Friday, April 29, 2011

Makin popular makin sombong ??

Damainya pagi ini, dengan deruan ombak dan kicauan burung (ape aku merepek ni) - padahal aku dah ready nak pergi ke kelas sebelum pulang ke Parit Jawa, kampung terchinta .. hikhik. Kini aku sedang menaip sebuah entri sambil mendengar berita pagi TV3. dengar je lah, sebab mata masih tertancap di hadapan skrin lappy Hijau ni hah..hehe

Ok cukup intro pagi Jumaat itu. Back to topic.

Maafkan diri ini jika tidak sempat membalas komen-komen yang anda tinggalkan. Mahupun tak sempat nak melakukan kunjungan balas. Tapi aku janji, aku pasti akan lakukan jua bila ada masa free nanti okeyh. Alhamdulillah, aku dah jumpa follower aku yang ke-300. Seorang jejaka kali ni..haha. Jom lah gi terjah blog beliau.. jom jom jom 

klik sini --> AZREE

Selamat menyambut Hari Jumaat! Mulakan hari kita dengan senyuman. Teruskan menjaga kesihatan. Jaga je tapi tak amalkan gaya hidup sihat pun tak ok jugak kan. Jadikan, amalkan gaya hidup sihat okeyh?? kepada arjuna di luar sana mahupun di dalam sini, jangan tak gi solat Jumaat pula =)


Thursday, April 28, 2011

Gambar berwarna

 Kasi can lah kat gambar di bawah untuk berbicara ..






" Ya Allah, permudahkan lah urusan ku. Semoga cita-cita ku tercapai. Amin! "

anda ingin melukis dan mewarna online? jom pergi website INI

Tiada lagi kanak-kanak T_T

Salam pembuka bicara.

Alhamdulillah. Hari ini berakhir sudah peperiksaan EOP (end of posting) Peadiatric ku. Fuh leganya, tuhan je lah yg tahu. Sukar nak gambarkan even dengan kata-kata pun.. haha. Sebab nya, orang kata posting ni merupakan antara posting yang tough jugak selain O&G.

Walau pun begitu, aku kurang gembira. Malah agak kecewa juga lah dengan exam kali ni, terutamanya exam short case petang tadi. Ok je sepatutnya, tapi mungkin sebab gabra dan first time buat exam dalam ward tambah pulak ilmu di dada yg kurang mantap, makanya .... korang sambung je lah sendiri. 

Pape pun, alhamdulillah, aku dah pun berjaya menamatkan 3 posting. Dari klinik-klinik kesihatan, aku berhijrah ke wad sakit mental dan melawat terus ke wad kanak-kanak dan kini bakal masuk ke dewan bedah.. There are another 3 postings to go before the final exam! Good Luck untuk diri sendiri! Semoga cekal tabah menghadapi hari-hari yang mendatang!

sila abaikan meja yang bersepah, fokus pada katak hijau yg cute itu .. okeyh??

belle : buat mereka yg belum habis exam, selamat berjuang! =)

Jom baca entri sebanyak 12 episode yang aku buat sepanjang aku posting Paeds :
  • [ Episode 1 ] - rugi kalau tak tengok gambar ni ( 37 pageviews)
  • [ Episode 2 ] - dua puluh satu Mac
  • [ Episode 3 ] - 20 dua, tiga, empat & lima Mac
  • [ Episode 4 ] - Kami punya Birth Date sama lah!
  • [ Episode 5 ] - Panorama sekitar Taiping
  • [ Episode 6 ] - Video hasil tanganku
  • [ Episode 7 ] - Baru first day dah kena! (32 pageviews)
  • [ Episode 8 ] - Melayu people please, ubah lah mentality anda!
  • [ Episode 9 ] - A word for today [alhamdulillah]
  • [ Episode 10 ] - There is nothing interesting to talk! (36 pageviews)
  • [ Episode 11 ] - Ambil pampers lepas tu gi perah! (31 pageviews)
  • [ Episode 12 ] - tiada lagi kanak-kanak T__T
oh ya, jangan lupa view ni jugak

Tuesday, April 26, 2011

Lagi lagi isu pasal Couple itu HARAM !

Orang yang baik berkata ; 
  • Wahai kawan-kawan, jangan couple tau. Couple tu haram. Dia boleh membawa kepada Zina Hati.


Orang yang kurang baik berkata ;
  •  Lantak lah apa orang nak kata. Aku bukannya buat apa-apa pun. So bagi aku, couple tu tak salah!


Salam.

Isu aku pada hari ini adalah isu haram bercouple. Mesti antara kita dah selalu dengar yang Couple itu haram. Dan ramai juga antara kita yang mengiakan. tak kurang juga ada yang menidakkan. Terpulang pada pandangan masing-masing. Tapi cuba kita tanya pada diri kita, sejauh mana kefahaman kita tentang kenapa couple itu diharamkan?

"Entah, ramai orang kata Haram, aku pun ikut je lah."

"Couple tu tak boleh. Maksiat maksiat!"

