Friday, December 31, 2010

Entri penutup Year 2010. Maaf jika panjang sangat

  • Salam.
  • Selamat bercuti ! Apa pelan korang sepanjang hari ni? Bagi student JPA MARA cam aku ni, tak leh la enjoy lagi sebab 'elaun' belum masuk lagi. sedih sedih. 
  • berbalik pada tajuk utama. Sempena hari terakhir tahun 2010 jom kita dengar serba sedikit cerita tentang blog Azali's Daughter sepanjang setahun 'ia' bersiaran langsung...
1. Sejarah ?


Gambar, merupakan entri sulung blog Azali's Daughter (selepas ini akan disebut Blog AD). Sebenarnya, aku dah start berblog sejak Dec 2008 lagi. Tapi atas sebab tertentu, entri dulu2 tu terpaksa aku delete dan aku start balik dengan entri yang baru. So officially, Blog AD bermula pada tahun 2010 ! Pada awalnya, tujuan berblog hanyalah suka-suka je. Lama kelamaan berubah jadi serius pula. Mungkin sebab, blog dah jadi trend zaman skang ni. So, sebagai seorang blogger, aku join Nuffnang, menambah following dan follower, ping blog di Gengblogger dan melakukan acara blogwalking. Ah pendek kata menulis blog dan membaca blog dah pun menjadi aktiviti harian aku selain bekerja belajar.

Dah percaya dah?

2. Entri Pertama?


Wah, dulu-dulu menulis ikut perasaan. Apa yang terlintas di fikiran, aku tulis je. Then aku sedar yang blog ni bosan kot kalau asyik tulis diari seharian kita je. Baik aku jadikan blog AD ni sebagai sumber ilmu. Aku dapat pahala free-free je. Tak kisah la ilmu agama ataupun ilmu lain. Janji berguna. Ye tak? Jangan bukan Ilmu sesat sudah..muahaha. Sebagai hasilnya, aku kurangkan bagitau perihal aku pergi mana, buat apa, makan apa hari ni (aku bukan nya Artis).. aku lebih tertumpu pada isu semasa dan berkongsi pendapat & pengalaman especially sekarang aku dah masuk clinical year. Tentu banyak karenah dan ragam yang aku jumpa. Tak lupa juga, lately aku rajin join segmen dan jawab tag. Best gak la. Ape ape pun, setahun sebagai blogger, ianya suatu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Terlalu banyak pahit dan manisnyeee. Seyes.

3. How many Followers?


Terima kasih pada yang sudi meng-follow blog AD. Tanpa korang, siapa lah kami. La ni, tengah tunggu siapa la yang bertuah akan jadi follower Blog AD yang ke 150. Mungkin boleh dapat hadiah tahun baru dari penulis blog AD..hehe.

4. Entri yang paling banyak viewer sepanjang 2010?
untuk baca entri dulu-dulu, korang boleh juga view kat sidebar. Kat bahagian label dan archive okay?

5. Statistik ?

Alhamdulillah tangga menurun menaik.

6. Archive ?

Untuk tahun 2011 aku mungkin perlu lebih konsisten setiap bulan. Sekurang-kurangnya 4 entri sebulan. Sebanyak-banyaknya 30 entri sebulan. Amacam?

7. Search Engines?



8. Referring sites?

Thanks to them..


9. Harapan untuk tahun 2011. Moga lebih maju dan maju lah.. muahaha. InsyaAllah akan terus menulis selagi mampu. Segala komen  & kritikan amatlah dialu-alukan. Terima kasih pada yang sudi membaca dan singgah ke mahligai indah teratak buruk ini. Seposen Berbillion2 penghargaan aku ucapkan. Hidup 1 Harimau Malaya (tiba-tiba) (^_^")Y .. 


Last but not least ! Happy New Year 2011 ku ucapkan kepada kalian pembaca dihormati. Semoga tahun 2011 lebih best daripada tahun-tahun yang sebelumnya.


See you next year 2011..yeah ~

Belle' : Elaun MARA baru masuk.. enjoy la pasni ape lagi.. ayuhhh..hehe 
(syukur Ya Allah)

Thursday, December 30, 2010

sekadar ingatan bersama ..

Sabda Rasulullah S.A.W:


"Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut."

Did YOU know that ...

Did you know that, when u carry Quraan, Shaitan gets a headache.

When you open it, he collapses.

When he sees you reading it he faints.

When you are about to forward this message, he will discourage you. 

