Saturday, December 31, 2011

My Blog Summary of Year 2011

Before that, maybe you can have a look on this [entri penutup year 2010].

so, lets start!

[ monthly stat ]

[ Archive  ]


[ Dear all my blog followers ; Thanks! ]


Popular post ;

the header ;

and last but not least

This 'short' entry pictured the best moment that I ever had along year 2011
+
As a 2-years-old-blogger, 2011 reminded me of having a precious moment, or I can called it as a bad memory when I wrote a post entitled; 

I had received a comment from Mr anonymous (you can scroll down the post to view the comment). I admit, it does make me think of quitting blogging. But, thanks to my followers, readers and friends who encouraged me to keep on blogging. Actually I appreciate the comment & I take it as a challenge being a blogger.

"We, can not force people to like us and it is not easy to satisfy others."

-Blogging is a part of my life and I feel really good to have it as my hobby-

I wish this blog will become more productive than before. InsyaAllah, may Allah give me strength to keep on writing.. more good, funny, informative and educated posts..hehe. With that, I thank you. See you next year.

thanks for reading =)

lots of love; Belle

Carian Google Paling Cepat Naik Sepanjang 2011

[ bila FB dah macam tuhan ]





[ sebab gadis Malaysia lari ke Lombok ]


[ Malaysia maju dari segi obesiti?? ]












-aishiteru-


  1. Facebook
  2. Angry Birds
  3. Maharaja Lawak
  4. Iphone 5
  5. Samsung Galaxy
  6. Ipad 2
  7. Jawatan Kosong
  8. Android
  9. Tonton
  10. Aishiteru

Thursday, December 22, 2011

Hormati Perbezaan

manusia..
terlalu banyak ragam
terlalu banyak kerenah
mempunyai rupa yang berlainan
mempunyai minat yang berlainan
variasi betol lah senang cerita.

manusia ni kan
lain & unik
mereka tidak sama antara satu sama dengan yang lain
mereka pelbagai.
warna warni sungguh!

sebab tu lah ada pepatah mengatakan

"rambut sama hitam tapi hati lain-lain"

sama juga maksudnya dengan

lain orang lain pendapatnya
lain orang lain fahamannya
lain orang lain ilmunya
lain orang lain kepercayaannya

Setiap daripada kita berbeza. Setiap daripada kita pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Walaupun kita berbeza pendapat, fahaman, ilmu dan kepercayaan janganlah sampai kita jadikan ia punca kita untuk berbalah antara satu sama lain. Tak perlu untuk kita mencari siapa yang lagi benar dan siapa yang lagi salah.

Hormati lah 'perbezaan' itu.
InsyaAllah, keamanan pasti tak susah untuk kita capai.

-nukilan belle-

Keputusan PMR 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH TAHUN 2011


KENYATAAN AKHBAR

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENILAIAN MENENGAH RENDAH
TAHUN 2011

click here to continue reading.

**************

Alhamdulillah. Tahniah kepada yang berjaya. Pada yang kurang berjaya ataupun lebih tepat, belum berjaya, cuba lagi. PMR bukan segalanya, jangan pernah berputus asa..ok adik?

So, apa yang aku nak kongsikan kat korang kali ni?



eh aku takde adik yang ambil keputusan PMR tahun ni.

Sepupu, ada kot. Nanti lah call mak tanya keputusan PMR dia..hehe

Tapi aku mesti lah nak tahu keputusan PMR sekolah aku dulu.

Ye la kan. Tanpa sekolah tu, siapalah aku sekarang *chewahh*

So, meh nak memperkenalkan, 2 sekolah yang telah banyak berjasa kepada syafiqa-belle;

belle : SPM 2004-2005
info: Seramai 51 orang pelajar mendapat semua A dalam keputusan PMR. Tahniah! 

&

belle : PMR 2001-2003
 Info : Keputusan PMR smkbm akan diupdate kemudian.