"Couple ni cenderung kepada zina hati. Couple selepas berkahwin lagi elok lah"

Still, jawapan-jawapan yang diterima tidak menjawab kepada persoalan, 'Fahaman anda kenapa couple itu diharamkan!' betul tak? Jawapan tu seolah-olah hanya memandang Couple tu dari sudut negatif sahaja. Cuba kita pandang dari sudut positif pula ...

Cinta = fitrah
Rujuk SINI untuk baca artikel penuh yang dipetik daripada laman sosial FACEBOOK

Artikel di atas, bukan bermaksud ingin menggalakkan amalan bercouple, cuma ingin membetulkan fahaman & pandangan sesetengah pihak yang terlalu ekstremis dalam hal ini. Memang tidak dapat dinafikan, apabila kita membuat kajian. Dalam 10 pasangan yang bercinta, 2 daripadanya pasti pernah membuat maksiat. Tapi ianya tidak bererti kita harus memandang serong terhadap semua pasangan bercinta di dunia ini dan menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya.

Jangan kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.

Nasihat dari Belle', fahami & selidik lah sesuatu perkara itu dahulu, sebelum anda sewenang-wenangnya mengatakan hal itu benar! dan ingat! sekali anda sudah bercinta dan menjalinkan hubungan dengan seseorang, jaga lah batas pergaulan dan jaga diri! PEACE . I believe you can do it..caiyo3 (^__^)Y

"korang ni cakap zina hati zina hati.. korang tahu ke maksud zina hati tu ape??"

"erk.... tak tahu"

(&^%%#@


Monday, April 25, 2011

Entri Jiwang malam Selasa

Orang kata gambar boleh bercerita

so,  jangan cakap banyak .. tengok je lah

lakaran bawah ni 


created by ;



p/s : Be proud of who you are with !

entri tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun mati 
cuma  ingin melepaskan tension nak exam
doakan daku
semoga  dapat menjawab soalan  exam
lusa dan tulat
dengan jayanya
ameen ..
(^__^)Y

Sunday, April 24, 2011

ambil pampers lepas tu perah

Tiba-tiba teringat cerita Dr Hadhrami [entri lepas cerita Dr Tharam..haha]. 

Waktu bedside teaching, masa tu aku present case baby tu datang sebab muntah 2 kali. Mula-mula ingatkan ada Pyloric Stenosis, tapi disebabkan ultrasound and lain-lain sume normal, currently he was diagnosed with prolonged jaundice. Bak kata Dr Hadhrami, "macam pergi KFC tapi order nasi goreng." erk..muahaha. 

Dan discuss punya discuss, Dr kata mungkin baby tu dapat Urinary Tract Infection. Maka Dr pun bertanya ;  

Dr : How to get Urine Sample from a Baby? 

Kami : ........ [semua diam tanpa kata]

Dr : Hey, ni soalan past year tau. Jangan jadi macam senior korang. Bagi jawapan..

"ambil pampers baby tu, lepas tu perah.."

Kami : erk.. hahaha [boleh pulak bagi jawapan macam tu]


belle' : sebenarnya ada 4 cara nak dapatkan sample urine bayi =)

There is nothing interesting to talk!

Tiba-tiba teringat cerita Dr Tharam. Dia kata, dia pernah jumpa seorang pesakit Autism ni. 

[Google lah Autism kalau tak tahu Autism tu apa k? Pendek kata, pesakit autism adalah mereka yang berada dalam dunia diorang sendiri dan tidak bersosial dgn orang lain]

Semasa nak akses perkembangan budak tu, dia didapati lewat / tidak boleh bercakap. Tapi bila dia dah besar, dia boleh bercakap. Dr pelik dan bertanya kenapa baru sekarang dia bercakap. 

and guess .. what he answered ;

" Because there is nothing interesting to talk! "

us : erk .. hahaha

Saturday, April 23, 2011

Blog yang aku suka baca kebelakangan ini ..


[ JOMM klik gambar atas untuk terjah blog beliau ]

sejarah perkenalan aku dengan blog ni ;
selepas beliau berjaya menjadi follower aku yang ke-280. rujuk entri INI . maaf sebab baru ada masa nak mengotakan janji ku.. wee ^_^

serba sedikit tentang Blog Cp Hidayah ;
pada mulanya, aku pelik, kenapa CP? Ada kaitan dengan CPU ke? dia ni penjual komputer ke.. then terjumpa la sebab musabab kenapa nama dia CP HIdayah. CP tu bermaksud Cahaya Petunjuk. Hidayah kan bermakna Cahaya Petunjuk. Wah iye tak ye jugak..hehe. Kreatif-kreatif!

Blog yang baru berusia .. 8bulan dan kini mempunyai follower seramai 100++ . Tahniah!  [Aku, dah dekat dua tahun berblog, follower still less than hundred..hehe] Hey Hidayah, can I call u CP, it sounds cool! Untuk loading blog okay, laju amat.

Tapi tapi tapi.. susunan widget tu mungkin akan lebih cool kalau boleh diperkemaskan. I prefer 2 layout rather than 3. Selain tu, main ground kaler hitam tu macam kurang sesuai la dengan background warna warni tu. Tukar kaler putih ok kot. Tapi tak tahu lah. Its up to you CP (^__^)Y. Last but not least, why not you letak widget popular post.. For me, I mesti nak baca yang tu dulu jika melawat ke sesuatu blog dan follow blog tu for sure.

