Thursday, May 31, 2012

Reunion di Alam Maya?

salam. entri ringkas je ni.

Hari ni (semalam) banyak juga masa dihabiskan dengan ber-whatsapp sahaja. sebelum tu; whatsapp ni macam ym dan bbm. kita bole chat secara percuma dgn kawan2 yg menggunakan iphone, android dan blackberry janji ade internet.

nak dipendekkan cerita, aku ni baru tahu yg whatsapp bole buat group chat. maka aku pun buat la satu untuk menghimpunkan kawan2 lama yang aku masih simpan lagi no mereka dalam simkad aku ni. alhamdulillah ramqi juga~

mule2 saje je nak try je, tapi lame2 seronok pula. kawan2 pun ada yang bagi respond baik. best la sbb dapat keep in touch dgn diorang balik. sebelum ni usha update masing2 kat fb je tapi jarang tegur. ye la masing2 busy kan.

so kalau korang nak try test benda ni boleh la try. cukup lain la perasaan group chatting di smartphone dengan group chatting di laptop. enjoy macam baru pas join reunion betul2 padahal kat alam maya je kpt. tapi of course both still ada pro and cons.

thanks whatsapp sebab anda sgt cool. tapi tanpa wifi siapa la anda.. kihkih

Thursday, May 24, 2012

24 Mei 2012

Hari ini, tamat sudah cuti ku yang seminggu itu. Sewaktu entri ini ditulis, aku masih berada di dalam bas sambil ditemani siaran radio yang sangat menghiburkan..ok tipu. (terus on headphone pasang lagu ombak rindu. nak berkarya perlu ada mood..aha)

tuhan tolong lembutkan....lalalala..dah2 jangan merepek di sini!

seminggu di kampung, macam-macam benda yang berlaku. ada yang dirancang berjalan lancar dan ada juga yang berlaku tanpa disangka-sangka. itulah namanya kehidupan. sebab tu kita kene ready dengan setiap kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup kita setiap hari.

aku bersyukur sebab setiap dugaan yang datang dapat aku tempuhi dengan jayanya. rasanya tak perlulah aku habaq apa benda yang dah jadi tu kan? tak penting pun untuk korang tahu. yang penting semuanya dah settle dan aku sentiasa set dalam otak aku ni ; setiap yang berlaku pada aku tu pasti ada hikmahnya. jadi, tak perlu lah bersedih..

eh tukar topik plak jom?

Selasa lepas aku terlepas untuk menonton debat antara Khairy & Rafizi. ala, ruginyer. ni semua gara-gara lambat on twitter. Kalo tak mesti aku alert pasal benda ni.. takpe, harap2 kat youtube ada la diorang upload. dengar cite kawan2 kat twitter and FB, Dato Khairy pandai berdebat.. tu yg nak tengok tu..heheh

(eh kenapa ada lagu cinta muka buku kat playlist mp3 aku ni?? lalala...next song please!)

Pada pandangan aku, pinjaman PTPTN perlu diteruskan tapi perlulah tanpa bunga yang tinggi. Tentang isu pemberian pendidikan percuma pula, aku agak kurang bersetuju.

Kenapa nak percuma? Manja betul kalau semua benda nak percuma. Memang la kita kasihan kat golongan yang tidak berkemampuan, tapi bukankah mereka dapat biasiswa janji dapat result yang bagus! maafkan aku, mungkin aku bias sebab aku bukan peminjam ptptn dan tak layak nak bersuara. aku cuma berpendapat antara kesan pemberian pendidikan percuma; taraf pengajian di peringkat institusi tinggi akan semakin pudar nilainya di sisi masyarakat.

sebenarnya yang beria-ia ingin ptptn dimansuhkan ni siapa? yang baru hendak meminjam ataupun yg telah meminjam? oh aku terlupa nak cek fakta tu. tengok debat dulu la..ilmu cetek tapi nak cakap banyak pulak ye Belle??!

im sorry...

ok da sampai ipoh. ada wifi kat umah, so boleh publish ini entri..heee




Friday, May 18, 2012

Tahniah senior 1st Batch Mbbs UniKL!

