu berjuang. Di harap mereka takkan putus asa dan ingatlah bahawa kami pasti & yakin yang korang boleh buat punyer! Semoga semuanya lulus. InsyaAllah.

"Pray not for a lighter burden, but rather for a stronger shoulder." - paradigmshift




Tahniah Hanah !

Petang Jumaat haritu, lepas je dapat tahu result, aku terus gerak balik kampung. Tapi aku tak balik terus, aku menyimpang kejap ke Shah Alam. Nak meraikan hari 'best' seorang teman yang kini sudah pun bergelar seorang graduan UiTM..hehe. Tahniah beb!

Good Luck for your future undertaking! muahhx =)

Indahnya saat itu!

Orang berkonvo, kami bereunion. Hee kesian Hanah. Terpaksa melayan kerenah aku, Fiza dengan Ayun. Aha nasiblah kan, siapa suruh konvo time aku betul2 tgh free kan..lalala. Dan pendek kata, seronok sakan kami semalam. 

Biar gambar je la ceritakan..


 Menu Restoran Mohd Chan Abdullah at Melawati. sodap!


Dan, tak lengkap la hangout tanpa tonton movie kan. SO, tahniah kepada Filem Real Steel kerana telah terpilih..hehe. Overall, cerita tu best dan best! -Walaupun aku tertido jugak la di awal2 cerita (sebab kepenatan)- eh tapi okay lagi dari Ayun, yang beli tiket wayang 12hengget just untuk tidur..kan ayun?? hehe


Thanks Ayuni atas layanan 1st Class di bungalow anda.
Thanks Hanah kerana belanja makan Nasi Itik Panggang.
Thanks Fiza bawaku jalan2 cuci mata di Tasik..hehe


Last but not least!


oh, my Hero is comeback *wink wink*

selingan sahaja ... lalala

itu je rasanya. Kbai. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi & Salam.




Friday, October 21, 2011

aku ada soalan untuk korang ni

Perlu ke Rasa Bersalah?

Salam.

sambungan dari entri ini

Apa yang dimaksudkan dengan PERASAAN BERSALAH? 
  • Dalam kata yang mudah, perasaan bersalah wujud selepas kita melakukan kesalahan. Simple bukan?

Apa pula yang dimaksudkan dengan kesalahan itu sendiri? 
  • KESALAHAN bermaksud sesuatu yang bertentangan dan menyalahi prinsip hidup seseorang. contoh : Bercakap bohong.

Disebabkan prinsip setiap orang adalah berbeza, maka PERASAAN BERSALAH juga adalah berbeza untuk setiap manusia. 
  • Contohnya, Ahmad dan Abu ialah Blogger dan juga pelajar. Selepas menghabiskan masa selama 2 jam menulis blog, Ahmad berasa amat bersalah manakala Abu langsung tiada perasaan bersalah.

Kenapa begitu?

Macam yang aku cuba katakan tadi la. Prinsip Ahmad dan Abu mungkin berbeza.
  • Ahmad : wasted 2 hours doing nothing [writing an entry].. what the fuuuu**!! $#^&
  • Abu : Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghasilkan sebuah coretan ringkas. Semoga berguna buat semua pembaca. Selamat membaca!
homework : cuba cari perbezaan dua Blogger diatas dari aspek motif mereka berblog =P


Perlu ke rasa bersalah? Perlu dan juga tidak perlu.

Perasaan bersalah ialah tindak balas emosi yang NORMAL. 
  • Buktinya, setiap/semua orang pasti pernah mengalami perasaan itu!



