Thursday, May 29, 2014

Nak pesan something lah

Antara kes yang selalu jumpa kat klinik pembedahan:

1) buasir (hemorrhoid)
Aduan : berak darah berasingan dengan tahi. Ataupun ada keluar 'sesuatu' melalui salur berak.
Pesanan : banyakkan makan sayur dan buah. Selalu lah berendam air garam supaya si Buasir mengecut. Tiada ubat diberi, kecuali jika ada sembelit kita akan bagi ubat pelembut najis. Kena la bedah atau ikat jika buasir yang teruk. 
Cara elak : jangan meneran waktu berak!

2) batu karang (renal stone)
Aduan : sakit perut bahagian pinggang, kencing berdarah dan susah kencing. 
Pesanan : banyakkan minum air. Kena bedah untuk kita buang batu tu jika buah pinggang merosot atau batu nya besar gajah haha.
Cara elak : jaga kebersihan alat sulit anda. Jangkitan di bahagian tu antara penyebab utama dapat batu karang.

3) gastrik 
Aduan : sakit perut, muntah darah atau berak hitam.
Punca : ubatan ( pencair darah ) , merokok, jangkitan kuman
Cara elak : makan tepat pada waktunya. 

4) angin pasang (hernia)
Aduan : benjolan di bahagian kiri atau kanan alat sulit. Boleh sebabkan usus tersumbat kalau berlarutan.
Punca : kerja berat, batuk yang teruk dan berpanjangan, sembelit, prostat, kesan pembedahan sebelum ni.
Cara elak : elakkan punca, dilarang keras mengangkat batu konkrit, rawat prostat, makan sayur banyak kalau ada sembelit. Dapatkan rawatan segera jika ada gejala usus tersumbat seperti muntah selepas makan, perut kembung dan tidak berak beberapa hari.

Thats all for now.

Last but not least,

Jangan datang ke klinik pembedahan jika anda tidak mahu dibedah. Thank you :)



No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...