Saturday, July 20, 2013

Kenangan Ramadhan dulu-dulu

Salam.

meh sini, aku nak cerita satu rahsia kat korang...

Aku pun ada kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu kecil dulu. Kenangan nakal..haha.

Dulu-dulu aku selalu tolong mak suapkan adik makan tengahari. Aku hanya gorengkan adik nasi dan telur pastu tambah kicap sikit, siap! Bau dia, memang seolah-olah ingin menggugat imanku yang sedang berpuasa waktu tu.

Namun, imanku semakin lemah bila bau nasi goreng kicap yang sedap tu tiba di perutku. Aku tekad. Masa nak suap adik, dan bila dah pastikan yang line semua clear je, aku pun suap diri sendiri. Wow enaknya. Hilang juga akhirnya lapar yang ku tahan sejak pagi tadi.

Jahatnya aku kan?

Dulu, aku bersekolah agama pada waktu petang. Aku juga agak lincah orangnya. Selalunya aku berjaya menahan lapar. Entah kenapa waktu tu aku rasa letih sangat. Lantas aku mendapat satu idea nakal.

Tangan diangkat. 'Ustazah, boleh saya ke tandas?' Aku terus meminta izin ustazah untuk ke tandas. Dan aku membasuh muka. Namun aku tetap letih dan tak bertenaga. Air paip ku buka dan minum setelah ku pastikan tiada orang yang melihat. Aku kembali ke kelas sambil tersenyum kenyang..hehe.

Haa, adik2 jangan tiru perangai buruk akak tu pula ye. (Rasanya selamat kot sebab mana ada budak2 baca blog ni). Yup. Kalau difikirkan balik, menyesal juga sebab dah menipu mak. Ampun mak. I promise tak buat lagi...hehe.

Dulu-dulu, anak-anak kecil akan diberikan ganjaran mengikut berapa banyak hari mereka berpuasa. Ganjaran yang diberi selalunya berbentuk wang. Cara tu dilihat lebih senang dalam usaha mendidik anak2 belajar berpuasa.

Haa, nampak tak betapa aku ni jenis tamakkan wang. Demi duit, sanggup minum air paip, nasib baik tak sakit perut lepas tu, kuang3.

Ok lah, dah baca tu, harap2 rahsia kita sampai di sini saje ye. Biar pecah diperut jangan pecah di mulut! Selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya buat semua umat Islam :)

Salam.

Wednesday, July 17, 2013

Laman Sosial?

Pernah bayangkan tak.. Yang satu hari nanti tiba-tiba Facebook diistiharkan tutup buat selama-lamanya. Atau mungkin Twitter, Instagram dan laman sosial yang lain juga ditutup.

Apa agaknya yang bakal berubah?

Boleh ke golongan yang dikatakan anti-social gara2 social media bertukar menjadi ramah serta merta? Atau result exam terus melonjak naik? Atau mungkin permainan tradisional mula mendapat tempat di hati remaja kini?

Bunyi nya macam social media ni membawa malapetaka je. Tak boleh ke berfikiran positif sikit..

Satu benda yang aku perasan, dulu-dulu laman sosial memang menjadi laman suka-suka dan hiburan sahaja. Tapi kini, aku akui yang ianya boleh dikategorikan sebagai satu keperluan;

Di situlah tempat kita bersosial, mengetahui info terkini, berjual-beli, menambah ilmu pengetahuan, bermesyuarat, reunion, berdakwah dan banyak lagi la.

Tapi ingat..

Asalkan jangan taksub dan ayuh manfaatkan ia dengan sebaik yang mungkin.

Tuesday, July 16, 2013

Induksi 22 Julai 2013

Salam.

Alhamdulillah. Akhirnya surat induksi/PTM yang ku tunggu-tunggu selama lebih kurang dua bulan lamanya, tiba juga di kediamanku pagi sabtu lepas. Maka terjawablah segala teka-teki tentang tarikh induksi sebelum ni.