Lagi ape ek? rasenya tu je. Teruskan usaha CP berkongsi Ilmu, tips dan info menarik k. Enjoy blogging ya! Sori jika review ku ada membuat CP terasa. [ala, aku macam la bagus sangat. Bajet!] . Papepun kita sama-samalah improve kan blog kita menjadi lebih baik. InsyaAllah. Terima kasih sudi menjadi follower blog picisan ini. 

[perkara yang tak patut dikongsi di laman sosial] <-- entri best blog beliau yg aku suka baca .. ce klik ce klik =)

Sekian Adiosza !



eh singgah blog beliau tau.. klik sini klik sini ce singgah ce singgah tau!

p/s : 5 followers to go .. Anda nak buat review lagi kah Belle? hmm mungkin la (^__^)Y

Tuesday, April 19, 2011

DUA yang sangat sinonim dengan hidup ku

Hari ni bukan bulan Februari (bulan DUA). Tadi, masa tengah menyelak helaian BUKU MUKA, aku cek la sekali helaian group sekolah lama kat halaman buku muka tu. Then tiba-tiba aku teringat nak buat entri tentang kaitan Nombor Dua dalam hidup ku.

Nak dijadikan cerita, sejak dari sekolah menengah sampai lah aku masuk University, tempat aku belajar tu mesti merupakan tempat baru buka. Kira macam tempat tu baru nak develop menjadi hebat dan establish macam tempat yang sudah legend [apa aku merepek ni]

Ok. Kita mulakan dari masa aku mula menjejakkan kaki di sekolah menengah. Masa Form 1 aku diterima belajar di Sekolah Rancangan Khas Agama, SMK Bandar Maharani. [setelah aku tidak diterima masuk oleh Sekolah Maahad sebab hanya berbekalkan 4A sahaja] Batch aku merupakan batch kedua RKA waktu tu. Haa nampak tak? di situ lah bermulanya kaitan nombor dua dalam hidup aku.

Logo Rasmi Batch kitorang, hasil rekaan seorang bakal arkitek

Masa Form 4, aku sekali lagi diterima belajar di sekolah baru, SBP Integrasi Mersing pada waktu tu baru nak masuk tahun kedua beroperasi. Apa.. Dua lagi? Apa lah nasib kau Belle. [setelah tidak diterima untuk menyambung dalam aliran agama di KISAS sebab berbekalkan dapat B-English dlm PMR] 

lencana kelas 5 Al-Falah .. stylo kan?? hehe

After that, mungkin la, aku rasa sebab Nombor dua dah bosan dengan aku makanya aku bukan lah batch kedua KMJ mahupun UiTM. Tapi, masa di UiTM tu, aku merupakan antara batch terawal jugak lah. Batch ke-5. Sekali lagi nasib ku mesti dapat tempat belajar yang baru nak berkembang pesat..muahaha [setelah tidak diterima masuk ke Universiti Malaya] .

Ayuh teruskan dengan UniKL RCMP pula. Yeah, seperti dalam entri aku yang [ INI ] sudah aku khabarkan, karnival sukan RCMP baru berusia dua tahun. Dan batch aku merupakan batch kedua MBBS RCMP. Aik dua, kau muncul lagi dalam hidup aku? Tak bosan kah dikau dengan ku? aigooo

batch aku takde logo rasmi lagi.. kalau dah ade nanti aku upload.. hehe

begitulah rentetan Dua yang sangat sinonim dengan hidupku. Pada firasat aku, mungkin hal ini disebabkan oleh aku merupakan anak kedua, makanya Dua sangat suka menempel dalam hidup Gua. [eh terganaz plak guna gua..maaf maaf. Padahal saje je nak sama kan sebutan akhir tu..hee] Iye, aku anak kedua dan aku akan mendapat gelaran Mak Ngah bila kakak ipar aku lahirkan anak dia nanti..suka suka.. hehe

Selain dua sangat sinonim dengan tempat belajar ku, dua juga terlibat secara tidak langsung dalam kehidupan peribadi ku. Ape lah malang bebeno nasib mu ni Belle?

"Mana lah aku nak tahu...uwaa"

Kedua-kedua ex aku pernah jumpa seseorang sebelum jumpa aku. dan aku merupakan yang kedua. [tiba-tiba teringat kat lagu, ''jadikan aku yang kedua..'' best lagu tu, nyanyian penyanyi Indonesia] . selepas ni, aku harap Dua tidak lagi menghantui / muncul dalam kehidupan peribadiku. Kalau boleh biarlah aku yang pertama dan terakhir. Tapi kalau itu takdir Illahi, apa boleh ku buat. Cuma jangan jadi isteri kedua sudah la.. muahaha

walau siapa pun engkau, jaga diri baik-baik sebelum kita jumpa ok? XOXO

aku percaya semua tu kebetulan yang biasa berlaku dalam kehidupan setiap insan. Korang ada tak kebetulan yang berlaku macam ni. ce citer ce citer.. hehe

Monday, April 18, 2011

malam semalam aku ternampak sesuatu ..


