Friday, June 29, 2012

kecewa tapi aku perlu bersyukur

kami gagal lagi. buat kali kedua.. kami, pasukan bola tampar wanita telah gagal menyumbangkan pingat untuk UniKL-RCMP. maafkan kami.

er.. tak mau cakap gagal la, sebab bunyi dia macam negative sangat. so, kita tukar perkataan 'gagal' kepada 'belum menang'.

Kami 'belum menang' selepas tewas dengan pasukan se-Negeri UniKL-MIMET, Perak. Yeah, salam 1 Perak Aman Jaya *tiba-tiba*

arghh..tensionnyerrr!! perasaan geram dengan ke-belum menang-an itu seakan-akan bisa membunuh jiwa ini..huhu *ah lebih-lebih je kau ni belle*

tapi seyes, rasa terkilan sangat sebab aku yakin team aku boleh buat cuma..cuma.....

"ah, banyak alasan la kau ni!" bisik hati kecil seseorang..

kalau lah tadi kami... kalau lah...

"jangan cakap kalau..Allah tak suka.. redha lah dengan setiap ketentuan -Nya.." bisik seseorang yang lain.

betul tu. aku perlu positif! tak nak sedih2 dan menyalahkan orang lain mahupun diri sendiri atas ke-belum menang-an tadi. aku kena akui bahawa pihak lawan lebih hebat dan team aku perlu usaha lebih lagi. mental dan fizikal perlu lebih tough.

papepun, aku bersyukur sebab tahun ni ada sedikit la improvement berbanding tahun lepas. masa lawan BMI (juara tahun ni) pun takdelah jadi 'lauk' sangat. takpe lah tak dapat pingat pun, yang penting kepuasan dan keseronokan bermain itu yang kita mahukan.

RCMP sangat bergaya tahun ni lepas menduduki tempat ke-4 keseluruhan. tahun lepas duk kat bottom 3 out of 12..hehe. alhamdulillah.

last but not least, thanks team! thanks for the sweet memories. tahniah sebab kita dah berjaya form satu pasukan bola tampar walaupun pada saat2 akhir kejohanan buat pemilihan pemain. sorry jika sepanjang diri ini menjadi kapten kalian ada yang terguris hati or terkasar bahasa.

0-0 k? :))

p/s: apela aku nak jawab dgn DrAdi nanti bila dia tanya, "camne lawan gusti haritu, menang ke?" @_@Y. pasni fokus exam plak. 2months to go!

Wednesday, June 27, 2012

Hari ini dalam sejarah RCMP memenangi pingat Emas dalam KSSU 2012

Alhamdulillah...
Petang tadi, RCMP telah mencipta sejarah selepas memenangi pingat Emas
bukan sebutir tapi dua butir ye..hehe
sebutir disumbangkan oleh team netball
dan
sebutir lagi pula disumbangkan oleh team futsal wanita
tahniah UniKL-RCMP!

Siap dapat ranking kedua keseluruhan setakat ini okey..
di bawah MIAT yang memungut 3 pingat emas setakat ini.

psst.. Di twitter, ada orang tweet; zaman aku dulu tak pernah dengar RCMP menang pingat, tapi sekarang dah lain. Tahniah!

papepun, esok adalah hari terakhir KSSU
dan team aku, team volley still perlu berjuang untuk suku akhir menentang MIMET
harap2 menang lah!
doakan k.
teringin nak sumbangkan pingat tuk RCMP sebelum aku chow dari sane..
insyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya..

Friday, June 22, 2012

Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka.

"Dia suka aku ke tak nih?"

______________________

Hye aweks cun semuanya. Sihat ke? Alhamdulillah, gembira beta mendengarnya. Untuk entri kali ni, segmen cinta datang lagi. Maaf sebab lama ku tak post pasal cinta kat blog ni. Saja nak try test skill aku menulis topik ini buat kali kedua selepas topik ini [cara nak tahu perempuan sukakan lelaki] berjaya mendapat hits tertinggi untuk minggu ini.

______________________

Aku yakin, ramai wanita di luar sana yang selalu tertanya-tanyakan soalan seperti di atas kat diri sendiri mahupun di hadapan cermin solek milik masing-masing, kan? Ataupun jika ikut zaman sekarang [zaman FB dan Twitter] soalan tu pasti kerap ditanya sewaktu kita memandang screen laptop or handphone, time tengah online FB & Twitter. Ala jangan segan lah nak ngaku..hehe

Iye, aku tahu. Soalan tu sangat-sangat susah nak jawab. Kadang-kadang tu, boleh jadi soalan SPM pun lagi senang nak jawab. Boleh jadi juga, ianya tidak ada jawapan yang spesifik langsung. Biasalah, bab hati dan perasaan ni memang payah untuk difahami. 