Semoga kedua-dua sekolah ku ini akan meneruskan kecemerlangan yang dicapai dalam keputusan PMR 2011! InsyaAllah.

info tambahan, jom usha;

logo batch aku sewaktu di SMKBM dulu.
aku juga merupakan 1st Batch SMSSI
logo kelas time form 5, 5 Al-Falah


kenangan sewaktu mengendalikan program Alumni di SMKBM

kenangan sewaktu mesyuarat penubuhan alumni smssi
info terakhir : masa nak ambil keputusan PMR tahun 2003 (8tahun lalu), pejabat sekolah call. Kata dia aku tak boleh ambil result selagi hutang tak dijelaskan. Terkejut beruk aku mendengarnya. Tapi rupanya, pihak sekolah saja je nak buat surprise. Nasib baik. Masa tu, aku ditemani abah dan aku hanya mampu tersenyum lalu menghadiahkan 8A 1B untuk abah dan mak. Maaf sebab tak belajar English betul2..uwaaa.

itu je. Thanks sudi baca.

last but not least

jangan gelak, please! 

muka time form 3
salam.

Tuesday, December 20, 2011

Video sweet tapi _____ ?

"aloloh sweetnye diorang .. kan?"
"ala kejap je tu, tengok la.." hati berbisik.




sebulan kemudian..




"eh diorang dah clash? ciannye. Takpe la, dah takde jodoh kan nak buat camne. Hidup perlu diteruskan!"
"Haa see, I told you!" hati berbisik.


p/s : Jangan pernah bersangka buruk. Kenapa perlu fikir, 'kalau tak jadi kawin' / 'kalau clash' dll. Doakanlah yang terbaik untuk mereka instead of thinking negative towards them. (^_^)Y


rujukan ; 


"Janganlah kita bising-bisingkan fasal "Rahsiakanlah pertunangan" kepada mereka ini. Sedangkan, merahsiakan pertunangan itu tidak pernah qat'ie. Janganlah kita gempak-gempakkan dengan "kalau putus nanti macam mana?", sepatutnya kita encourage agar mereka cepat&selamat berkahwin. Sekurang-kurangnya, lelaki dan perempuan tu telah menunjukkan satu contoh yang baik, bukan bercouple. Tunjuk contoh macam mana 'melamar' dengan baik, dengan jalan yang baik, dengan prinsip yang baik." -Hilal Asyraf


belle: aku pun dah mcm confius tiba-tiba @_@Y

Sunday, December 18, 2011

Berkata; “Jika di kehendaki Allah & dikehendaki kamu”?

sedikit perkongsian Ahad;






Terdapat riwayat menceritakan bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; 


“ما شاء الله وشئت” 


(maksudnya; Apa yang Allah kehendaki dan apa yang kamu kehendaki).


Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

أجعلتني لله ندا


“Apakah kamu mahu menjadikan aku sekutu bagi Allah? (Janganlah kamu menyebutkan begitu),akan tetapi sebutlah; ‘Apa yang dikehendaki Allah sahaja’.

-(Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[16]

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا حلف أحدكم فلا يقل: ما شاء اللَّه وشئت. ولكن ليقل: ما شاء اللَّه ثم شئت


“Jika sesiapa di kalangan kamu bersumpah, maka janganlah ia berkata; ‘Apa yang dikehendaki Allah dan yang dikehendaki kamu’. Akan tetapi katalah; ‘Apa yang dikehendaki Allah, kemudian yang dikehendaki kamu’. 

-(Riwayat Ibnu Majah dari Yazid bin al-Asham (الأصم) r.a.)