So re-blog this


copied from : Love the Simplicity

Wednesday, December 29, 2010

siapa Incik Apek? Beliau memang terbaik la, tahniah!


Tiada ucapan lain selain dan melainkan di atas
Mantop ah
Harap Skuad Bola Sepak Malaysia
akan terus maju lepas ni
Tak mau lah menang sekali je kan
Tahniah lah
Puas hati tengok korang main

Jom layan gambar bawah ni jap
pasti buat korang gelak sampai kering gusi tu

************************************

sumber laser hijau dah ditemui !!


3333333


333


3


yang bawah ni 
aku no komen, 
gi baca kat belog sokernet ye
aku ada bagi link kat source bawah ni

33333

33

3


Beautiful Maria

3333

333

3

Kalau Indon pun nak maen laser gak
ape susah
pakai je la camni

kacak lagi bergaya per..

 sources : 
Belle : aku rasa, abes la .. tak pasal-pasal laser hijau laku di pasaran pasni .. muahaha. Entah pape ... Visit sini untuk ke blog awek Incik Apek (penjaga gol Malaysia)


******************************
Thanks for reading .. see ya (^__^)V




Resdung itu Sebuah Kanser ??!

Aku baru je ni balik daripada Perak Food Festival di Stadium Ipoh. Hajat utama nak gi makan lunch dan tengok baju, tudung dan pameran makanan2 yang ada. Tapi tergerak pula nak buat pemeriksaan resdung. Sebelum buat tu, akak yang in charge ade la bagi explaination sikit. Ayat mula-mula dia nak tahu apa? Resdung adalah kanser!! Pergh .. tak ke boleh kena heart attack aku mendengonyer. (sebab aku tahu aku memang ada masalah resdung ni).

ok itu takpe lagi. I accept that. Mungkin betul la ..

Then, aku dan membe aku pun pergilah buat pemeriksaan, resultnya..tahap biasa-biasa aje. Akak yang tadi pun explain plak pasal rawatan yang available. Biasalah, lepas cuba mesti nak beli. Jadi sesi promosi pun bermula. Dia pun cerita la daripada A to Z. Aku cam biasa, buat-buat cam berminat, tapi sebenarnya .. wakaka. First2 dia cakap harga RM60 je, aku dah memang malas nak dengar. Tapi tak sopan plak, dengar je lah. 

sepanjang sesi promosi, dia ada cakap .. jika jumpa doktor, doktor akan cakap cuma alahan. Dan Dr just akan cure bukan menyembuhkan. CURE = sembuh !!! adoyai (@__@) ..

Selepas tamat je akak tu berceloteh, kami pun minta diri. Tak solat Zohor lagi nih. Then akak tu pun tanya, "dari mana ni?" .. kami pun jawab, daripada RCMP. "Oh, bakal doktor la ni." Aku rasa kalau dari awal dia tahu kami dak medic, takde lah susah payah dia terangkan maksud 'medical term' bagai nak rak tadi. Maaf kak.. bukan selalu..hakhak. 

Pastu, aku tak ingat la camne ayat dia lepas tu apa, tapi maksudnya serupa cam dia suh kitorang cek la balik, betul tak apa yang dia cakap kat kitorang tadi. Eh, bia betul kak .. boleh plak suruh cek2. Akak tipu kitorang ea?? ish3 tak baek tau akak ni.. ngee

Pada pendapat aku, susah ar nak caya rawatan camni. Aku lebih prefer jumpa doktor. Tapi nak taknak percaya 100% pun tak leh jugak.. sebab ada bukti, gambar lagi. Cuma cuma cuma! betul eh resdung tu kanser??? tension tul dengar..huhu. So apa pendapat korang plak? pernah try rawatan resdung? if korang jadi aku, korang buat tak rawatan berharga RM60 tu?? 

Tuesday, December 28, 2010

Saya Blogger Johor

Nama anda
  • Syafiqah Nabilah. Panggil Belle la senang ckit. Tapi agak-agak kalau geli bulu ketiak tu, panggil je la nama penuh. Lagi I like.. hehe
Status anda 



Cara hubungi 
Daerah/Jajahan 
  • Muoooo (Muar)




Tempat tinggal 

  • Kalo dari bandar Muo tu korang straight je (jangan belok-belok) ke Batu Pahat. Jumpa lah kampung aku. nama dia Parit Jawa. Ye aku orang Jawa. Tak percaya??? haha aku pun tak percaya..lalala

Apa yang menarik di tempat anda 

Bandar Muar (selepas ini akan disebut sebagai Muo) juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama sekolah menengah aku dulu SMKBM. Bukan Bahasa Melayu! tapi Bandar Maharani..hee. Tempat shopping paling HOT kat Muo, tentu sekali Wetex Parade. Selain tu ada Giant, Astaka, K-Mart, econsave dan lain2 lah. Oh yea, lupa! ada Jambatam Muo & sungai Muo juga. Kalau datang sini, kena la naik bot tau. Nanti dia bawak korang round keliling sungai tu..hehe (walaupun tak semantop mana, tapi ok lah).