Petang tadi, tepat jam 4.30ptg; Senior2 aku di RCMP telah pun mengetahui result final MBBS diorang. Seronoknyerr. Alhamdulillah dan tahniah buat mereka yang telah lulus dan kini bergelar Doktor. Pada yang masih perlu meneruskan perjuangan, jangan putus asa.. InsyaAllah boleh. 6bulan je lagi. Tak lama mane pun tu..

Aku pulak? Tinggal 10 bulan je lagi. Omaigodddd. Ok sile offline sekarang Belle and study...ok tipu. Aku tengah tengok Jumper kat tv2. Cite ni mengingatkan aku akan seseorang..hurm. Ok abaikan.

(seronok melihat orang lain berjaya dan secara otomatik kita pun nak berjaya macam diorang gak)

Methods of suicide in Perak

Woot woot.. Lupa nak cerita pasal cerita ni..haha

Sekarang ni aku tengah busy buat research ataupun ktrg panggil SSM (special study module). Dalam masa 6 minggu ktrg kena pilih satu tajuk berkaitan medik dan buat research ttg tu secara individu atau berkumpulan (2org sahaja).

Aku buat SSM dengan Sarah. Tak mampu rasanya nak buat sorang2. Pada mulanya ktrg bajet nak siapkan dlm masa 2 minggu pastu bole la cuti sebulan. Tapi disebabkan byk pula benda nak kena settle, makanya, dah masuk minggu keempat pun tak siap2 lagi nih. Hurm. Bese lettew.. Tapi yg penting result dah siap analyze..

Yeay! Ktrg dah boleh tarik nafas lega. Terima kasih Dr sebab banyak bantu kitorang!

So..Thats why la.. Kini aku on the way balik Muar. Cuti selama seminggu. Lame gak tu..hihi. Seminggu lagi yg ada tu plak aku rasa nak stay Ipoh sebab ada training Volleyball. Karnival sukan UniKL pun tak lama je lagi ni. Dan yang paling penting, final exam phase 3B nak dekat dah. Macam tak prepare pape je lagi ni..aigooo belle.

Orait..adiosza~

P/s: tajuk entri merupakan tajuk research yg aku buat. Menarik tak? Secara ringkas yg aku boleh cerita ttg result research tersebut ialah; cara yang paling kerap digunakan untuk membunuh diri ialah gantung diri dan diikuti dengan minum racun. Selain tu ada juga yang bakar diri dan tikam diri sendiri. Lelaki lebih ramai bunuh diri berbanding perempuan. Manakala bangsa cina dan india mencatatkan jumlah tertinggi dalam masa dua tahun yg lepas di Perak. Hanya 7orang daripada 102 beragama Islam.

Isu like status di FB

Sejak kebelakangan ni, aku banyak menerima like di FB. Er maksud aku, post2 aku. Mungkin faktor pertambahan rakan. Ye lah, konsepnya mudah je.. semakin ramai yg membaca post kita, semakin bertambah lah like.

Tapi mungkin juga ada faktor lain. Antaranya ialah mempunyai minat, pandangan dan situasi yg sama dengan kita. Susah kot nak jumpa org yg sekepala dgn kita. Sebab tu lah menerima satu like seakan-akan menerima satu pangkah undi di PRU akan dtg (tiba-tiba).

Namun hati-hati kawan. Jangan kita menjadi orang yg 'gila' like sehingga dicop sebagai attention seekers. Apa-apa yang kita lakukan haruslah disertai dengan niat yg murni. Bukan hendak menuduh cuma mahu mengingatkan sahaja. Tak cakap pasal korg pun, aku mengata diri sendiri je nih..haiya.