-sumber-


notakaki;

  • contoh di atas merupakan antara bentuk-bentuk syirik kecil. 
  • Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah.
  • Aku pernah terbaca yang, kalau kita cakap demam kebah sbb makan panadol pun syirik.
  • Contoh lain:  ibu menangis sambil berkata "itulah tadi makcik dah kata tunggu makan bubur kacang dulu tapi dia tak dengar...ha ni kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu.." perkataan "kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu..." adalah syirik. -sumber-
  • Jadi, hati-hati lah jika bercakap dan elakkan mengucap kata-kata yang sering mengundang dosa.
  • ok korang? 
  • salam =)


Friday, December 16, 2011

Akhirnya, sampai juga 400



  1. Puteri Nur Afiqah
  2. dyabunga
  3. she'z miera amira
  4. firdaus ahmad
  5. Mohd Rozaiman
  6. Didie ela
  7. Hani Mardhiah
  8. G@D!z$
  9. mansyah
  10. kis
  11. Nur Cu'a
  12. Chocolate Paradise
  13. hazanis_de5
  14. Naszierah Nasznas
  15. Sazlie acik
  16. Putera Megat Iskandar Syah
  17. Alongxpdotcom
  18. Akim Iqbal
  19. fithyuyee
  20. Aien Nazrie
  21. Nurul Nazrien
  22. miela
  23. Abu Idris
  24. Emma

p/s : korang yang Italic font, boleh kongsi link blog tak? tak jumpa la kat profile korg

Terima kasih sudi follow. Jemput la singgah lagi blog ni lain kali tau (^___^)Y

3 video yang best

Curi masa korang jap boleh?
ala setengah jam je.
Ok Jom !



Video Lawak; Bawa Girlfriend Pergi Kuliah Ustaz (UIA Gombak) - Ustaz Azhar Idrus
Dalam video di atas, Ustaz menjawab soalan, Hukum bawa GF pergi kuliah Ustaz??
*wajib tengok!

   

Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.Semoga klip video ini dapat memberi manfaat kepada para penonton.Kami sangat mengalukan perkongsian(share) video ini kepada masyarakat.
Ada Bob Lokman & MattLuthfi.
*harus tengok!

   

Original Sound Track: Cupid's Fall
by the Band: Once Upon A Time There Was A Sausage Named Bob
Check them out at: http://www.BobTheSausage.com
sedih video ni...
*suka hati nak tengok ke tak*

Thursday, December 15, 2011

Obesiti : Kenapa Malaysia maju?

sebab kita suka ;


  1. Pilih lif daripada tangga
  2. Parking kereta paling dekat. kalau boleh nak park dekat pintu masuk pejabat.
  3. Pergi mana-mana naik kereta. Ke kedai sebelah rumah pun nak naik kereta jugak.
  4. Makan maggie. Dah la maggie tu 2minit je masaknye pun, apa salahnya campurkan sekali sayur sawi dalam tu? [saya dan manggi]


dan yang paling terbaru, iPhone 4s [iPhone 4s official launch by Celcom]. Taip mesej guna suara je. Tak ke macam orang malas guna HP? haha.

fikir-fikir lah & jaga kesihatan. Salam.

Monday, December 12, 2011

Istilah Kapel ada Had Umur ??



"Biar betul apa yang aku baca ni?"


Betul lah tu. Tapi, itu sekadar tajuk sebuah entri dan kenyataan. Sama ada ianya sebuah kenyataan yang betul ataupun tidak ... Haa! Jom kita kupas sesama ea (intonasi Melly Tentang Dhia).

Kapel (couple)

Automatik, aku yakin yang terlintas dalam fikiran kebanyakan daripada korang adalah...

HARAM!

Dan selebihnya...

Seronok! Atau No Komen.



"Janganlah engkau mencari pasangan hidupmu, yg jika engkau melihatnya, engkau pasti melupai ALLAH dan engkau terpedaya dengan hawa nafsu malah mengingatinya telah melalaikanmu dari bercita2 memperbaiki imanmu." - syahirul.com

[ iklan kejap ye ]

Tak kisah lah korang ni berpihak yang mana satu, isu yang aku cuba bangkitkan kat sini cuma satu. Pernah tak korang terfikir yang Istilah Kapel ni ada Had Umur?

???^$%*(%?!

Sebab, cuba fix kan word 'kapel' untuk generasi berumur 40-an. "Eh Anuar Zain Kapel dengan Z** A**. Aku kan, hari2 nampak diorang dating. iye."