Sebab tu lecturer aku pernah cakap; majoriti pesakit yg datang ke hospital mengadu sakit kecuali sakit hati [eh ada kaitan ka?]

Tapi jangan risau. Meh sini aku nak kongsi sikit jawapan yang aku dapat selepas baca article ni ;



Jawapan yang diberikan ialah;

1. 'if a guy likes you, then he is going to be around you. It doesn't matter if he is not talking directly to you or even blatantly ignoring you. Even if he is making fun of you, picking fights or punching you in the arm and then running away. If he is interested in you, he will find reasons to be close to you.'

Belle: hmph, betul lah tu rasanya. Malah, benda ni pernah berlaku kat kawan aku masa zaman sekolah dulu. Hari-hari kena ejek dengan dak laki tu tapi last-last diorang kapel. Memang tak sangka lah kan. Mungkin itu lah yang dikatakan jangan benci sangat, takut lama-lama nanti tukar jadi sayang =)

So aku rasa, point ni just nak bagitahu kat korang supaya alert sikit kat lelaki-lelaki yang suka usik korang or ejek korang. Mana lah tahu itu jodoh korang ke.. lalala.

2. 'if he is not around you more times than not, he probably doesn't have any feelings for youJust as we have trouble telling someone we do like them, we have the same trouble telling someone we don't. So, instead, we avoid you. I think that we just have trouble saying what we truly feel, or that we are hoping that if we are around you long enough you will start to understand our language, tell us you like us, and then invite us out to dinner (and if you paid too that would be absolutely super).'

Belle: Yeah, lelaki ni memang pelik. Macam suka tapi sebenarnya tak pun. Kan senang cakap je terus terang. Ni tak, suka biarkan perempuan fikir perkara yang bukan-bukan. Dan satu perkara lagi, aku terpaksa setuju yang kalau lelaki memang tak suka, dia memang akan cuba avoid perempuan tu. Kita ni je yang degil, denial dan still nak letak harapan setinggi Bukit Larut..padahal..huhu. [perempuan suka berfikir?]

Lelaki memang pengecut. Maaf cakap, tapi aku rasa diorang ni memang tak berani cakap dia tak suka kita depan-depan. Diorang lebih rela sepi tiba-tiba dan biarkan je hubungan tu berlalu macam tu je. So, kita yang perempuan ni, lebih baik berhenti je lah berharap. Cari je lah yang lain =)


'Whatever the case may be, the best sign to look for to see if he is interested in you, is if, no matter what foolishness he is doing, he is doing it around you.'

Good Luck!

Wednesday, June 20, 2012

a quote for today : tips untuk medical student



Ku baru je habis kelas tutorial dengan Dr Adi; specialist A&E kat HRPB, Hospital Ipoh.

Dia pesan supaya kami 'learn smart' bukannya 'learn hard'.

Dia pesan lagi supaya ktrg clerk patient at least 2cases per day.

Dia cakap, exam paling susah yang pernah dia ambil setakat ni ialah exam final MBBS, bukan SPM, bukan SRP dan bukan exam masa dia buat master.

gulp.. cukup menakutkan bukan?!!

Dia cakap lagi yang jadi student ni senang je sebenarnya. contoh, hari ni kita present case bertajuk coma. Lepas kelas, tunggu je kat pintu masuk kalau-kalau ada patient koma tiba and then clerk lah. Sure you will remember gile2 punye everything about COMA.

Pesan dia lagi, kita ni kena pandai berimaginasi, melukis dan pandai mengarah. Jadikan satu topik medik tu cerita yg interesting macam korang tengok cerita Madagascar. Sebab kata dia kalau ditanya pasal Madagascar dari A-Z bole ingat tapi kalau tanya pasal last lecture dgn Dr A seminggu yg lepas, sure tak ingat. kenapa? aha.. 

last but not least, ni xde kena mengena dgn tips study la tapi : 
Dr yang suka marah2 dan cepat melenting sebenarnya Dr yang not well organize dan kurang ilmunya. kalau tak caya, cuba bandingkan cara layanan Doktor Pakar dan MO terhadap pelajar medik. lain kan? aku pun baru perasan fakta ni ye.