Ada juga yang menerima like tetapi tidak menerima komen. Apa yang berlaku? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Apa yg pasti, sebagai seorang aku yg juga pernah melakukan perkara yg sama berasa benda itu perlu.

Sebabnyaa.. Suka hati lah nak like ke nak komen. Itu kan hak masing-masing!

Hee gurau je kay. Pada aku, komen bila perlu dan sesuai dgn waktu. Like pun camtu gak. Kalau rasa cambest je, like aje lah kan? Tapi ingat, tidak like tak semestinya tidak suka atau setuju. Mungkin faktor terlepas pandang, segan, kurang akrab dan sebagainya.

Hmm.. Sorry to say but.. Aku mmg memandang budaya like di FB ni sebagai sesuatu yang agak serius. Aku juga berhati-hati untuk like sesuatu post di FB. Contohnya.. Status berbunyi; kucing saya mati... Tak tergamak kot aku nak like sbb kalau aku like seolah-olah aku meraikan kematian si Kucing. Kejam bukan?

Papepun, semuanya bergantung pada niat masing-masing. Like itu memberi seribu makna. Aku hargai kawan-kawan yg sudi like post aku di fb walaupun kami tak pernah bertegur-sapa. Terima kasih.

Monday, May 14, 2012

Ego in Love

GIRL's DIARY :

I broke up with him today.
I told him I wasn’t happy.
He didn’t 
even ask why.
I thought he would ask me to stay.
But he didn’t. He just let me go.
And just like that,
I lost the guy I waited for so long. :'(

GUY's DIARY:
She broke up with me today.
She said she wasn’t happy.
I was too hurt to ask why.
I wanted to stop her from leaving.
But if she’s not happy with me, there’s no way I can make her stay.
So I just let her go.
Just like that,
I lost the girl I’ve been dreaming of for so long.. :(


___________________________
Thats the problem of ego..
Its always come in the middle of love...
and separate two lovers always like this way....
Have you ever showed ego to your loved ones?

-Facebook-___________________________




Belle : Kesekian kalinya aku jatuh cinta, dan kesekian kali pula Tuhan bilang ‘belum’

Sunday, May 13, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Pulau Pinang

Salam.

Apa khabar korang? Semoga korang semua sihat selalu. Apa aktiviti hujung minggu korang? Best tak? mesti best kan..

Alhamdulillah, hari minggu aku pada kali ini terisi dengan sesuatu !
Aku dan beberapa orang rakan sekuliah, Radin Cain Ainaa Asma & Farahin telah bercuti ke..

Pulau Mutiara, Pulau Pinang!

Perjalanan bermula pada hari Sabtu, seawal jam 8 pagi dan mengambil masa kira-kira 2jam setengah sahaja dari Ipoh. Sesampai di sana kami terus pekena Roti Canai Daging (RM3.80) & Roti Bakar (2.50) bertempat di tepi jalan macam dalam gambar di bawah..hehe


Pastu pi jalan-jalan kat Gurney Plaza. Lepas tu lagi pi melawat Toy Museum dengan bayaran RM10. Jom tengok gambaq sat .. [ gigih aku edit gambaq-gambaq ni guna Picasa tau ]







Overall, smart! Kartun2 yang ada memey semart ah. Dan Muzium tu best sebab kita boleh imbau kembali memori zaman kanak-kanak dulu. Semua jenis kartun ada kot. Yang tak best; bayaran dia macam tak setimpal dengan keadaan muzium tu. Dah la berhabuk dan kebanyakan alat pameran tidak dijaga dengan baik. Mungkin pihak muzium boleh ambil inisiatif untuk menambah baik tempat tu, baru lah pengunjung akan rasa berbaloi-baloi untuk masuk ke sana.