Tak ke rase macam tak sesuwai? Tak? Ok la, ku bagi contoh lain. *uh nyampah*

"Korang, nak tahu satu cerita tak? Atuk aku dah ada Kapel. Cantik gile tau!"

Haa, see. Pelik tak pelik tak? Ape? er tak juga? *Ok nangis sampai banjir*

As for me. Untuk Atuk, perkataan Kapel lebih sesuai digantikan dengan calon isteri. Dan untuk Anuar Zain, dengan bercinta. *scroll balik atas, gantikan dan baca balik* good job! Baru sedap sikit ayat tu kita dengar kan? yep, betol betul tu, cintailah Bahasa Kebangsaan kita *tetiba*


why her, not me ?? *nangis*

jangan nak terkejut sangat sebab aku pun tengah shock ni
baru tahu lepas meng-google gambar die tadi
T__T

Hey, serious lah sikit Belle! er ok ..

So, begitu lah ceritaku. Kesimpulannya, Istilah Kapel wajib [fuh jatuh hukum terus haa] korang gunakan pada umur yang betul seperti remaja sebab Belle suruh.. haha. Bukan apa, sebab aku dapat rasakan yang bila sebut kapel je, persepsi orang mesti negatif. kenapa ek? Kapel sikit, mesti cakap buat dosa..

Yep, mostly memang macam tu. Tapi percayalah yang tak SEMUA kapel, macam tu. *tak terasa tak terasa* . come on people, wake up! [hujah couple dah basi]

Caption dari status FB seorang teman.
kredit to him sbb idea menulis entri ini lahir selepas membaca status ni

EH jap! Tapi, kenapa kita tak pernah dengar orang cakap yang, "Bercinta itu Haram", "berkasih sayang itu Haram" dll. Bukan kah bercinta, berkasih dan bercouple masing-masing membawa maksud yang sama????!

Haa, soalan tu hang kena jawab sendiri. Sekali sekala kasi minda korang berfikir, takpe kan? Selamat beramal. 


"Carilah pasangan hidupmu, yg jika engkau melihatnya, engkau pasti akan teringat pada ALLAH, serta bercita2 ke arah memperbaiki imanmu kepada ALLAH." -syahirul.com




Terima kasih sudi baca sampai habis.


ps: gambar curi kat Tumblr ^_^'

Sunday, December 11, 2011

Selamat sudah semuanya. Maka bermulalah ..

Semalam, hari penat bagiku tapi bermakna. Seharian bertolak dari Muar ke Ipoh. Setiba di rumah sewa, perlu mengemas pula bilik yang hampir 2 bulan ku tinggalkan. Memang penat tapi berbaloi-baloi! 

Bila Eric Leong (emak) datang ke rumah sewa, buat pertama kalinya... memang tak terkata lah. Itu ubah, ini tak betul, "nape tak beli __ ". wah macam-macam aku kena. Tapi layan kan aje. Anak yang baik kena ikut cakap emak. Tak cium bau syurga nanti (kata ku salmi Tentang Dhia).

Aku hargai kedatangan mereka ke Ipoh =')

Esok, 12/12/2011! Akan bermula satu lagi episod baru dalam kehidupanku iaitu Fasa 3B di UniKL-RCMP. Harapan aku (macam selalu lah kan) nak start belajar sungguh-sungguh dan lulus exam final 3B next year. Tapi, konfem! last minit baru gelabah nak study group segala bagai pastu nyesal T___T

InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.

taken @ 12pm -10/12/11-

terima kasih emak !
terima kasih abah !
akan ku jaga ini kereta macam ku jaga lelaki ku .. eh?


Jom berusaha! (^___^)Y


Friday, December 9, 2011

Reply Entri Kenwooi : Tweets can be Deceiving

salam.