Ok tet...

so moral of the story, marilah kita study dari sekarang supaya tak menyesal di kemudian hari. sayonara. selamat berjuang untuk kawan-kawan seperjuangan dan tak lupa juga untuk diri sendiri juga..wee

Monday, June 18, 2012

Update terbaru seorang Aku.

salam.

hello, apa kabo orang di sana tu? semoga sihat hendaknya seperti orang di sini..hehe

so, apa ye yang mau ku kongsikan pada entri kali ini? aku sendiri tak pasti ni senanyer. sekadar coretan spontan dan korang baca je lah k..scroll down sampai habis tau, wee

untuk update terbaru tentang study aku; now tengah posting kat accident & emergency department. sebelum ni kat anaesthesiology department and after ni posting kat radiology department plak. anaest (bius) best cuma bosan sikit kena tunggu lama dalam bilik bedah yang sejuk mengalahkan iceberg dlm filem titanic (over kau Belle). walhal nak tengok procedure awal dan akhir sahaja yg tak lebih 5minit pun.

kenapa aku cakap sejuk giler? bukan sebab aku kurus dan takde lemak..bukan2, ish korang ni..malu I tau..haha.. tapi sbb suhu dalam bilik bedah mmg kena rendah, supaya hidupan seperti kuman dan bakteria tak sempat nak bernafas sekalipun..aha

p/s: posting aku skrg macam berjodoh sungguh dgn apa yg aku alami skrg ni. posting bius and A&E; haritu admit a&e lepas eksiden dan kena inject bius masa dahi kena jahit. posting radio; tadi pagi baru lepas gi x-ray lutut sebab bengkak tak baik2 padahal dah 2minggu berlalu. yeah maybe this is what we call as medical student syndrome! suka betul fikir yg bukan-bukan padahal soft tissue injury je.

Dalam minggu ni juga aku bakal sibuk membuat persediaan untuk perlawanan bola tampar karnival sukan UniKL yang bakal berlangsung di UniKL MSI, kedah bermula Isnin depan. ceh gaya cakap macam legend je padahal..haha. tapi cuak nih..harapnya dapat la bawa pulang medal tahun ni..amin :)

untuk lain-lain update :
  • keretaku, JNG bakal terlantar di ward untuk tempoh 2bulan ni
  • aku kembali single and not available for the time being. Please give me some space and time or I should just focus on my study first. Dear ex, thanks a lot for the memories.. aku percaya, kalau kita memang berjodoh, ada la. tapi kalau takde pun tak mengapa la.
  • final exam lagi 3bulan tapi apa pun tak ready ni. target aku tuk kali ni ialah tak nak study last minit.
  • tak sabar nak berhujung minggu dengan family di Cameroon weekend ni. miss them so much!
  • kurang setahun je lagi aku stay kat Ipoh ni. harapnya dapat gunakan waktu yang ada semanfaat yg mungkin disini, bersama insan2 terhebat mencipta kenangan terindah bersama..insyaAllah.


last but not least, aku ada quote best tuk dikongsikan bersama;

what doesn't kill you makes you stronger!







Sunday, June 17, 2012

11 Tanda Orang Bahagia



  1. Tidak rakus dengan dunia ini
  2. Sibuk beribadat
  3. Kurang bercakap, melainkan yang perlu sahaja
  4. Memelihara solat 5 waktu
  5. Bersahabat dengan orang soleh
  6. Tawwaduk (merendah diri)
  7. Menjauhi daripada yang haram
  8. Pemurah dan baik hati
sumber : FACEBOOK

Tuesday, June 12, 2012

Keywords yang kelakar : KSSU & RCMP

salam

Untuk pengetahuan, aku baru sahaja meletakkan semula Iklan Nuffnang di Blog ini setelah membuangnya hampir dua bulan yang lalu. Antara sebab aku membuangnya ialah fed-up dengan duit yang tak pernah nak bertambah. Sebab meletakkan semula pula ialah _____ . Hmm nanti-nanti lah aku bagitahu kenapa. Kalau aku rajin aku buat satu entri khas untuknya.

current earnings
So, bila dah seminggu Nuffnang berada di Blog maka aku pun rajin la menge-cek statistik blog aku di situ. Antara info yang ada ialah Keywords! Pada yang tak tahu, keywords ni merupakan kata kunci yang ditaip dicarian Google dan atas sebab keywords itu jugalah blog ini sentiasa ada pengunjung walaupun tiada update terbaru daripada tuan punya belog. Google memang kacak orangnyeee..

Jom cek antara keywords yang tersenarai, untuk hari ini sahaja;



Ok, tak cukup kelakar ke? maaflah. Nak kelakar, pi google kat youtube, cari lah super spontan..hehe

Aku berminat nak ulas tentang 2 keywords terakhir tu iaitu tentang KSSU & RCMP. 


