Friday, September 24, 2010

Kerana ukhwah Encik Ilham menjelma lagi

Di sebuah restoran yang mahal lagi menawan dan elegan, cerita ku ini bermula 
.. jeng jeng jeng ..
'Encik ILHAM, di mana lah anda ni?'. Aku bermonolog sendirian di malam yang sejuk dan dingin. (sila rujuk ending post ini untuk mengetahui siapa sebenarnya encik ILHAM~)

Erk, dia dah datang la. Sambil mengemaskan bulu mata yang tak berapa nak lentik dan bulu hidung yang hampir terkeluaq .. (alamak, tak senonoh tul ini pompuan), Encik Ilham berjalan segak menuju ke arah ku. **sila cair sekarang! 

"Hye awak, dah lama tunggu? Maaf la, saya terlewat sikit.. traffic jammed.. hehe" dia berkata sambil tersengih zirafah.

Aku buat-buat ketawa la depan dia tanda aku tak marah, padahal dalam hati tuhan je yang tahu. Dekat sejam gak aku tunggu dia, gile tak marah?? Eh silap kira plak, dekat lima hari aku tunggu dia!! ARGHHHHH..

"Takpe awak, lagipun saya ada gak la main facebook ngan twitter .. jadi tak de hal lah awak~" Balas ku dengan nada poyo.

"Oh, bagus lah camtu." senyumannya yang menawan berupaya mencairkan aiskrim di dalam jiwa setiap wanita kecuali aku.. haha. seyes tak tipu punyer! ("^_^)Y

Pelayan pun tiba dan 2ekor merpati tak sejoli tu pun memesan makanan sambil bergelak ketawa dan bergurau senda. Di saat dan ketika itu, seakan-akan.. hanya wujud mereka berdua sahaja di dunia ini.. indahnya dunia.. cheewahhh

***************************************
Hye blog. Amacam, ok tak intro post aku tuk kali ni. Kalau korang rasa over, maaf ye.. kalau suka tenkiu..hehe. Lama tak menulis kot, rasa macam kekok... hehe. 
Kali ni, aku cuma ingin berkongsi sesuatu. Masa aku sedang membelek blog rakan-rakan tadi, aku terjumpa IA. Jadi! Terus terdetik nak update belog. Ianya cukup INDAH dan PERLU untuk difikir-fikirkan oleh kita semua.
 Here is the sentence :

UKHWAH itu .. bukan pada indahnya pertemuan tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya
 - Imam al-Ghazali -

Tak perlu ku terangkan maksud di sebalik kata-kata ini. Ayuh renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Ingat daku dalam doa kalian ye .. hehe

*********************************

"Awak, saya dah konyang. Restoran pun cam nak tutup je. Jom la kita balik. " Mane tak nye restoran tu nak tutup, yang ko gi lewat malam sangat sape suruh.. hadoyai

"Okay, jom!" Adeh, die sengih lagi pada ku.. kacak nyerr (~_^)V . Ok kali ni aku tak nak tipu. Aku cair..haha

Kami pun berjalan keluar daripada restoran dan Encik Ilham terus menuju ke kereta beliau sementara aku ditinggalkan keseorangan...sampai hati.. huhu. Die ade gak ajak naik 'Wak Segan' die tu, tapi aku control macho la konon.

"Eh takpe awak, saya memang suka jalan kaki. Em bole exercise sekali. Baik tuk kesihatan. Lagipun, banyak kot saye mencekik tadi. Maaf. Terima kasih ye awak. Hati-hati memandu tu". 

Padan la ngan muka aku. Sampai-sampai rumah je, terus tidur la .. ape lagi kann.. ZzzzZzz.. sambil diri ini menitipkan doa agar dapat ku berjumpa dengan Encik ILHAM lagi..huhu. OK la, good nite ALL !

Y a A l l a h .. T a b a h k a n  h a t i k u  d a l a m  m e n e m p u h  s e t i a p  d u g a a n m u ! !


RUJUK SINI untuk berkenalan dengan ENCIK ILHAM  

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...