Jom cekidaud antara yang menarik lagi terdapat di Muo :

  • Ikan masak asam pedas
  • Mee Bandung Muo
  • Ikan Bakar kat Sabak Awor (korang memang kena torai)
  • Murtabak dekat ngan umah aku memang best gilerr.. caya lah
  • Tanjung Emas (kawasan rekreasi dan port dating pun okay gak..muahaha)
  • Dominos Pizza
  • Burger King
  • Sawah Padi
Jom belajar cakap Muo :

pergi bersama-sama = saing
Muar= Muo
Pagar= Pago
Selimut= Gebor
Ular= Ulo
Keluar=keluo
Besar=Beso
Belajar = Belajo


Monday, December 27, 2010

update hari Isnin terakhir tahun 2010

SALAM,
  • Setelah dua hari tak online.
  • ( 2 hari = semalam + setengah hari kelmarin + separuh hari ini )
  • Semalam menyambut besday Cikgu Azali. Best dapat makan mee rebus masakan isteri beliau dan sate Parit Jawa. Habis sekampung kot dijemput meraikan besday beliau. Eh silap, saudara terdekat aje..hee
  • Selesai majlis, malamnya kitorang beramai-ramai bersorak menonton perlawanan Bola Malaysia melawan Indonesia
  • Tahniah! 3-0 tu. Ala bila tengok cara Malaysia main semalam pun dah boleh tahu la boleh menang. Kenapa la nak salahkan si penyuluh Laser yang baik hati tak bertempat tu?? Tak paham betul aku. Syok2 tengok, tiba2 kena stop. Kan dapat percuma pertunjukan bunga Api. (Padahal tahun baru ada seminggu lagi nak sambut)

  • Kalau Malaysia main laser, kan Indon nanti entah apa la pula. Entah2 diorang main pawang kot, takpun baling sumpit terus. Adoi, bukan leh caya tu. Hati2 wahai pemain Malaysia. I Believe.. U can do it!
  • Perasan tak, ada sorang tu pengantin baru maen hebat la. Inai kat tangan pun tak tanggal lagi. Aku rasa, pasni semua pemain Malaysia kena kahwin dulu la baru leh main. Konfem menang besar ( ok joke je)
  • Enough said huh.
  • Baru tadi, aku dapat berita yang tak berapa enak didengar. Harap2 benda tu tak benar. Walau apa pun aku harap dia berjaya dalam apa jua yang dia lakukan!

  • Ei, topi krismas atau aksesori2 yang berkaitan haram dipakai tau! menge-wish pun haram. harap maklum.. aku pun baru aware tentang hal ni

    V (((((((( ^_^ )))))))) V
  • Selamat malam readers. Terima kasih sudi baca blog Azali's Daughter!
Belle' : Berada seminggu terakhir di tahun 2010, mari rancang perubahan baharu pada blog tuk tahun 2011.. amacam ok tak? (gaya akak CT Nurhaliza). Aku dah ada plan..tunggu~

aBout me - tagged

Ku di tag oleh mis twit

once u have been tagged,u are supposed to write a note with 25 things,fact,habits or goal about you..at the end choose 10 people to be tagged..u have to tagged people who tagged u..if i tag u  because i want to know more about u..


Bismillah....