1. KSSU is stands for Karnival Sukan Siswa Universiti Kuala Lumpur. Aku rasa aku tak pernah update pape lagi tentang KSSU untuk tahun 2012 ni. Jadi maaf ea kalau ada yang terklik ke blog ni tapi tak jumpa pape tentang KSSU 2012. Tapi sebab aku ni baik hati kan.. nah, ni ada link untuk tahu lebih lanjut tentang KSSU 2012 yang akan berlangsung di UniKL-MSI, Kulim Kedah pada 24-28 Jun 2012 ini. Jangan lupa cekidaud!

2. RCMP is stands for Royal College of Medicine Perak atau dalam bahasa melayunya adalah Kolej Perubatan Diraja Perak. Yep, hari ni memang ada interview untuk intake baru student MBBS Unikl-RCMP. Aku sendiri pun baru tahu selepas ada kawan bertanya tentang RCMP, dan rupanya adik dia dapat panggilan interview daripada RCMP. Tak banyak yang aku dapat tolong sebab aku sendiri kurang arif tentang sistem akademik RCMP yang baru and tak amek port sangat hal-hal ni. Yang aku tahu pergi kelas, pergi hospital and balik rumah..hehe. Sorry ye kawan =( 
  • Untuk tips interview, just be confident. Antara soalan yang aku ingat masa kena interview dulu ialah, "kenapa awak nak jadi DOKTOR??" Yang penting jangan jawab sebab nak tolong orang, sebab tukang interview tu mesti dah bosan punya asyik dengar jawapan yang sama jek. Lain-lain, dia just akan borak2 je dengan uolls and aku rasa mostly semua yang dapat interview akan lepas punya. insyaAllah!
  • So far, dah hampir 5tahun aku kat sini; Pendapat aku tentang RCMP ialah good! 
  • Kolej RCMP ni cantik walaupun kecil, hospital dekat sangat-sangat dengan kolej, student pun takdelah ramai mane, lecturer baik-baik belaka, pinjaman MARA ada disediakan, Yuran pengajian pun mampu bayar la cuma awal-awal tu memang sakit sikit nak bayar and sewa rumah berhampiran kolej okla walaupun ianya agak mahal. Ipoh best, tak busy sangat, tak kampung sangat. Just nice (^__^)~
p/s : Pada hari Sabtu ni ada HARI TERBUKA UniKL-RCMP. Mai lah datang ramai-ramai. Ada Sham Kamikaze kalau tak silap..tehee =)

Antara Sultan & adik aku, siapa lagi hensem?

salam.

jom jawab dua soalan mudah.

Antara..



 & 

-Pemilik Nombor Plate WWW1-


mana lagi handsome?

cepat jawab..hehe

*******

eh jap jap

lagi satu.. lagi satu

antara 

budak ni 
(Tuan punya Neo Hitam merangkap adik kesayangan guwa)


dengan 


siapa lagi macho?

Yes, I akan pilih yang kedua..haha
sorry ami

Belle' : Daulat Tuanku. Semoga Johor terus aman dan makmur. Patik sayang Negeri Johor sangat-sangat. Tahun depan patik dah nak balik Johor dah, InsyaAllah. Patik janji akan berkhidmat & berbakti untuk rakyat Johor sedaya yang boleh..agagaga. (eh betul ke bahasa yg aku guna ni, tak pernah borak dengan sultan lagi so tak tahu cane nak cakap..huhu)

okbye.

sumber gambar : OhTidak

Sunday, June 10, 2012

Kenapa takut cakap TAK ??!!

Situasi 1;

"eh jom teman aku gi shopping petang ni?"

"em.. bole la. Jam berapa nak pergi?"

Tapi sebenarnya dalam hati meraung-raung cakap tak nak sebab ada hal lain .
Komen : Kenapa takut sangat nak cakap TAK, TIDAK, Tak Boleh or sebagainya? Susah sangat ke? Tak ke menyusahkan diri namanya tu..aigoo

Situasi 2;

"eh, kau pergi tak reunion esok? jom kita pergi sama-sama?"

"Tak, aku tak pergi."

"Tapi kenapa? alaaaa.."

"Sorry sebab aku kena duduk rumah jaga kucing aku nak beranak. Lagipun aku kena ambil adik aku balik dari sekolah petang ni. Maaflah aku memang tak boleh nak keluar. Mungkin lain kali ok?."

"Alaaa, alasan.. kita putus kawan!"

"erk..hello, hello ?? Camne nih?"