Apa khabar pembaca yang dimuliakan sekalian? diharap semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sihat je. Apa yang aku nak coretkan kejap lagi ni? aha, ianya berkaitan isu semasa yang tak berapa nak isu sangat lah.

ok serius!

baru-baru ni kan, aku macam dah ada semangat balik untuk kembali aktif berblog. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku terus aktif tanpa melakukan blogwalking dan sedikit perubahan kat laman web aku yang hampir bersawang ni kan? kalau ada yang perasan la.. kan T__T


dipendekkan cerita, semasa ku ber-blogwalking di top blog lelaki SEKSI aku terjumpa entri bertajuk Tweets Can be Deceiving written by Kenwooi. (He is a smart blogger. I like almost all his posts!) Yep, nowadays.. siapa je yang tak tahu Twitter tu mainan ape bukan? Cuma tak semua orang ada akaun Twitter. So entri kali ni khas untuk para pemilik akaun Twitter sahaja.

sebelum apa2, let me explain about what is the meaning of Deceiving.
  • Deceiving (deceive) is to cause people to believe what is not true or in short is mislead. Dalam bahasa Melayu bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan orang salah anggap.
Jadi, adakah anda setuju, wahai para pengguna twitter sekalian bahawasanya tweet-tweet anda itu adalah tipu semata?

"Ya, Yang Arif. Saya, Syafiqah bernombor IC 88X-XX-XX (dah layak sangat mengundi) membangkang sekeras-kerasnya pernyataan tersebut."

"hmm, sila berikan hujah2 anda. Now!"

Tweet melambangkan isi hati kita
  • Berbanding Facebook, Twitter adalah tempat yang lebih, saya ulang, lebih sesuai untuk meluahkan isi hati. Ye la, manusia ni kan penuh dengan emosi. Kalau emosi je mesti nakkan perhatian lebih sikit. Tak kira lah perhatian untuk melepaskan geram atau berkongsi perasaan. Sekarang ni, dah ada Twitter, tweet je lah! Dengan harapan ada yang sudi menjadi pembaca setia di timeline =)
  • One more thing, dah nama pun isi hati, its not a thing yang mudah di baca. ekspresi muka yang tersurat pun bukan 100% melambangkan isi hati yang tersirat. Makanya, tweet menjadi medan untuk men-surat kan isi hati (apa pelik benor BM aku ni?) .
Pembela : tulis isi hati kat kertas tak boleh? baru la betul2 men-surat.

Tweet melaporkan segala aktiviti seharian kita
  • Bangun pagi celik je mata, benda first yang dicapai, SMART handphone. sebab apa? nak tweet 'Good Morning!'. Dah siap-siap nak ke kuliah ni, tweet jap -- 'off to kolej.'
  • Hal ni seolah-olah dah jadi rutin harian. Walaupun nampak macam annoying bagi sesetengah pihak, tapi kadang-kadang ianya berguna untuk sesetengah orang. Sebab ada orang kata la, Isteri Solehah bangun awal pagi. Eh yeke?
Pembela : Boleh je bangun jap, tweet pastu tidur balik *uprolling eyes*

Tweet is live streaming
  • Twitter has timeline. Its a live update. semua orang akan update apa yang dia nampak, lihat dan rasa. Tweet je ape saje. Its like a real life. (ok hyperbola!)
  • aku sendiri tak pasti kenapa perlu update, tapi yang aku tahu, setiap perbuatan pasti ada tujuannya. Kira macam Tweet bersebab la. Kita takkan tweet sesuatu yang kita tak rasa. Kan? kan??
Pembela : Tak, ada je! Maybe, dia bosan. Dia kurang kasih sayang. Ataupun jiwa celaru.

whatever lah pembela. Takpe ea, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. ea (sila buat intonasi macam Melly). Ada je yang ko tak puas hati ea. aku dah sehabis boleh try berfikiran positif tau. T___T. (eventhough I just put crying sign, but I'm smiling right now. Itu cuma sebagai penambah rencah dalam ayat tadi. So, am I deceiving?).