  1. Nama diberi Syafiqah Nabilah. Binti? tengok kat tajuk belog pun boleh tahu kot.
  2. Nick name? Kengkawan suka panggil Belle' (cara sebutan sama cam loceng in English) klik sini untuk sejarah nama Belle'
  3. Lahir tahun Naga. Bulan Virgo. Sinonim dengan no Lapan. (DUALAPAN.LAPAN.LAPANLAPAN)
  4. Kata emak, doktor hospital Muar yang sambut aku
  5. Tahun depan, genaplah 23tahun umurku
  6. Anak kedua dari enam
  7. Lepas SPM, masuk KMJ then gi UiTM kejap :-(
  8. Sebab jodoh aku yang sebenar kat UniKL RCMP :-) 
  9. Sekarang tinggal kat Ipoh. 5tahun kena duk sini tuntut ilmu. Doakan aku berjaya tau! 
  10. Tak sabar nak tunggu tahun 2013~
  11. Pastu harap2 dapat further lagi study..ameen
  12. Next baru boleh fikir pasal kahwin
  13. Dah 2X failed in LOVE. Hampeh tul la aku. But what to do. after this, I will just leave it to Allah.
  14. Sangat sinonim dengan insan huruf A agaknya aku ni
  15. Suka dengan sukan tapi akibat kekangan masa terbantut sikit la aktiviti riadah ku kebelakangan ni
  16. Bollywood addict! tapi korea pun layan jerrr
  17. Sangat menjaga kesihatan diri especially emosi.
  18. Tak suka pedassss
  19. Pemalu but easy going dan selamba plus ganaz
  20. NO pain NO Gain & Live Your Life ...

ok now tag to 25 person who you would like to know..

  1. Lis Amir
  2. Materazi
  3. Titirara
  4. Sangwada
  5. Azuan
  6. Wanblur
  7. wardah alisya
  8. NIsaq
Tag lapan orang je lah. I like eight! lagipun tak larat nak taq 25 orang.
info : mereka yang ditag adalah follower baru belog Azali's Daughter

Saturday, December 25, 2010

Statistik blog syafiqa-belle


Hasil kerja yang tak berapa lembut (keras), akhirnya dapat juga aku maintain kan balik jumlah viewer blog ni. Sejak aku tekad nak berhenti berblog bulan 8 hari tu, memang jatuh merundum statistik blog ni. (padahal memang dari dulu tak ramai viewer pon).

 Tapi tak lama lepas tu, aku aktif berblog semula. 


Macam chipsmore kan. Kejap ada kejap takde.
lalala...begitu lah kalau penulis menulis mengikut cuaca

Y(^__^)Y

ni pulak buffered yang aku baru dapat. Punyalah lama tak dapat 
Buffered Earning daripada En Nuff. 
Syukur Alhamdulillah 
walaupun tak banyak mana..


boleh tahu lah jumlah BE aku.  9 x RM 0.25 = RM ?? 
cepat amek kalkulator saintifik .. hoho

Thanks to my readers especially my beloved followers. 
Tanpa korang siapalah blog ni
Syukran Jazilan ~

aku tak kuat ... [buat pedoman bersama]



Anda sudah solat? Solat dulu tau baru boleh baca blog 'Azali's Daughter'


Bercakap tentang solat! Pasti yang terlintas di fikiran kita adalah..


 Solat itu Tiang Agama

Takpun..


Solatlah anda sebelum anda disolatkan

Aik? tak terlintas? kena cek balik ni diri masing-masing. Muhasabah diri balik. Renung-renungkan, cukup tak solat 5 waktu kita. Sebagai orang Islam, adalah wajib untuk kita menjaga solat kan. Nak cari calon suami or isteri pun nanti, perkara pertama kita tengok.. apa adik2?? Yup.. solat, wajib cukup lima-lima waktu. Pandai pun. (^__^)Y

Aku pun kadang-kadang tak cukup 5 waktu gak. Solat Subuh selalu je terlepas. Adoi. Suka melewat-lewatkan solat. Haa aku lah tu. Adoi lagi. Apa nak jadi lah kan. ish3. Then, solat nak cepat je. Cam ayam belatuk. Aku lagi tu.. aigoo.. Bila nak cepat je solat tu, mana nak khusyuk?? 

Bukan ke kita solat dengan tujuan mengabdikan diri dengan tuhan? Waktu solat adalah waktu untuk kita dating dengan Allah S.W.T. Cuma berdua je. Best tu. Romantik gitu. Tapi kenapa aku mesti nak cepat-cepat habiskan solat, malah melewat-lewatkan temu janji dengan Maha Pencipta ku? wah kalau nak gi dating ngan BF, tak sabar-sabar. Laju je. Apa mau jadi lah dengan kau ni??

Solat sebagai terapi di kala sedih je. Macam-macam aku doa. Aku minta kat tuhan. Aku menangis, meratapi nasib yang tak sebagus orang lain. Tapi bila aku happy, tak pulak aku sujud syukur, ucap Alhamdulillah ataupun melahirkan tanda kesyukuran kehadrat Illahi atas kurniaan-Nya. Malah aku gi celebrate, enjoy habis-habisan. Ah betapa aku ibarat lupa daratan!