Then kami singgah solat sekejap di masjid terapung sebelum bermandi-manda di Pantai Miami, Batu Ferringhi...wee

singgah Tesco jap beli baju nak mandi.. hoho
Masjid Terapung
Sedih.. sebab jam tangan hilang kat masjid ni. Takpe lah..dah takde rezeki nak buat camne

Miami beach, Penang
Malamnya pula, kami makan kat Medan Selera Padang Kota Lama.
Pasembur die best! (padahal baru pertama kali makan tu)

sempat singgah jap beli cenderamata sebelum naik ferry
Bawa JNG naik Feri. seronok!
Then, kami bermalam di rumah Makcik Ainaa & esoknya, on the way balik Ipoh, kami sempat singgah Taiping pi pekena Mee Udang. 

Mee Udang Kecik = RM6.00
Tempat : Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Terima kasih kawan di atas memori yang sangat indah ini.
Penat tapi puas dan seronok!
Selamat kembali ke sekolah semula esok =P

Tu je lah mau cerita. 

Adiosza.. salam 
(^__^)Y

p/s : Untuk Puan Hawa Sahalan, Selamat Hari Ibu & Hari Jururawat. Untuk Encik Azali Han, Selamat Hari Guru! Nabila sayang mak dengan abah sangat-sangat tau =)

Saturday, May 12, 2012

Used vs Loved

While a man was polishing his new car;
His 4 years old son picked up a stone and stratched lines on the side of the car.

In anger, the man took the child's hand and hit it many times not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures.

When the child saw his father.. with painful eyes he asked,

"Dad, when will my fingers grow back?"

the man was so hurt and speechless..

he went back to his car and kicked it a lot of times.

Devastated by his own actions.. sitting in front of that car he looked at the scratches, the child was written

'LOVE YOU DAD'

The next day that man committed suicide...

p/s: Anger & love has no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life and remember this..

"Things are to be used and people are to be loved"

source : was taken from NSRM ( National Suicide Registry Malaysia ) Bulletin

_______________________________________________________________________

HADITH ON SUICIDE: WHOEVER KILLS HIMSELF WILL BE PUNISHED IN HELL WITH WHATEVER HE USED TO KILL HIMSELF



Abu Huraira reported: The Messenger of Allah, peace be upon him, said, “Whoever kills himself with iron then his iron will be in his hand, thrusting it into his stomach in the fire of Hell abiding therein eternally; and whoever drinks poison and kills himself will drink it in the fire of Hell abiding therein eternally; and whoever threw himself off a mountain and killed himself will be thrown into the fire of Hell abiding therein eternally.”
[Sahih Muslim, Book 1, Number 199]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ شَرِبَ سَمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
صحيح مسلم كتاب الإيمان باب تحريم قتل الإنسان نفسه وأن من قتل نفسه بشيء يعذب به وأنه لا يدخل الجنة إلا مسلم

_______________________________________________________________________

Friday, May 11, 2012

Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 6!

Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah, 


Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada enam. 


Dikatakan: Apa yang enam itu, ya Rasulullah? 


Rasul SAW bersabda: 

  1. Apabila engkau bertemu dengan saudara Muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya
  2. Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya
  3. Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya
  4. Apabila ia bersin dan mengucapkan alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah
  5. Apabila ia sakit maka ziarahlah
  6. Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya

Monday, May 7, 2012

Dialog Lembu & Ayam



Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
 
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

By: Yaya

Sunday, May 6, 2012

Kawan-kawan, jom baca sejenak..

Time for Govt to make a move

Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang

Ini bukan cerita karut tapi cerita bergambar..

Baca dulu sampai habis ye..hehe

Kisah ni berlaku pada 2minggu yang lepas. -Biasa ler, orang busy mengalahkan PM memang camni, cerita dah basi baru nak publish (euw mata nek atas tangan letak kat bahu). Anyway, watak utama dalam kisah ni adalah aku sendiri, Syafiqah. Manakala watak sampingan ku beri kepada Maisarah (adik perempuan aku yang tak berapa nak perempuan), Fadilah Arifi & Nora (rakan sekolah lama), Kak Asma (senior sekolah menengah) & katak hijau.