Alrite. Memang molek dah alasan yang diberi dan tahniah kerana anda telah berbohong sunat. Yela sebab, yang  sebenarnya anda segan nak ke reunion; nak elak jumpa Mr X, cuma malu je nak cakap kat kawan tu =)

Komen : Just cakap TAK sahaja sudah memadai. Tak perlu tambah penerangan, eg: 'Sorry sebab aku kena ... bla bla bla. Ada banyak sebab kenapa aku berkata begitu. Cuba cek satu-satu,


  1. Kalau betul kawan kita itu memahami kita dan dia seorang yang optimistik, mesti dia tak akan tanya banyak punya. Tidak is Tidak. That's it!
  2. Alasan yang diberi itu jelas menunjukkan kita dihurungi perasaan bersalah. Buat rileks sudah. Tidak perlu hendak rasa bersalah sangat di atas perkara yang simple, buat serabut otak kanan & kiri je nanti.
  3. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Sama lah seperti jika kita memberi alasan selepas perkataan TIDAK itu dilontarkan, pasti sahaja rakan kita itu akan sedaya upaya menghapuskan alasan itu dengan memberikan idea yang cukup bernas.
  • sebagai contoh : Eh awak, kita tak boleh lah keluar makan dengan awak malam ni, sebab mak kita tak kasi keluar malam-malam. Kita perempuan dan kecik lagi ^.^
  • idea bernas : Ok kalau macam tu kita keluar sarapan roti canai sama-sama pagi esok, boleh kan?
Tapi cuba kalau korang tak kasi alasan pape, cuma cakap macam ni;
  • Eh awak, maaflah kita tak boleh keluar makan dengan awak malam ni.
Haa, rasa-rasanya akan timbul tak idea yg cukup 'bernas la sangat' seperti ajak sapan roti canai pagi2 tu? tak kan? Ya, mungkin lah orang tu akan fikir macam-macam pasal kita tapi sekurang-kurangnya kita dah selamat daripada satu situasi sukar di mana terpaksa keluar berdua dengan orang yang kita tak pernah suka..aha. bijak kan I? tq..hehe

Moral of the story : NO is NO, Say No when appropriated & Never be afraid to say NO to others! 
Belle : Tips ini sangat-sangat tak sesuai untuk diaplikasikan kepada Ibubapa, Sultan, Perdana Menteri, BFF, Suami and last sekali adalah bos anda. kalau berani, cuba lah tapi jangan link kan kat blog ni k? tq =P

Saturday, June 9, 2012

EURO 2012


yeay musim bola kembali lagi

JADUAL PERLAWANAN EURO 2012 PERINGKAT KUMPULAN (Waktu Malaysia) :
Jadual Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 pm : POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 am : RUSSIA vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pm : POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 pm : GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 am : GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 am : REP CZECH vs POLAND
Jadual Kumpulan B – EURO 2012
9 Jun – 11:55 pm : BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 am : JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun – 11.55 pm : DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 am : BELANDA vs JERMAN
17 Jun – 02.45 am : PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun – 02.45 am : DENMARK vs JERMAN
Jadual Kumpulan C – EURO 2012
10 Jun – 11:55 pm : SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 am : IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 am : SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 pm : ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 am : CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 am : ITALI vs IRELAND
Jadual Kumpulan D – EURO 2012
11 Jun – 11:55 pm : PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 am : UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 pm : SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 am : UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 am : ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 am : SWEDEN vs PERANCIS




Teka-teki : Banyak-banyak negara, negara mana yang paling 'jakun'? [aku rasa negara tu menang la]

5 Salah Anggap Yang Biasa Terhadap Industri Filem Malaysia

Salam. Entri ini ditulis oleh Penulis Jemputan Ammar Latiff, tuan punya Blog Malaya Film. Ammar Latiff merupakan Penulis Jemputan pertama untuk Blog syafiqa-belle dan entri ini merupakan entri yang pertama.

Jom kita baca sama-sama entri yang menarik ini !



Sejak berdekad lamanya, filem dari Malaysia kerap kali mendapat persepsi negatif daripada rakyatnya sendiri. Tujuan artikel ini sekadar hendak berkongsi pandangan dengan harapan kita sama-sama membuka mata dan fikiran. Kalau ada yang tidak berpuas hati, saya sangat berbesar hati untuk membaca pendapat anda semua di ruangan komen di bawah.

1. Filem Malaysia = Filem Melayu!

Baru-baru ini saya ada membuat program penulis jemputan di blog saya. Sambutan agak kurang memberangsangkan, tapi tak mengapa. Cuma yang sangat merunsingkan saya adalah maklum balas yang diterima.

Rata-rata rakan yang saya jemput untuk menjadi penulis jemputan bagi respons lebih kurang macam ni, “Sorrylah Ammar, aku dah lama tak tengok filem melayu.”
Ada dua perkara yang buat saya sedih bila dapat respon macam tu. 