**************
sama ada tweet kita real ataupun tidak, nasihat seorang aku;

- tweet lah secara bijaksana -
You! just take it easy, jangan serious sangat bro!
'twitter hanyalah hiburan semata-mata'
- tweet bila perlu -
dan 
-stop bertwitter jika anda seorang yang mudah terasa-
terasa dengan tweet orang lain

dan twitter sangat best untuk masa-masa tertentu sahaja, contohnya;
  1. sewaktu perlawanan bola Sepak, nak-nak time gol dijaringkan
  2. bulan puasa. Ah seronok dapat berkongsi juadah sahur dan berbuka bersama rakan2 twitter.
  3. tayangan Drama-drama menarik TV3, currently I'm watching Tentang Dhia. Best bila mana ramai betul yang tweet dengan begitu emosi sekali..hehe

itu je kot.

thanks for reading 

(^__^)

wassalam.

- Feel free to follow me @syanabel -

segmen up follower dengan sepantas kilat

salam.

Klik gambar untuk join ..


Belom Coba Belom Taw !

and 

-A kredit to 'Her'-

Elektif 3B -ep2

sambungan Elektif 3B -ep1 ;


antara gambar kenangan sepanjang 'elective posting'

"from 31st October - 9th Disember 2011" = 6 weeks !

Minggu Pertama

Pantai Leka Parit Jawa, Muar
  • To be honest, sebagai orang kampung Parit Jawa, aku sangat jarang ke sini. Last time aku pergi pun, dgn mak, abah dan maisarah. Time tu siap ada orang buat pre-wedding photoshoot. mak tanya, "nanti nak buat camtu tak?" and straight away I said, NO! =P

Tanjung Emas Muar
  • Pelik tak pergi tanjung pakai baju kurung? time ni baru je balik dari hospital. Maka agak terskema sekejap..hee.


    aksesori wajib untuk doktor-doktor pelatih


    Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka
    • Tet tet, A message received, "Dak2 melaka ajak makan sama malam ni. nak join?" waktu mesej dibaca adalah pada jam 7malam. 
    • "Bole gak, kul bape?", message sent!
    • "Pukul 8." ok fine. tak boleh awal lagi ke bagi mesej tu wahai Azizi oi?



      Minggu kedua

      Tanjung Emas Muar
      • Waktu ni, rombongan meminang dari Melaka datang melawat kami di Muar. Terharu menerima kedatangan diorang..hehe.
      • Paling best bila kami dijamu oleh ibu Azizi dengan hidangan Mee Bandung dan pulut rendang. Dah macam kenduri kau!
      melawat monyet Tanjung Ketapang =)

      Minggu Ke-3 

      Hari minggu di isi dengan dua aktiviti


      dan



      Minggu ke- 4, 5 & 6

      Melaka Wonderland
      Muka abah memang sejak dari Azali macam tu. SO abaikan.

      first time ever!

      At Dataran Dewan Serbaguna Bukit Gambir with Ainaa

      Tiara Beach resort, Port Dickson

      Conclusion

      As a whole, I feel that it has been an exciting 4 weeks because I had the opportunity to see the healthcare system in Muar Hospital and also gained better understanding on the management of several common diseases in Malaysia. I am also glad that I managed to practice several procedures on real life patients, and hopefully be more confident in performing such procedures in future. 

      I have enjoyed this attachment and feel that I have fulfilled most of my objectives. I am glad to have followed this team and I am thankful for their kindness towards making my 4 weeks in HPSF a memorable one.

      During my elective, I was also able to travel around Muar. Although I was born in Muar, I rarely had a chance to travel around here as I hardly get a long period of holiday. I noticed, Muar is currently totally different compared when I was a kid. I am also glad of having a really good time to spend with my beloved family and friends. As a conclusion, as well as being a useful experience, it was also a very enjoyable one and I had a fantastic 6 weeks!


      p/s : ayat di atas di copy-paste daripada report asal. 
      Sebab tu ianya nampak begitu skema sekali..
      dan macam karangan budak tadika..
      kan..hehe.

      T@M@T

      Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

       Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...