Nak dijadikan cerita, Syafiqah telah pulang ke Kg beliau yang diberi nama Pekan Parit Jawa, Kg yg dirinduinya selama 2 bulan. Beliau pulang setelah berjaya menamatkan Posting Public Health yang amat menyeronokkan lagi menghiburkan. Nak dijadikan cerita lagi, Syafiqah hanya cuti 4hari sahaja. memang sedih, tapi nak buat macam mana. Perjuangan di Ipoh masih perlu diteruskan! Dan better ada daripada tiada kan?

Hari pertama di Parit Jawa, Syafiqah telah ditugaskan menjadi 'Driver tanpa gaji' kepada watak sampingan pertama dalam cerita ni. Siapa lagi kalau bukan Mai atau nama penuhnya iaitu Nabiha Maisarah. Kalau nak ikutkan, Syafiqah telah tiba di Muar pada hari Jumaat, makanya Hari Pertama cuti Syafiqah ialah Hari Sabtu kan? Kenapa Mai sekolah pula ek? Oh ya, dah ingat. Waktu tu ada kelas ganti apa entah. Tapi takpe, Syafiqah menganggap hal itu sebagai peluang terbaik dia untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah lama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Jawa. Sesungguhnya, SKPJ banyak menyimpan kenangan beliau bersama rakan-rakan sekolah rendah terutamanya buat 6sahabat, TaibHajarWanaZunurDayahCapiq. I miss you all, peace~


Berbalik kepada cerita si budak ketot ni; Sebelum ni, Syafiqah memang tak pernah-pernah nak pergi ambil Mai kat sekolah ataupun pergi ambilkan report kad dia dsbgnya. Tapi entah kenapa kali ni, tiba-tiba tergerak hatinya untuk berbuat demikian. Syafiqah bukannya apa, cuma rasa segan dan mungkin faktor malas tu ada la sikit-sikit. Tapi disebabkan sayang & risau juga nak suh Mai jalan sorang-sorang balik rumah..makanya, kereta Viva putih dipecut menuju ke SKPJ. 


Lepas je ambil Mai, watak kedua & ketiga pun muncul. Arifi & Nora dengan machonye bersama kenderaan MyVi Kuning Air Jagung milik Nora telah tiba dirumah Syafiqah sejurus selepas adiknya selamat tiba di perkarangan rumah mereka. Mereka telah berjanji untuk ke Kenduri Kahwin Kak Asma, senior mereka waktu sama-sama sekolah di SMK Bandar Maharani dulu. 


Syafiqa, Arifi & Nora ni sebaya & batch mereka sewaktu di SMKBM digelar sebagai 2ndG (secondGeneration). Dari kanan; Nora sudah pun bekerja, Arifi baru je tamat balajar & Syafiqah pula masih belajar. Itulah mereka, masih single dan tahap ke-availabiliti-an tu, hurm biarlah rahsia..hehe. Nora ni dulu satu geng lari berganti-ganti 4x400 dengan Syafiqah. Sama je ganas dua-dua ekor tu, tapi lihatlah, mereka telah berubah menjadi ayu dalam sekelip mata..aha. ( ok jangan muntah kat sini =P ). Arifi pula, suara dia yang sangat merdu sewaktu mendedangkan lagu nasyid & ayat-ayat al-Quran masih bergema di gegendang telinga Syafiqa hingga kini~


Eh, jom cerita pasal pengantin pula, Kak Asma. Wow, hampir 9 tahun tak jumpa dan hampir juga tak cam wajah beliau. Sangat cantik, sungguh menawan. Sorila, gambar diambil dari sisi belakang. Itu namanya kreatif. Sebelum ni takde lagi kan orang ambil gambar dari belakang kan? tak pernah kan? haa, ni la first time orang buat.. lalala.