Malam semalam masa aku check NUFFNANG aku ternampak 'sesuatu'. Selalunya aku cuma check Earnings je walaupun aku tahu yang jumlah tu tak naik-naik pun. :,(.. Tapi semalam, tiba-tiba tergerak pulak aku nak cek 'sesuatu' ni. Korang nak tahu tak.. 'sesuatu' tu ape?

????

??

hah cepat jom tengok gambar bawah ni;


eh silap, maaf maaf bukan yang ni!!!

tapi

bawah ni... cekidauq!

[ klik gambar untuk tumbesaran ]

'sesuatu' itu merupakan 'keywords' dari Analytics Nuffnang. Isunya kat sini, tak sangka pulak ada orang google AYAH SYAFIQAH NABILAH. Popular jugak Cikgu Azali ni..haha. Eh tapi kan! Apa yang orang tu cari sebenarnye ek? pelik-pelik. Mungkin Syafiqah Nabilah lain kot. 

Hey Belle', ko ingat, ada satu je ke nama Syafiqah Nabilah kat dunia ni?? Ramai ko tahu. Ce cari ce cari.. search kat facebook.. berlambak lambak macam pasar lambak.. muahaha. 

[ I'm sorry, mana aku tahu ada ramai Syafiqah Nabilah kat dunia ni..uwaa ]

Walau ape pun, harap-harap orang yang google ayah syafiqah nabilah tu dapat apa yang dicari setelah melawat blog aku nih. Ei dapat pahala ko tau..haha. Last but not least, dah alang-alang kita bercakap pasal ayah aku iaitu Cikgu Azali, jom tengok entri lama aku bertajuk 'My Real Hero' yang aku pernah buat khas untuk Daddy kesayangan aku tu. 

Klik ler kat [SINI] ye.. (^__^). K daa..


Sunday, April 17, 2011

A word for today ..

tiada perkataan lain selain perkataan ini
yang mampu aku lahirkan pada hari ini

ALHAMDULILLAH


ku bersyukur kehadrat Ilahi kerana 
telah mengurniakan kemenangan kepada
Team Futsal kami (MBBS B) petang tadi
setelah mendapat mata tertinggi
dalam perlawanan secara liga
untuk karnival sukan UniKL RCMP kali ke-2
Alhamdulillah (^__^)Y

Sebanyak 6group yang bertanding
Tak kurang hebat semuanya
masing-masing memberikan saingan yang hebat
terutamanya team Staff
Team kami seri 1-1 dengan staff
Pada awalnya, ku ingat team kami akan kalah
tetapi pada minit2 terakhir, satu gol berjaya dijaringkan
"oh nasib baik.. hehe"

walaubagaimanapun.
It was a really great & nice game
Gembira & puas rasanya dapat bermain 
setelah lama tak main
akibat kekangan masa dan sebagainya

keputusan ;
  • Mbbs B VS Mbbs A : 3-0
  • Mbbs B VS Physio : 4-0
  • Mbbs B VS Pharmacy : 5-1
  • Mbbs B VS Staff : 1-1
  • Mbbs B VS Nursing : 6-0

Kepada para pemenang untuk game-game lain. TAHNIAH! Tahniah juga untuk RCMP. Walaupun dari segi pengurusan karnival, agak kurang memuaskan, kami faham, ini kan baru karnival kali ke-2. harap2 kolej kita boleh improve lagi untuk penganjuran pada tahun-tahun yang akan datang. 

I love RCMP ! hehe

p/s : next week ada hari terbuka RCMP. Jom pakat mai RCMP ramai-ramai. Banyak aktiviti menarik..hehe

Friday, April 15, 2011

Melayu people, please, ubah lah mentality anda !!!

Pagi tadi aku mempersembahkan kes Pneumonia (jangkitan paru-paru) khas untuk Dr Tharam tersayang (ni dah kes bodek ni Belle). 

My patient is a known case of Tetralogy of fallot (jantung berlubang) + Down syndrome. Aku simpati dengan ibu dan ayah nya. (Selain simpati terhadap pesakit aku lah). Sudah lah anak pertama, umur diorang pun hampir menjangkau 40-an.. apa lah nasib badan. Memang dari luaran diorang nampak happy tapi di hati siapa tahu kan? 

Ah aku tak mahu cerita lagi dan ingat. Doa ku, semoga dia cepat sembuh dan tak nak tengok dia masuk wad lagi..aminn =)

Sekarang, di wad ** ada satu kes yang agak luarbiasa. Doktor pelatih, doktor biasa mahupun Pakar Kanak-kanak masih tak dapat nak diagnose kes tu. Ada satu test je yang belum dilakukan, iaitu Bone Marrow Aspiration (pengambilan sampel sumsum tulang). Lain-lain result test, semuanya normal. Ada juga lah yang abnormal tapi still tak dapat nak diagnose.  