 Apa kesannya kalau kita mempunyai rasa bersalah yang berlebihan?
  • selalunya, rasa bersalah menjadi 'over' disebabkan oleh persepsi yang dibuat oleh diri kita sendiri. Persepsi kita, boleh jadi salah dan boleh juga jadi betul. Bergantung la.
  • Contohnya, Aminah mendapat 'surat cinta' dari kolej kerana kehadiran beliau kurang daripada 80%. Aminah bimbang kalau-kalau dia tak boleh menduduki exam bulan depan. Dia pun mula rasa bersalah, risau & hampir setiap hari tidur beliau terganggu.
  • Lain pula ceritanya dengan Ain. Dia ni pun dapat 'surat cinta' tapi motif hidup dia, "Hidup biar slumber!"  Lagipun dia dah biasa sangat dapat 'surat cinta' macam tu sampai boleh buat novel wa cakap sama lu.. Tak macam Aminah yang pertama kali didatangi 'surat' tersebut.
  • Nampak tak beza diorang? Efek rasa bersalah yang 'over' tu terhadap kehidupan seharian kita. Pendek kata, "We Should not feel guilty when something is really not our fault." dan tak salah nak rasa bersalah, tapi biar bertempat. Berfikir lah secara rasional. ok?
  • dan selalunya, untuk masalah macam diatas, nasihat yang agak boleh pakai ialah, "Ko ni dah kenapa nak rasa bersalah lebih-lebih, padahal takde ape pun kot. Rileks lah kawan!."

p/s: Do you know that 'feeling guilty' is a sign of Depression? Yes it is!


hmm..cukup lah tuk kali ni. Salam.

Thursday, October 20, 2011

List of OSCE Questions

List of OSCE Questions
MBBS UniKL RCMP Phase 3A 
October 2011

  1. History taking -Jaundice
  2. Respiratory Examination
  3. History taking -Low mood
  4. MMSE -assess insight
  5. Nephrotic chart -advice upon discharge
  6. Speculum & Cervical Polyps (O&G)
  7. History taking -neck swelling
  8. Plot growth chart -failure to thrive
  9. ECG
  10. Short stature
  11. Psy Video (anxiety)
  12. History taking -Cluster Headache
  13. Induction of labour -drugs
  14. Knee examination
  15. Breast Self Examination
  16. Lumbar puncture -take consent
  17. Psy Video -Schizophrenia
  18. Pap Smear -procedure

Friday, October 14, 2011

Nabi Musa sakit perut ?

Salam. Baru sebentar tadi ku mendapat satu perkongsian dari seorang teman. Selamat membaca ku ucapkan dan semoga ianya bermanfaat buat kalian semua.

Tazkirah sempena menghadapi Peperiksaan.


Just to share a story.. Di kala nak exam ni.. Cerita ni maybe Israeliyat sedikit, tapi just nak kita ambil maksudnya..


cerita bermula..

Satu hari Nabi Musa sakit perut. Bermacam2 telah dilakukan namun tak berjaya mengurangkan sakit perutnya..Lalu diadukan kepada Allah dan Allah menyuruhnya pergi ke satu pokok, ambil daunnya, kunyah lalu disapukan ke perut. Lalu Nabi Musa melakukannya, lalu hilanglah sakit perutnya.

Kemudian beberapa lama selepas itu, Nabi Musa sakit perut lagi.. Lalu terus pergi ke pokok itu, diambil daunnya dan dikunyah dan disapukan ke perutnya lagi. 


Namun sakit perutnya tidak hilang. Diulanginya banyak kali, tetapi perutnya masih sakit lagi.

Lalu diadukan kepada Allah.. Allah berkata, 


"Dahulu semasa kau sakit, kau cari Aku dan minta pertolongan dariKu, lalu Aku sembuhkan sakitmu. Sekarang kau cari pokok itu untuk menyembuhkanmu, bukan dariKu. Maka mintalah pertolongan dari pokok itu!"

cerita pun tamat.

Jom. Kita reflect balik kepada kehidupan kita, especially diri kita sebagai student ini. Muhasabah, Tengok yang kita study sungguh2 ni sebab kita nak pass exam, taknak fail ATAUPUN sebab kita tahu Allah suka kita study ni, Allah perintahkan kita study ini. Lain distinctionnya antara kedua2nya. 

Sebab yang kedua tu, Allah suka apa yang kita lakukan, dan kita still dpt pass exam dgn study kita itu. Kalau kita tak pass, kita tahu yang Allah uji kita ataupun ada benda yang kita still lacking, tapi still akan diberkatiNya. 

Kalau kita study utk pass exam ataupun taknak fail, maka study kita kalau pass exam tu, itu ajelah yang kita dapat. Begitu juga dengan kalau tak fail, itu ajelah yang kita dapat. Berkat Nya tiada..