 "Tahniah Kak Asma, semoga berbahagia bersama suami tercinta hingga akhir hayat," 
doa Syafiqah dalam hatinya.
  
ok, memang cun!
Hari Kedua di Parit Jawa .........

Hari Ketiga di Parit Jawa ........

kenapa ........?
sebab takde gambar, boleh tak? Tapi rasanya takde apa yang menarik untuk diceritakan pun. Untuk dua hari tu, Syafiqah banyak meluangkan masanya di kaca TV mahupun internet. Jadi, mari kita skip ke Hari Keempat bersamaan Hari Terakhir Cuti Syafiqah.

Pada hari tu, Syafiqah bertolak pulang ke Ipoh dalam kul 11pagi. Dalam perjalanan beliau terjumpa dua ekor binatang yang sangat comel dan binatang itu merupakan binatang yang telah lama dicarinya selama ini. Nak tahu apakah binatang tersebut.. sila scroll ke bawah ...

************

********

****


haa, comel tak? Entah mengapa Syafiqah teramat sukakan KATAK ni.. Sebab kaler Hijau mungkin?
Katak ini berharga RM2.00 seekor. Boleh didapati di pasaran dikedai-kedai menjual pin tudung.
terima kasih (^_^)

Selepas 5jam perjalanan, Syafiqah tiba di Ipoh dengan selamatnya. Pada keesokan harinya, beliau ke pasar menemani ibu teman serumah beliau & beliau telah terjumpa benda yang menarik seperti di bawah;

Taugeh 

&

Kerang

[eh nanti dulu, jangan salah sangka pula ye bakal mak mentua sekalian. 
Yang masak semua ni ibu housemate Syafiqah.
 Syafiqah cuma rebus kerang tu & sayur je..hehe =P ]

Al-kisah tentang Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang pun tamat. 
Sekian terima kasih.
Semoga anda semua terhibur.

p/s : fuh tergeliat lidah teman nak taip entri kali ni haa (eh taip guna lidah ke..err). Sebenarnya entri ini terhasil daripada turutan gambar yang ada di Handphone Cokia ku yang lama. Semua gambar tak di edit sebab kurang rajin..muahaha. Tapi ok la ek? Sekarang ku dah guna Hp Samsung Galaxy ACE. InsyaAllah, mesti lagi baik punyer gambar yang bakal diupload pasni.

Tuesday, May 1, 2012

8 Tuntutan BERSIH !

Sedang aku bersiar-siar di laman sesawang aku terjumpa ini;


Berikut adalah pendapat daripada seorang pemberi komen di page HERE


__________________________________________________


1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  • Kena hantar wakil setiap kampung/taman/apartment kat SPR aa ni..nak sahkan permastautinan pendaftar (sanggup ke?)

2. MENREFORMASI UNDI POS
  • Lepas habis mengundi terus buat kiraan ke? (byk keje tu)

3. GUNA DAKWAT KEKAL
  • kan SPR da setuju nak guna dakwat kekal. siap bincang dgn majlis ulama adakah boleh guna dakwat kekal ni (no issue)

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  • Banyak duit kempen 21hari. kompom ramai yang penat dan malas nak pergi kerja sebab penat berkempen. Silap2 ada yang beli mc (dah terbukti)

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  • Hassan Ali diberikan akses yang adil dan saksama ke? (tak patut)

6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  • Nak buat macam mana? yang keje kat sini pun ramai pembangkang. Mana nak efektif kalau asyik bergosip, berpolitik (betul ke tidak?)

7. HENTIKAN RASUAH
  • Puak hijau ni lagi kuat korupsi. Penyokong tegar hijau pula tu. Kalau tak kasi, tak dapat claim walhal kerja semua dah buat ikut spec. Tak banyak sekali sign rm20k je (pengalaman sendiri-buat aku geleng kepala)

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
  • Dah nama pon politik. Kadang-kadang dalam geng sendiri pun berebut jawatan (betul tak?)
______________________________________

Digi Bersih Ditangkap



Belle : oh, aku baru tahu apa dia LAPAN tuntutan dalam Bersih. (lempang pipi sendiri sekarang!). 