Semua doktor dah nasihat supaya ibu beri kebenaran, tapi tak berjaya jugak. Sebab, menurut ibu pesakit dengar kata prosedur tu boleh buat kita lumpuh dan ada  juga yang meninggal dunia. Pesakit pulak takut sakit. Dan jawapan yang lagi best, "saya nak try rawatan tradisional dulu lah Dr." 

Oh tidak. kenapa kenapa kenapa? tak cukup canggih ke rawatan moden sekarang ni? Aku tak tahu lah mana dia, or jiran or sedara mara dia boleh dapat idea macam tu. Grrrr.. Hello. Kita ni dah masuk tahun 2011. Please lah. Maaf, ku bukan nak menolak langsung perawatan tradisional. Cuma ku rasa, perawatan tradisional haruslah jadi pilihan kedua selepas rawatan moden. 

Mentality masyarakat yang lebih mengutamakan rawatan tradisional daripada rawatan moden harus diubah. Terutamanya pada mereka-mereka yang suka sangat percaya pada bomoh. Terutamanya MELAYU. Aku sayangkan bangsa aku. Melayu.. please wake up!~

"Doktor hanya memberi ubat, Allah yang menyembuhkan." 

Thursday, April 14, 2011

2 followers to go

Cepat, siapa cepat dia dapat !!
Follower yang 
ke-280 
akan dapat backlink 
dan InsyaAllah blog review dari ku

(^__^)Y


Tuesday, April 12, 2011

F.o.r.g.e.T

kisah suami ku yang curang

Sedang aku berjalan seiringan bersama seorang jejaka yang baru aku kenali pada 2Jam yang lepas, langkah ku terhenti tatkala aku terlihat suami ku sedang duduk berdua bersama seorang wanita yang tidak aku kenali.

Aku pantas menegur suami ku, "Hye orang tua, what are you doing here?"

Suami ku membalas, "Hye budak kecik! What are you doing here?"

"I tanya, you buat apa kat sini?" aku bertanya lagi. Mana tahu dia kurang dengar masa tu.

"Oh, I tengah bincang pasal bisnes."

Aku menjeling ke arah wanita yang sedari aku dari tadi hanya menundukkan pandangan. Aku lantas bertanya kepadanya. "Are you okay?"

"....."

"Sayang, this is Zati. And Zati this is my beloved wife, Amani. Sayang, dia ada masalah dengan suami dia, jadi I cuba nak bantu apa yang I boleh bantu." suami ku membuat helah 'baik punye'

"oh macam tu. So can I call you Puan Zati?"

dia mengangguk.

"Puan Zati, I nak pinjam suami I kejap boleh. I rasa you boleh pinjam bahu suami orang lain (sambil jari menuding ke sekeliling) dan you akan rasa lega lepas tu. I pinjam suami I sekejap aje boleh??"

dia mengangguk lagi. Masih menundukkan kepala.

Di satu sudut yang lain, aku dan suamiku berbicara sambil disaksikan oleh jejaka yang datang bersama ku tadi.

"You are having affair with her..am I right??!"

"No sayang. Listen to me please. She just a friend. We just drink together. That's it! Nothing!"

"Ok, I believe you. Now I nak mintak maaf kat die sebab I kata yang bukan-bukan pasal pinjam bahu suami orang la..whatever. You tunggu sini kejap.. ok?"

Aku meluru ke arah 'dia' sambil suami ku memandang pelik ke arah seorang 'jejaka'.

"Puan Zati, my husband do tell me everything. Everything! Are you in love with my husband?"

Dia mengangguk! Dia mengangguk! Dia mengangguk!

Air mata mula bergenang..

sebelum aku berlalu pergi aku sempat bertanya, "Oh ok. I'm just curious. How many time did you sleep with my husband?"

dia menunjukkan LAPAN jari. LAPAN jari.

Betapa remuk nya hati seorang isteri pada waktu itu hanya tuhan yang tahu. Ya Allah kuatkanlah hati ini. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah..air mata ku mengalir laju..tidak ku sangka suami yang ku sanjung selama ini telah berlaku curang. Apa salah ku Ya Allah..

Aku berlalu meninggalkan suamiku dan pergi ke arah jejaka yang sudah lama menunggu ku sejak dari tadi.

cerita pun tamat..terima kasih!

Belle' : Geram sangat dengan pasangan yang berlaku curang ni

cerita ini dipetik daripada scene dalam sebuah filem. 
Teka lah filem apa kalau korang bijak..hehe


baru first day dah kena

Semalam (Isnin) merupakan hari pertama posting di Hospital Ipoh. Group aku ditugaskan menjaga bahagian PICU, NICU & 6C. Dan hari pertama juga, aku perlu present case dengan Dr H. Ingat lagi ke dengan Dr H?? hehe bagus2. Kalau tak tau, refer sini.. or balik baco

Malas mahu cakap pasal presentation aku because, as always la.. not very good cuma baik sedikit dari sebelumnya. Nak dipendekkan cerita, kelas yang macam tegang je bertukar jadi lawak dengan telatah2 Dr H yang boleh aku katakan annoying but funny.

