Thursday, May 29, 2014

Nak pesan something lah

Antara kes yang selalu jumpa kat klinik pembedahan:

1) buasir (hemorrhoid)
Aduan : berak darah berasingan dengan tahi. Ataupun ada keluar 'sesuatu' melalui salur berak.
Pesanan : banyakkan makan sayur dan buah. Selalu lah berendam air garam supaya si Buasir mengecut. Tiada ubat diberi, kecuali jika ada sembelit kita akan bagi ubat pelembut najis. Kena la bedah atau ikat jika buasir yang teruk. 
Cara elak : jangan meneran waktu berak!

2) batu karang (renal stone)
Aduan : sakit perut bahagian pinggang, kencing berdarah dan susah kencing. 
Pesanan : banyakkan minum air. Kena bedah untuk kita buang batu tu jika buah pinggang merosot atau batu nya besar gajah haha.
Cara elak : jaga kebersihan alat sulit anda. Jangkitan di bahagian tu antara penyebab utama dapat batu karang.

3) gastrik 
Aduan : sakit perut, muntah darah atau berak hitam.
Punca : ubatan ( pencair darah ) , merokok, jangkitan kuman
Cara elak : makan tepat pada waktunya. 

4) angin pasang (hernia)
Aduan : benjolan di bahagian kiri atau kanan alat sulit. Boleh sebabkan usus tersumbat kalau berlarutan.
Punca : kerja berat, batuk yang teruk dan berpanjangan, sembelit, prostat, kesan pembedahan sebelum ni.
Cara elak : elakkan punca, dilarang keras mengangkat batu konkrit, rawat prostat, makan sayur banyak kalau ada sembelit. Dapatkan rawatan segera jika ada gejala usus tersumbat seperti muntah selepas makan, perut kembung dan tidak berak beberapa hari.

Thats all for now.

Last but not least,

Jangan datang ke klinik pembedahan jika anda tidak mahu dibedah. Thank you :)



Monday, May 26, 2014

Thomas terlepas lagi..

Salam. 

Mesti semua sedang bersedih dan kecewa.
Ku pun begitu.
Namun hakikatnya.. Bukan mudah
'Eh macam lirik lagu zizan plak'
Takpe, its ok.
Kalah tapi sengit
Good enough kot

Yang menonton pun seronok menonton sama2
Seronok berdebar sama2
Sorak sama2
Marah sama2
That 'moment' lagi penting daripada sebuah cawan Thomas tu pun.

Aku membesar dengan Thomas
Maksudnye bukanlah Aku makan nasi Thomas hari2
Maksud aku, jarang terlepas untuk menonton perlawanan thomas
(Bunyi macam patriotik betol)
Yup, seronok tengok diorang main especially tengok dengan family

Si abah lah komentator
Si adik lah tukang kritik
Si akulah yang tukang sorak
Siapa yang suka tengok, paham lah kot

*Yes, I feel you Belle. Feel sgt.
Ok tq haha!

Okaylah. Till here then. See you. Miss you. Bye. Salam. Mari puasa esok? Daaa


P/s: Maaf, gambar tiada kaitan dengan tajuk..

Monday, May 12, 2014

Happy nurses day

Sewaktu aku sedang melihat pesakit di unit rawatan rapi, seseorang telah menegurku,

'Dr, ingat akak lagi?'

'Er maaf, tak pasti la. Kat mana jumpa?'

'Akak la, yang Dr rawat haritu. Ingat tak, amek xray nampak usus tersumbat. Bla bla bla...'

'Oh ingat! Eh dah sihat? Alhamdulillah.'

'Alhamdulillah. Hari ni akak ada buat makan2 jemput lah tau.'

'Iye? Bestnye rezeki.. Terima kasih'

Waktu itu, kau akan rasa betapa indahnya menjadi doktor.

Happy nurses day buat ibuku dan sekalian jururawat yang membaca nukilan beta ini.

Good night! Hehe

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...