Em Boleh masuk dalam soalan subjektif Sejarah SPM Tahun 2024 tak agak-agaknye ni? 

ok gurau je..jangan la marah =(

Akhirnya aku berjaya menawan separuh Bukit Kledang!

Salam. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia. 

Baiklah. Tajuk sahaja sudah gempak semacam kan. 

Harap-harapnya isi pun gempak sekali lah ye Belle..

InsyaAllah. Tapi aku tak berhajat untuk menaip panjang hari ni. Al-maklumlah, malam dah larut, proposal pun belum habis ku edit ni. (Proposal apa, nanti-nanti lah aku ceghita ye). Esok perlu bangun awal, bukan sebab nak pergi ke kursus pengurusan Jenazah anjuran Kolej RCMP tapi sebab aku ada plan baik punya.

Eh dah panjang aku merapu ni. Nak dipendekkan cerita, pada hujung minggu yang lalu, aku dan sekumpulan teman wanita ku (Husna, Hidayah & Na'emah) telah pun pergi mendaki sebuah bukit di Ipoh,  Perak. Nama bukit itu adalah.. (sila refresh memori korang time baca title post ni ye..haha)

Yep. Bukit Kledang nama diberi. Pada mulanya, bila diorang ajak aku pergi daki bukit, aku rasa cam malas je nak join. Ye lah, lama kot tak ber-exercise nih, badan pun tak fit macam dulu. (er.. pernah fit ke?) Lain la kalau ajak main Volley ball or futsal ke, memey laju la teman join..haha. Tapi disebabkan desakan & rayuan yang menggila, aku pun join..hehe. Tipu je la, mane ade diorg rayu2 aku suh pegi =P

Thanks korang!

Then, kami pun daki la, dalam kul 7.30pg. Daki punya daki, dah hampir sampai ke puncak kot..tiba-tiba ada masalah teknikal yang menyebabkan pendakian kami setakat separuh bukit itu sahaja. (Sebab tu ler post ni lain macam je tajuk die..hehe) Masalah teknikal tu ialah.. mengalami kepenatan yang teramat sangat hampir tercabut tulang rusuk, rahang, tangan, kaki, kepala dan semuanya lah. ok over tu Belle. ye iye lah, baru pertama kali mendaki. Jadi jangan salahkan kami ye wahai bukit kerna tidak berjaya menawan engkau =P Next time kot.

Untuk catatan peribadi aku sendiri, ini pengalaman kali kedua lah selepas Bukit Larut di Taiping Perak. Tapi itu cerita lama, setahun yang lalu daa. So memang logik la kalau aku sendiri tak larat nak pi daki sampai ke puncak tu kan? bak kata aku tadi, diri ini sudah tidak fit..haha. Lepas ni, sebelum nak daki mana2 bukit aku kena menari poco2 hari-hari dulu & pakai kasut baru beli 50hengget kat Jom Heboh hari tu (er perlu ke mensi di sini? euw).

macam tak percaya berjaya naik tangga ni

kesimpulannya, pengalaman mendaki bukit Kledang amatlah mengagumkan hati saya. walaupun saya berasa penat tapi saya puas. (ayat macam minta pelem**** free je kan)

As for now, that's it. You all should try it k. Let's play a healthy lifestyle! -sekian sahaja pesanan penaja untuk kali ini.

Nah gambar khas untuk tatapan kalian..wee


SUBHANALLAH~

take care & wassalam.

p/s : Time nak daki, terserempak dengan orang Cina. Time nak turun, terserempak dengan orang Melayu. Fikir-fikirkanlah & selamat beramal. peace yo~

(semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada apa yang aku kongsikan pada kali ini)


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...