Can you imagine, tengah aku syok2 pi cerita kat dia, eh guna beliau lah, hormat sikit kan.. haa tengah syok2 tu cerita pasal sejarah pesakit , tiba-tiba beliau boleh henjut2 badan ngan kaki ea. Boleh bayang tak nih? Aku tak sure kenapa, tapi dia cam nak bagi isyarat suh rush la.. lunch hour dah sampai, "nanti ada orang kelaparan menunggu saya.." katanya lah.. Aku tak tahan, aku pi gelak je ar depan die..ops sori doc because you are so funny..haha

And then, abes je kelas, aku saje je pi cite kat kawan aku (group lagi satu) yg aku dpt no 4 men bowling malam semalam. Tiba-tiba diorang cakap yang, 

" ko tahu Belle, Dr H cakap kat group kitorang..tahu lah pi maen bowling tuk karnival sukan RCMP. Dah la main tak ajak saya."
aku pun balas " hah yeke?? aik mane die tahu ni?? aiyakkk. setahu aku, aku tak update status or upload gambar pun kot!!!!!"
" ade la..ko update status..ni sume ko punyer pasal la ktrg kena tau"
"iye memang ade, tapi kat twitter je. bukan facebook. takkan dia ada twitter gak kot..ish ko nih"
"entah la..haha"

so, sape boleh jawab. macam mana Dr boleh tahu ktrg main boling malam semalam. Misteri nih. Or mungkin kebetulan kot dia teka tu betul..hmmm

geng My Team !
p/s : fikir masak-masak sebelum menge-add lecturer anda as friend di Facebook =)

Saturday, April 9, 2011

kenapa kita perlu tengok AF?

bersiaran langsung dari Muar, Johor

Aku balik ke kampung lagi nampaknya. Kali ni pulang bersebab. Aku perlu memulangkan kembali kereta yang dipinjamkan oleh adik lelaki ku kepada ku. Alhamdulillah, aku berjaya tiba dengan selamatnya setelah memandu di lebuhraya dari IPOH-JOHOR. Bukan apa, pada mulanya aku tak yakin dapat memandu keseorangan. Maklumlah, tak pernah kot buat kerja bahaya camtu. Tapi sbb tak berjaya cari teman pulang sekali ke Johor, aku terpaksa lah memandu sorang-sorang.

Sesampai di rumah, terus bukak astro prima layan Maharaja Lawak. Nasib baik ada abah teman tengok TV. kalau tak keseorangan lagi lah aku..haha. Enjoy lah. Ada usop Wilcha (tapi sekejap je dia kuaq). Then, rancangan tu best mase separuh masa kedua je kot. First2 cam bosan. Kumpulan Sepah macam biasa la, tidak mengecewakan. Jozan, bagi aku biasa-biasa aje. Nabil pula, best dengan lawak educated dia. Aku suka, tapi aku lagi suka kalau Nabil tak buat hal, bikin kontroversi ****.

Papepun, gudluck buat semua peserta. Peserta lain aku tak komen sbb aku tak rasa nak komen..haha (gila kejam ni). And right now, ulangan Tirai AF sedang bersiaran di astro ria. Best la ada Aznil..haha. Peserta punya persembahan, malaslah nak tengok..haha. Baik aku layan Yusry kat Muzik-muzik TV3, lagi encem..hehe.

Cuma satu aku mahu pesan. Akademi Fantasia dah pun bermula. Ingatan untuk anda semua peminat AF, termasuk lah diri ini yang sentiasa lalai dan lupa; buat sesuatu, jangan berlebihan..okay? maksud aku kat sini, agak-agak lah kalau nak kuar duit pi undi peserta kegemaran. Kalau pun minat sangat, minat gila nih, just pikir lah, diorang menang nanti sebab undian korang tu, nanti korang dapat ape je? tak de pe kan?

Undi satu dua cukuplah. Dan sokong je lah dari jauh. Doa banyak2 tuk kemenangan peserta kegemaran korang tu. Lagi best, jimat pun jimat...tehee. 

Berbalik pada tajuk utama, (eh baru nak masuk tajuk utama ke Belle?).. aku rasa kita perlu tengok AF sebab

  • ada Pak Nil..hehe
  • AF kan hiburan seisi keluarga. Gunakan AF untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tapi dengan syarat, tonton dengan family la, bukan sorang2 ye..hehe
  • kalau Mawi tak world dulu, aku rasa mak aku pun tak kan langgan ASTRO 
  • hah korang tambah la sendiri
p/s : Jom tengok AF malam ni (^__^)Y


Thursday, April 7, 2011

maaf jika entri ini agak sensitif

Hari ini aku menghadiri kelas seperti biasa dan tiba-tiba terdetik untuk menulis satu entri tentang kehidupan. Kata-kata seorang pensyarah bukan ISLAM telah berjaya membuat aku tersentak!

Sebelum bercakap tentang apa yang membuat aku tersentak, "Apa tujuan sebenar kita hidup di dunia? Siapa tahu sila angkat tangan macam awok! hehe." Yes salah. Jawapannya adalah untuk mencari keredhaan ALLAH S.W.T. Aku percaya ramai yang sudah lupa akan tujuan utama manusia dihidupkan di dunia ini termasuklah diri ini. Mana taknya busy tanam sayur kat FARMVILLE and facebooking  memanjang.. hehe joke okay :P

Manusia sememangnya mudah lupa!