Bila solat tak jaga, apatah lagi solat-solat sunat yang lain. Ah membazir je aku menjadi pemegang sijil darjah khas, belajar ilmu agama tinggi-tinggi, tapi aku tak amalkan semua yang aku pelajari dengan baik. Buat bungkus nasi lemak ajelah sijil tu.. Apa nak jadi la dengan kau ni belle??


Okay abaikan repekan aku sebentar tadi.. jom kita layan lagu nasyid.. 


Sepohon kayu? biasa dengar kan lagu tu...



meh layan lagu ni. Makan dalam lirik dia. 
"Walaupun hidup 1000tahun, kalau tak sembahyang apa gunanya??!"

Bismillah..

Ya Allah.
kau ampunilah segala dosa ku.
Sesungguhnya aku hanya seorang hamba mu 
yang lemah dan sentiasa melakukan dosa. 
Aku tak kuat. 
Kau tetapkanlah imanku.
Kau berikanlah aku kekuatan 
untuk aku teruskan kehidupan 
yang penuh dengan cabaran ini. 
Berikanlah aku kesihatan yang baik agar 
aku dapat terus berbakti di muka bumi mu ini. 
Ya Allah! 
Berkatilah kehidupan ku, keluarga ku, 
rakan-rakan ku dan saudara seagama ku. 
Hanya kau tempat aku bersujud dan meminta pertolongan. 
Ampuni dosa-dosa ku ya Allah.. 

Amin..

Belle' : Ayuh kawan-kawan .. ramai-ramai kita jaga solat ...

Friday, December 24, 2010

Azali's youngest son did well, Azali's Daughter Junior will enter standard 1, Cikgu Azali pula makin meningkat usianya

Assalammualaikum W.B.T ...

Dengan baca tajuk je, aku rasa tak payah explain pape dah. Korang mesti dah dapat agak apa yang aku bakal coretkan di petang Jumaat yang begitu damai suasananya ni kan.

First! Yeah..he did it. Kalau korang folow dan baca entri wa yang lepas-lepas mesti lu tau wa ada adik lepasan PMR. Syukur ke hadrat Illahi, beliau termasuk antara 30 ribu lebih pelajar lepasan PMR di Malaysia yang mendapat stret A. Siap ada wartawan datang sekolah kata dia. Bertuahnya si tuan badan, wa dulu tak tersenarai pun dalam pelajar yang dapat stret A.. melopong je la tengok kejayaan orang lain kat TV ngan surat khabar..uwaa (T_T)

next!

Kalau lu orang nak tahu, wa ada adik perempuan yang perasan comel. Bagi wa, dia bese2 je. Wa lagi comel ar dulu..haha. (Mai baca ni, mati gua. Takpe, dia lom reti bace blog.hehe). Adik wa ni garang kot. Kalau wa cam harimau, dia cam Singa Betina. Kalau boleh semua benda tu dia punya. Biasa lah budak kecik. Masa besday wa pun dia kata besday dia. Kitorang layan kan aje. Kalau tak..haish..haishhh. Tuhan je la yang tahu camana.

Awal tahun ni, Mai akan masuk darjah satu. Ala cute nyer. Okay, time ni wa mesti ngaku dia cute. Muslimah sungguh tengok beliau bertudung putih dan beruniform lengkap baju kurung putih dan kain biru. Waa teringat time kecik-kecik dulu. Dulu wa tak pakai tudung, bertocang dua kemas diikat mak wa. Balik umah memang serabai je muka, akibat tocang kena tarik ngan dak2 lelaki yang miang..haha. Perasan! (padahal wa yang memang lasak). Oh, kan best if dapat teman Mai gi daftar hari pertama sekolah. Aku kat Ipoh la plak kan time tu. :-( .. what eva pun, harap Mai gembira dengan sekolah barunya menyambung generasi kami 5 adik beradik di SK Parit Jawa! Kalau ada orang kacau, call kakak k..nanti tahu la akak nak belasah dia.hee

last but not least! my beloved father~

Dia bakal mencecah 50 + + +.. Kini bertugas sebagai GPK di Sekolah Kebangsaan Ismail 2, Muar. Agak bahagia dengan kehidupan beliau tapi beliau ada satu sifat! Sifat di mana punya lah degil nak gi jumpa doktor cek darah. Cek kat rumah a bit high la. Aku dah penat, letih dah membebel. Dia tak jumpa2 gak. So harap sapa2 yang mengenali beliau, jumpa dia je sila lah cakap. "Cikgu Azali, buat lah pemeriksaan doktor! Sayangi diri anda!." . Sapa dapat buat camtu, I sayang U lebih la. Bagitahu I, nanti I bagi reward..hehe. I love You Dad. Happy becoming Besday (26th Dec). May Allah bless you in whatever you do.. I would like you to know, I'm proud to be your daughter!