Memang banyak spekulasi yang timbul sepanjang fasa menunggu surat tersebut. Tak mengapa lah, yang penting fasa tersebut dah berjaya kami lalui.

Terima kasih Allah. Tq Mr posmen.

Dah bersediakah aku? Pastinya belum! Cuak, takut, gementar dan perasaan lain yang sama waktu dengannya kini ku rasai. Tu lah, siapa suruh tak ready lagi awal? Cuti sakan bebenor...

'Huu mane tau induksi diawalkan. Ingatkan buat lepas raya...' Aku cuba memberi alasan yang tak best langsung.

Hey mane boleh ingat2. Ko kene ready bile2 masa je.

'Ala, nak rayeeeee...'

Huu macam budak kecik! Cuba berkorban sikit. Bukan ke hidup ko baru nak bermula, jangan jadikan raya sebagai alasan. Selamat berkhidmat untuk negara.

'Ye, baiklah.'

Mata ku pejam. Nafas ku tarik dalam2. Otakku cuba membayangkan.. Hidup aku seorang doktor pelatih. Fuh.

'Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku. Betulkan niatku. Semoga aku ikhlas dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawab yang bakal ku galas tak lama lagi. Amin..'

Akhir kata Belle', selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Dan, Jangan lupa doakan yang terbaik untuk Mesir.

Salam.

Saturday, July 6, 2013

Aku stress sebab . . .

Ceritanya begini..

Pada suatu hari, berlaku perbualan antara Mer Monolog Belle Dan cik Belle. Saksikanlah situasi tersebut. enjoy!

******
wowo.. chop! kau ni dah kenapa?

"Aku stress!"

Yela, itu aku tahu, tapi kenapa?

"Aku stress, stress!"

Hurm, meh aku teka. Ni mesti sebab surat induksi tak sampai-sampai kan?

"Bukan! ada benda yang buat aku lebih stress dari tuuuuuuuuuuuu."

Haa, aku tau. Sebab kau takde duit. Yelah, sape suruh pergi berjoli ke Korea kan. Pastu tak hajak aku kan. Haa padan muka kau.

"Takde duit? Ye memang aku stress takde duit, tapi bukan. Ko silap. Nice try bro!"

aik salah lagi? Haa cuba kau bagi clue sikit.

"FB."

FB? okeh tau dah. sebab ramai membe ko dah kawen? ko jeles lettew. Ala tak payah jeles, masa kau akan tiba gak tak lama lagi. InsyaAllah aku doakan. Kalau tak tahan sangat stress tu, deactivate je FB ko tu, senang citer.

"hey hey apa kau merepek ni. Tak jeles langsung k, cemburu je. Papepun aku doakan kebahagiaan diorang terutamanya buat seseorang yang langsung tak jemput aku ke majlis dia. Ah stress!"

Haha, yang lepas tu lepas. Baguslah macam tu, mungkin itu yang terbaik untuk ko. So cuba cerita apa yang buat ko stress ni? Aku dah penat teka, asyik salah je. Give up ar gini.

"Aik, tak sangka aku ko ni cepat mengalah juga orangnya. betul ni dah tak nak teka lagi? ok lah, masa dah tamat. Meh aku bagitau jawapan sebenarnya...jeng jeng jeng..."

Gedik giler..

"aku stress sebab...

sebab..

jap, ko kena janji jangan gelak k?"

ye lah,  I promise! *sambil tangan diangkat dan mulut dikatup*

"aku stress sebab

.. asyik tak lepas level Candy Crush Saga ni! Pastu nyawa asyik abes je. Nak mintak ngan orang segan. Tension tau takkkkkkk!"

hekeleh..ade yang makan kasut tengahari buta ni karang!

"I'm sorry."

-Tamat-
p/s : Hanya para pemain Candy Crush  Saga Game je yang faham perasaan tension itu..muahaha.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...