So, check balik niat kita.. Adakah kita dtg study sini sebab kita tahu Allah suka dan perintahkan kita study, ataupun sebab kita just nak pass exam dan boleh kerja dan jadi kaya?

Jika ada tergelincir, maka perbetulkanlah niat kita. Betapa Allah sayang kita, pelihara kita dari sekolah rendah, lepas tu pass lagi sekolah menengah, pre uni.. Sekarang kat universiti dah.. Hargai betul2 dgn tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah..


Wallahu'alam. Sekadar perkongsian.


Yang benar,

Wednesday, October 12, 2011

Perasaan Bersalah ?

Salam. Sihat? Dah lama tak menulis kat sini.

Rindu. Dan itu adalah serious!

Kalau nak ikutkan, aku plan tak nak dah update belog sampai aku habis exam. Maklum la, aku ingin mengelak menulis menaip sewaktu STRESS. Bahaya! Tapi rindu jari-jemariku untuk menari2 di ruangan New Post ini sudah tidak tertanggung rasanya, apa ku boleh buat..huhu. Plus, aku sedikit happy hari ni, entah.. lalala

Sekarang ni, aku masih dalam minggu revision. Kitorang ada 2minggu study weeks, dan minggu ni dah pun masuk minggu kedua. Minggu depan exam, dan aku rasa macam tak percaya. Macam baru semalam aku masuk Phase 3A. -nampak beno nipunyerrr.

Oh cakap pasal exam. Cuak woo. Gile kau tak takut. Tuhan je yang boleh explain =(

Ok, sori. Mesti korang bosan dengar pasal exam aku. Jom berbalik pada tajuk utama.

Iklan kejap >> klik sini [KLMU]


Perasaan Bersalah.


Nak dipendekkan cerita, baru-baru ni aku dikerumuni oleh sesuatu 'benda' yang dipanggil perasaan bersalah dan hidup aku macam tak tentu arah. Tapi Alhamdulillah, aku separa berjaya mengatasi perasaan itu. Dan kini aku kembali menjadi normal.

Terus terang aku katakan, yang situasi yang aku alami tu sangat menyakitkan diri aku sendiri. Yes aku ada sifat mudah beno rasa bersalah. Aku sendiri tak pasti ianya baik atau tak.. tapi.. ala, korang pun mesti pernah punya rasa bersalah kan? Tak baik tipu..aha

p/s: Apakah punca perasaan bersalah aku tu, biarlah aku dan rakan-rakan rapatku sahaja yang tahu. Jangan marah =P

Dan semalam, aku ada terbaca satu artikel English tentang Perasaan Bersalah or in English disebut sebagai 'Guilty Feeling'. Aku amat tertarik la dengan penerangan dan fakta2 tentang 'benda alah tu'. Yup, aku suka study pasal emosi manusia =)

So,

Wahai pembaca kesayanganku yang bijaksana lagi comel belako, jom jawab soalan cepu emas aku ni;

"Apa yang korang faham dengan perasaan bersalah? "

Em, korang jawab la dulu soalan aku ni eh. Lepas tu baru aku akan cerita lebih lanjut tentang tu. InsyaAllah, aku akan explain sama ada normal ke kalau kita ada perasaan tu. Apa kesannya kalau kita terlebih rasa bersalah. Dan kalau tiada langsung rasa bersalah, macam mana plak. Aku tak janji, tapi aku pasti cuba meluangkan masa buat entri pasal tu. Paling lewat pun, lepas exam..kah kah kah.

" we should not feel guilty when something is really not our fault. "

Oh, siapa bagi komen yang paling kreatif, aku nak kasi hadiah la. 
Ala hadiahnya ialah, 

.....

aku akan publishkan jawapan anda itu dalam sambungan entri ini. 

Maklum ler, nak bagi Iphong tak mampu  T___T

#kbai. Jumpa lagi~

Salam.

 " Ya Allah, 
semoga semua pelajar Phase 3A 
MBBS UniKL RCMP 2008/2013 
lulus dengan cemerlang  pada peperiksaan kali ini
Amin. "

Iklan lagi >> klik ye [RetroKichen]
-bersambung.....

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...