Pertama, memang nyatalah filem melayu kurang mendapat sambutan dari orang awam.Kedua, setelah bermacam-macam kempen kesedaran dah dibuat, masih ada lagi yang berfikiran Malaysia=Melayu. Saya bukan nak cakap pasal politik sangat, tapi macam pengetahuan umum kot Malaysia ni rakyatnya berbilang kaum.

Antara filem bukan berbahasa Melayu dari Malaysia yang dah pecah pasaran antarabangsa adalah SeeFood dan Petaling Street Warriors.


2. Semua filem dari Malaysia takde kualiti!

Dulu saya pun fikir macam tu juga. Rasa macam filem Malaysia ni tak berbaloi nak tengok kat wayang. Trailer dan promosi gempak haram, tapi bila tengok jalan cerita entah apa-apa. Pelakon2 jadi popular sebab gossip, bukan sebab bakat. Kualiti gambar dan bunyi pun kadang-kadang macam tangkap muat sahaja.

Tapi persepsi saya berubah serta-merta selepas tengok wayang Songlap akhir tahun lepas. Setiap sen yang saya bayar untuk beli tiket filem tu rasa sangat berbaloi. Saya tak tahu anda semua dah tengok filem tu ke tak. Kalau belum beli yang ori sahaja yer, saya boleh jamin kepuasannya.

Pada pendapat saya, memang ada filem tempatan yang saya kira boleh setanding dengan filem import. Tapi mungkin kita terlepas pandang sebab ditimbuni oleh filem-filem sampah yang dikeluarkan saban tahun.

3. Pelakon-pelakon filem hidup senang-lenang!

Mungkin ada di antara kita yang berangan untuk hidup dalam dunia glamour dan mempunyai harta yang banyak sebagai artis di Malaysia.
Tapi realitinya, kebanyakan artis kita seperti bergantung harap kepada producer dan pengarah untuk memenuhkan periuk nasi mereka. Kerap kali apabila bajet tak cukup, bayaran untuk pelakon la yang akan menjadi sasaran untuk dikurangkan. Pelakon kat Malaysia ni pun bukannya banyak sangat pilihan, so terima sahaja lah.

Namun ada artis yang berjaya mencipta kekayaan, tapi mereka ni kaya pun sebab pandai memanipulasi populariti mereka untuk masuk dalam dunia perniagaan. Kalau nak berharap pada berlakon jer, tak dapat la kot.

4. Filem Malaysia susah nak dapat kutipan tinggi sebab orang dah jemu nak tengok!

Perkara ni telah dikongsikan oleh pelakon dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki dalam blog beliau Boboi.
Mungkin tak ramai yang tahu pasal ‘Skim Wajib Tayang’ yang diperkenalkan oleh FINAS. Secara amnya skim ni mensyaratkan supaya filem buatan Malaysia diberi masa 2 minggu tayangan di dewan yang besar sebelum di downgradekan ke dewan yang lebih kecil atau dihentikan tayangan sama sekali. Ini dengan alasan untuk memberi laluan kepada pembuat filem tempatan lain yang mungkin baru nak naik.


Memang tak dinafikan industri filem Malaysia perlu diselamatkan dengan regulasi tertentu agar tidak didominasi oleh filem luar Negara. Tapi skim wajib tayang ni terlalu ketat dan tidak fleksible sehingga secara tak langsung boleh melembapkan ekonomi dalam industri filem tempatan.

Sampai sekarang saya masih terkilan tak dapat tengok cerita Nasi Lemak 2.0 kat wayang. Ingatkan bila dapat sambutan menggalakkan, lama la cerita tu ada kat pawagam. Tapi bila time nak tengok, rupa-rupanya filem tu dah takde dah “untuk bagi laluan kepada filem Malaysia yang lain.”

5. Filem Malaysia takleh pergi jauh!

Siapa kata? Filem SeeFood sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Petaling Street Warriors pun dah berjaya menemui pasarannya yang tersendiri.

“Tapi filem tu dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin, boleh la dapat sambutan di luar negara. Filem Melayu setakat jaguh kampung je la..”

Mungkin ada betulnya, tapi kalau kita lihat dekat Malaysia ni banyak jer hiburan dalam bahasa yang hanya segelintir kita sahaja yang boleh cakap. Tapi hiburan seperti ni boleh meletup dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jepun, Korea, negara-negara Amerika Selatan, malah drama dari Thailand pun kerap kali di tayangkan di televisyen.