Dalam kita mencari keredhaan Allah, setiap hari kita akan melalui pahit manis kehidupan. Betul tak? Tak semestinya kita akan selalu berada di atas. Kadang-kala kita akan terjatuh, "pakkk" (siap ada sound effect lagi nih). Bak kata orang, kehidupan ini ibarat roda yang berpusing! 

Bila kita berada diatas, wah bestnya!! Tapi bila jatuh ataupun kita merasa pahit (bukan air kopi ye) adakah kita akan menyalahkan diri sendiri atau menyalahkan tuhan? Aku yakin, ramai yang menyalahkan tuhan dalam hal ini and they start saying;


Berbalik kepada perkara yang berjaya membuat aku tersentak;
" When a parents find out that their baby is abnormal or down syndrome, usually they will cry and start blaming themselves. They also will think that semua itu telah tertulis oleh tuhan. Itu semua merupakan dugaan dari tuhan which is for me it wasn't true at all! " said a lecturer of mine.

"Never go and agree with them (angguk-angguk kepala depan patient tu). OK! Let's say you ditakdirkan mati pada tahun bla bla bla and blah. But I can put this chair and hit you, (sambil dia pun pi angkat kerusi) so that you will straight away die, am i right??" he added.

Aku amat lah terkejut bila dia cakap macam tu. So tak mahu cakap banyak-banyak. Aku cuma harap, iman ku tak goyah setelah mendengar kata-kata daripada beliau walaupun beliau merupakan pensyarah aku sendiri. Just one thing, lain agama lain pegangan nya. As a human being, can't we just respect orang lain punya pegangan. Why need to force other people to be like us.. hmm

Dan seminggu sebelum tu, ada juga seorang pensyarah ku (juga bukan ISLAM) menegur ku kerana terlalu 'religious'. Aku cuma tanya, "halal ke makanan yang doktor syorkan pada pesakit?" Dan dia menegaskan, sebagai doktor, jangan terlalu ekstrem terhadap agama. Hormati agama lain dan jangan sesekali paksa orang untuk ubah agama mereka. Dia kata, setiap orang dilahirkan manganut agama masing-masing tentu bersebab.

Wah, payah juga nih. Mana satu aku mahu ikut ni? Perlu ke aku dengar nasihat beliau? Boleh keliru dibuatnya. Arghhh.. Apa-apa pun, setiap sesuatu yang bakal aku lakukan, aku mesti berbalik dan berpegang kepada ajaran-Nya. Aku percaya pada ALLAH. Semoga keimanan aku tetap utuh dan hidup ku mendapat keredhaan dari Allah. Walaupun ilmu agama ku tak banyak dan tak cukup tinggi, tapi aku rasa aku dah cukup dewasa untuk membezakan yang mana baik dan buruk. 

Yang baik kita ambil, yang tak baik jangan lah ikut.. betul tak? Hormati agama lain. Jangan rasa diri kita je yang betul. Bersederhanalah dalam setiap yang kita lakukan

Salam (^__^)

Wednesday, April 6, 2011

17hari kot entri ku acuh tak acuh je

Assalammualaikum W.B.T

Yang saya hormati, pembaca-pembaca blog Azali's Daughter yang comel-comel dan hensem-hensem belaka. Terima kasih kerana tak jemu-jemu berkunjung ke ruangan yang tak seberapa ini.

Wah, terasa lama tidak ku coretkan sepatah dua kata di ruangan post ini. Rindu rasanya. Maklumlah akibat kekangan masa dan waktu (eh waktu tu bukan masa ke? Cikgu Azali tahu ni, abes aku..hehe) tak berapa nak merestui aku untuk mencoretkan apa-apa di ruangan ini. 

Ah alasan je itu semua Belle'! Aik ini seriyus la. Ce tengok, entri yang lepas2, macam nak tak nak je entri tu. The latest entri yang aku rasakan, memang aku ikhlas menulis dengan penuh kesungguhan adalah.. eh jap, awok nak gi cek.. 

emm adalah pada 20 Mac yang lalu. So, adalah dalam 17 hari aku update entri acuh tak acuh. Maaf blog ku! Maaf pembaca ku! (T__T) *sila joget macam dlm lagu SORRY SORRY by Super Junior sekarang

Apa berlaku sepanjang 17 hari tu? Oh terlalu banyak komitmen lain selain komitmen terhadap blog ini. Priority itu penting. Dan tentu sekali komitmen terhadap keluarga, kawan-kawan dan pelajaran itu aku letak paling atas. Pendek kata, 2 minggu lepas aku berada di Taiping, menghabiskan masa belajar di Hospital Taiping sambil melancong di sana.


Taiping memang best dan terima kasih kepada DSLR Khairi. Tanpa 'ia', mungkin kurang bermakna lah penginapan kami di sana selama 2 minggu. Sape belum pi Taiping, datang lah ye.. gi la panjat Bukit Larut dan jangan lupa pergi Taman Tasik. Cantekkk!