Cukup untuk kali ni. Jumpa lagi..daa

Thursday, December 23, 2010

kisah Kuih Karipap dan Teh Panas



Di petang yang renyai-renyai.. Encik Ilham menelefon aku.. 
dia cakap cenggini ;


"hoi, apa ko wat huh hari ni?"


Aku pun cakap la, aku pergi kelas. Tapi petang je la. Pagi takde kelas. Lepas tu, dia cakap lagi.


"Ko belajar apa hari ni?"


"Oh, belajar pasal well klinik. Macam mana diorang buat screening test kat pesakit-pesakit yang tiada gejala penyakit (sihat walafiat) dan bla..bla..bla. Apehal ko nak tahu sangat nih?" Aku tanya dia balik


"Takde, saje. Lama tak borak dengan ko. Winduuuu (^_^)Y.."


"Adoi, meremang bulu ketiak aku la. Eh tapi kan, kelas petang tadi best sangat. Lain dari yang lain."


"Apa yang lain dari yang lain tu?"


"Kitorang duduk dalam bilik mesyuarat. Lepas tu ada Aircond. Then.."


"Alah, Aircond je pun.. luar biasa ke. Biasa je aku rasa. Sengal tahap gaban la ko nih !! Sekeh nak? "


" Nanti la dulu. Aku tak habis cite lagi ko dah potong. SEkeh nak?? Doktor tu baik sangat. Siap jamu kitorang makan kuih karipap dan teh panas. Walaupun teh dia kurang manis (cam air tuk pesakit hospital pun ye gak), tapi takpe lah. Asalkan dapat makan. Aku sukaaa!!! "


"Ah ko. Bab makan number One. Tapi, tak sangka baik giler doktor ko tuh. Untung la korang. Weyh, sedap tak karipap? bukan nak tapau tuk aku kan..uwaaa"


"La ko suka karipap ke? Takpe, tuk ko, nanti aku belikan. Special punyer, jangan risau."


"Okay lah, aku nya kredit tak banyak. Len kali lah kita calling2 ye. Belajo rerajin! jangan maen je. Tengok Hindustan takpe..wakaka. Salam."


"erk Okay..waalaikumussalam. Bye take care!."



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Belle' : Klik sini untuk kenal ngan Encik Ilham. Sumber Inspirasi ku. Korang ada sumber inspirasi ?? Kenal kan lah kat aku .. hehe

Wednesday, December 22, 2010

A cool 'thing' to do

Hey, I found something cool yesterday
and I would like to share it with all my beloved readers

 You guys sure really need to try this out!

Nah gambar ..

click for 'tumbesaran'

"camne nak wat cenggitu ???!"


Step 1: Upload your desired picture and let PicCut generate the correct images.


Step 2: Download the generated ZIP file of your images, or manually save them.

Step 3: First, set the image named "profile-pic.jpg" as your Facebook profile picture.

Step 4: Create a new photo album, then upload the other images in the order of their filenames.

Step 5: Tag yourself in all 5 photos, starting with "image5.jpg" and ending with "image1.jpg."

Step 6: Hide any tagged photos you do not wish to display on your profile. That's it!


Feel free to visit this web for more info ..


belle' : it seems easy to do but it's not actually .. just believe me .. 

Y(^__^)Y

duaribusebelas !!

Ada SEPULUH hari je lagi nak masuk 
tahun baru 2011
tertanya-tanya juga aku
apa yang aku dah capai sepanjang Tahun 2010
dan apa yang aku belum capai
ahhh !!
dulu masa time sekolah, iya lah 
belajar ikut tahun
la ni bukan zaman sekolah lagi
belajar pun ikut semester
even ikut tahun pun, awal tahun tu
 start di pertengahan tahun
(paham tak ayat aku? tak paham boleh tanya ye)
jadi nya tak perlu 
jangan mengada-ngada 
nak sambut tahun baru beriya-iya 
nak tanam azam baru segala bagai
ok Belle' ??
tak yah count down pape
terima lah seadanya
You patut start menatang bernama AZAM tu
4 minggu yang lalu
......
( moral of the story = Jom Study! )

Belle' : (^__^")V

~ miss them so much ~

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...