Tak lama dulu filem Bunohan mendapat respons positif dari pengkritik seni filem sewaktu ditayangkan di karnivel filem Cannes. Tapi sayang, mungkin takde yang pandai nak ambil peluang untuk memasarkan filem tu di luar negara.Bahasa bukannya penghalang. Apa yang kita perlukan adalah strategi pemasaran terkini yang agresif dan berkesan.

Friday, June 8, 2012

OMG, aku dilamar menjadi penulis Jemputan ?

Salam.

Pada minggu lepas aku menerima inbox di FB.. tet tet *bunyi msg masuk*

"Salam Belle.. bla bla bla. Macam ni aku berminat untuk menjemput kau menyumbang artikel di laman blog Malaya Film. Bla bla bla and blah...."

macam menarik je bunyi dia, bisik hati ini.

"ok, let me think about it first."

Then, lepas fikir punya fikir, why not kan? Then lepas bincang punya bincang punya bincang.. maka termeterailah sebuah perjanjian di antara kami di mana kami bersetuju untuk bertukar-tukar artikel untuk blog masing-masing. *ambil pen sign kontrak 10tahun* ok itu tipu =P

Hurm, jadi penulis jemputan ea. 
Mampukah aku? 
Blog sendiri pun macam nak berkubur je ni.. 
hehe

So apa kita tunggu lagi, jom lah kita berkenalan dengan rakan aku ni yang sudi bertukar artikel atau lebih handsome digelar sebagai penulis jemputan Blog syafiqa-belle...

[ klik lah gambar di atas untuk skodeng terus ke belog beliau ]

So, kepada sesiapa yang minat filem melayu jangan lupa singgah ke blog beliau ye. Harus singgah, eh tak wajib2, sebab nanti akan ada artikel dari aku sekali kat belog tu..hihi. 

p/s : ada ke sesiapa lagi yang berminat nak jadi penulis jemputan blog SYAFIQA-BELLE? bagus lah kalau ada. besar tapak tangan, gelanggang Hoki Ipoh tu saya tadahkan. just email me at disyrubelle@gmail.com. Thank you.



Mungkin jodoh kami memang pendek...

Bismillah...

Cepat betul.

Cepat betul.

Cepat betul.

Rasanya seperti baru semalam kita berjumpa, berkenalan dan akhirnya jatuh cinta, kan? Tapi cepat betul awak meninggalkan saya. Huh kejam sungguh awak ni. Kurang sopan perangai awak. Saya bencikan awak!

Rasanya seperti baru semalam kita keluar bersiar bersama-sama tapi kini mana awak? kenapa cepat betul awak.. awak.. 

Awak, saya redha dengan apa yang telah pun berlaku dan apa yang telah Allah tentukan. Saya yakin setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Setiap yang berlaku itu merupakan yang terbaik buat kita berdua kan? saya harap awak tak bersedih dan saya juga akan begitu juga.

Cepat betul kan awak meninggalkan saya keseorangan wahai ..

En. VIVA PUTIH 'JNG'

[ Disember 2011 ]

&

[ Jun 2012 ] 

Rilek-rilek. Baca dulu sampai habis. Untuk pengetahuan korang, pembaca setia yang dihormati sekalian, aku telah mengalami kemalangan buat kali kedua selepas YANG INI  pada Hari Selasa yang lalu ( 3hari dah ). Ala kemalangan kecil sahaja sebabnya aku selamat. Alhamdulillah masih diberi peluang kedua untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Cuma kereta je tu yang nampak macam rosak teruk. =(

Aku mengalami luka di bahagian dahi dan berjahit sedikit. yeah, I will become a 'Parut' girl soon!

Berat sungguh dugaan ni Ya Allah, tapi aku akan cuba tabahkan diri dan kuatkan semangat. Ala, ini baru sikit dugaan Allah beri kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lagi teruk seperti patah kaki, koma dan sebagainya. So think positive Belle!

Memetik status seorang teman di FB yang berbunyi;

Bila kita atau sesiapa ditimpa musibah, Islam mengajar kita mengucapkan kalimah 'Innalillahi wainnna ilaihoroojiuuun' yang bermaksud Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya jua kita akan kembali...
_________________________________________________

Ungkapan ini sangat utama, dan pertama perlu diucapkan berbanding ucapan lain, kerana ia adalah Firman Allah, di dalam AlQuran, dan Allah mengajar kita mengucapkannya bila berhadapan dengan keadaan yang tidak diingini, bagi mengembalikan kewarasan dan fikiran kita, bahawa segalanya milik Allah SWT, Dia berhak mengambil atau membuat sesuatu terhadapnya pada bila-bila masa sahaja, dan bahawa kita semua akan mati dan kembali menghadap Allah SWT. Allahuakbar!