Dan sejurus tamat tempoh 2 minggu di Taiping, petang Sabtu aritu, aku bergegas ke KLIA menghantar adik ku, Apan ke Bollywood. Dia dapat tawaran berlakon kat sana. Haa class gitu kan..tengok la adik sape..haha


Eh jangan la percaya apa aku cakap tadi. Dia gi sambung belajar kat sana. Alhamdulillah, sejuk perut mak mengandung bila tengok anaknya berjaya melanjutkan pelajaran sampai ke luar negara. Terima kasih Apan! Belajar kat sana baik-baik dan jaga kebersihan diri. Hati-hati dan jaga kelakuan kat negara orang. Solat jangan tinggal. Akak nak, ko balik nanti, ko still adalah Apan yang akak kenal. Janji? *jangan bawak adik ipar bollywood sudey..haha

Dan aku terpaksa melupakan hasrat nak balik terus ke Muar sebab ada kerja yang tak settle di IPOH. 3 report kena hantar hari Isnin dan ada 2 presentation kene buat. Takpe, bersabar je lah, apa boleh ku buat. Tapi, ku balik Ipoh awal pun, kerja-kerja tu semua aku still tangguh sampai lah saat akhir baru aku nak siapkan. Teruk kan aku? *sila jangan tiru gaya saya sama sekali! Ampun mak =(

And setelah semua tu selesai baru lah aku dapat menaip di sini dengan bergaya (bak kata Cain..haha) dan dengan penuh ketenangan. Ah lega rasanya bila blog dah terupdate. Suka-suka. . =) Tapi aku lagi hepi bila #sincewebeinghonest.. kan syida?? hehe. Ah tuhan je yang tahu perasaan gembira ni.. ok gedik!

Sebelum aku undurkan diri, nak wish thank you kat Ben Ashaari. Disebabkan aku join satu segmen haritu and dapat plak dlm group first, makin bertambah pula follower..hehe. Dan pada Follower-follower baru, tunggu sat ye untuk beta menghupdate kan URL korang dalam list Senarai Blog. Dan beta pasti akan membuat kunjungan balas, cuma lewat je hehe..dun worry k. Terima kasih tau sudi Follow blog yang tak seberapa ni (^__^)Y

and last but not least

nah amek nih




Tahniah buat Shaheizy Sam!

P/S : dah tengok video yang aku buat sendiri? jom la tengok sat. dua minit je..tak lama.. hehe [klik sini]

Monday, April 4, 2011

Senarai Pemenang ABPBH 2010

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular

Ana Raffali/Suhaimi Mior Hassan/Altimet
6ixth Sense
Azlan The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussein

Pelakon TV Wanita Popular

Fasha Sandha
Nurkhiriah
Lisa Surihani
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah

Penyampai Radio Lelaki Popular

Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakub

Artis Komedi Wanita Popular

Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahira

Penyanyi Nasyid Popular

Hijjaz
In Team
Mirwana
Rabbani
Raihan

Pengacara TV Lelaki Popular

Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Hj Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan

Artis Baru Lelaki Popular

Daus
Maulana
Shah Jaszle
Shahir
Sharnaaz Ahmad

Penyampai Radio Wanita Popular

Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

Pelakon TV Lelaki Popular

Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam

Pengacara TV Wanita Popular

Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah

Artis Komedi Lelaki Popular

Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato' Hajah Rosnani Jamil

Penyanyi Lelaki Popular

Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya

Artis Mobile Popular

6ixth Sense

Artis Baru Wanita Popular

Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nur Syuhada @ Dottie
Elfira Roy

Pelakon Filem Lelaki Popular

Aaron Aziz
Bront Paralea
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof

Penyanyi Wanita Popular

Adira
Alyah
Ana Raffali
Stacy
Yuna

Bintang Paling Popular 2010

Shahiezy Sam 
126 168 undian

p/s : tahniah kepada Sam. Walaupun aku menjangkakan Lisa atau Zizan yang menang tapi takpe, Sam memang layak menang. Dia naik dari bawah dan dia memang berbakat besar! Sebenarnya aku dpt tgk separuh je show ni. Aku ada kelas esok pagi dan busy sangat buat kerja sampai lupa ada ABP hari ni. Harap2 ada ulangan sbb mcm gempak je.. kan ka. Kita bako je! haha hehe.

sumber [ sini ]

Saturday, April 2, 2011

Erti kebahagiaan yang sebenar

Petikan daripada sebuah video berbunyi;


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini..
Merenung jauh mereka di sana 
hidup penuh keseronokan & kegembiraan...
Namun, kita masih tidak sedar tentang 
hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud 'ketenangan dalam hidup'
Selalunya orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi penyumbang...
tetapi itu bukanlah segala-galanya


Betapa ramai orang yang berada di dalam rumah yang besar 
tidur di atas katil yang empuk...
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena daripada kita

kredit to restoran DAUD
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya

kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat
semua orang menyangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!

TIADA SIAPA MAMPU MENGHALANG KETENTUAN ALLAH!



MusicPlaylist

KLIK [ SINI ] untuk lihat video yang hebat ttg erti kebahagiaan yg sebenarnya

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...