-Innalillahi wainna ilaihiroojiuuun- 


Alhamdulillah



  • Terima kasih Mak Abah yang sanggup datang dari Muar semata-mata nak jenguk keadaan Nabila
  • Terima kasih Mak Uda dan Pak Syahril yang banyak membantu
  • Terima kasih Ainaa, Cain, Kak Niza, Farahin dan Kak Ira. Korang memang baik sangat-sangat.
  • Terima kasih kawan-kawan yang susah-susah datang melawat dan banyak memberi semangat
  • Terima kasih rakan-rakan di Facebook yang sudi mendoakan kesejahteraan diri ini
  • Terima kasih terima kasih dan terima kasih



Alhamdulillah, kini aku sudah boleh tersenyum kembali =)


Moral of the Story : Jangan lupa untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memandu =)


Saturday, June 2, 2012

Super Spontan : Zizan Johan, Naib Johan


Korang layan Super Spontan?

Kalau layan bagus la
*give me five*

Siapa yang tidak sukakan hiburan bukan? Tambah pula kebelakangan ni rancangan bergenre lawak tak kiralah drama, movie mahupun program realiti mendapat tempat dihati penonton, termasuk diri penulis..hehe

ketawa-ketawa juga, tapi jangan over sudah lah
nanti manic susah pula
(^__^)

nak dipendekkan cerita, aku memang pengikut setia rancangan lawak di Astro bermulalah dari Raja Lawak, Maharaja Lawak dan yang terbaru Super Spontan. Untuk Super Spontan, mula-mula tak nak follow tapi sebab kawan kata best, dan ianya memang best aku pun follow la.

Dan berikut adalah keputusan penuh Super Spontan akhir

Juara : Zizan
Naib Juara : Johan
Tempat Ketiga : Taukeh
Saguhati : Rahim, Suhaimie & Ropie


Tahniah Zizan
JOZAN memang terbaik
Tahniah sekali lagi !
Semoga hadiah yang dimenangi dapat digunakan dengan sebaik mungkin
Supaya rakyat Malaysia semakin terhibur dengan bakat yang korang ada
bakat yang telah mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia
justeru menyumbang kepada penurunan jumlah pesakit mental di Malaysia
*tiba-tiba*

Friday, June 1, 2012

malang tak berbau



Hari ini
Hari pertama Bulan Jun
Happy Birthday Zanariah (rakan lama di smkbm)
Hari ini juga aku telah ditimpa malang atau lebih manis disebut sebagai musibah
Hari ini
Aku telah melanggar kereta seseorang
Kereta berjenama Persona milik seorang wanita perawan
Kereta tu statik, macho & cantik je parking kat tempatnya
Cuma aku ini yang silap
Aku ini yang cuai
Aku tidak perasan terdapat sebuah kereta di situ
Aku rasa aku reverse slow tapi mungkin terlebih reverse kot
Makanya, *bang*!!!!!
Terus berlaga dua bumper kepunyaan dua buah kereta
Aku mula cuak dan panik
Apa yang wanita itu cakap dan suruh aku ikut je
Aku sedar aku adalah pesalah
Dia nak hantar service di Syarikat EON
Aku setuju je, aku memang tak tahu nak 'react' macam mana lagi dah
Sesampai di EON, then hambek kau kena 600 hengget
Aku pun setuju
Nasib baik elaun dah masuk pada hari ini
Aku redha dan pasrah
Aku percaya
Dugaan yang hadir ini tentu ada hikmahnya
Aku anggap itu sedekah di hari Jumaat
Walaupun padahal time tu air mata dah berjurai-jurai..
Lepas je keluarkan duit dari bank,
Aku tak ikut akak tu balik ke EON semula sebab aku ada hal
Aku cuma bagi duit dan kes kami tamat di situ.

Persoalan?
Adakah logik service yang berharga 600 tu dan betulkah tindakan aku itu. Sebabnya ada kawan kata, sepatutnya aku buat report polis dulu, lepas tu biarkan pihak insurans yg settlekan semuanya. Aku tak pasti. Papepun duit pun dah selamat melayang dan aku malas nak panjangkan cerita. Cuma aku harap kakak tu betul2 pergi service kereta dia kat EON semula dan bukannya hantar service ke tempat lain yg lg murah.

I am sorry JNG for hurting you.
Thanks a lot friends for giving me your support..
Ainaa Cain, sedap nasi goreng korang masak tadi :)



moral of the story : jangan berangan semasa memandu!

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan:
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.” (Al Baqarah 02:156)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...