Wednesday, October 3, 2012

Adil ke Photo Contest di Facebook?

Salam.

Hye Mr October!

Apa khabar para pembaca semua? Semoga sihat hendaknya. Hari ini, ku tidak bercadang untuk bercakap panjang. Cuma nak lepas gian je sebab terasa macam lama sangat tidak menaip entri yang berbentuk idea dan pengalaman. Maklumlah entri yang sebelum ni kebanyakannya repekan semata ^_^''

So. Let's go straight to the main topic.

'Photo Contest' di Facebook

Pernah dengar ke tentang Photo Contest di Facebook? Rasanya ramai dah familiar dengan hal ni kan? Aku pun selalu je dapat arahan invitation daripada rakan-rakan terdekat supaya menge-like gambar mereka di Facebook. Hari ni je, dapat 2 jemputan dan aku dengan gigihnya menge-like. Habis tu, tak like nanti kecil hati pula kan si kawan itu? so, better kita layankan aje.

Aku bukan apa. Aku tiada masalah pape pun dengan isu ni. Cuma aku terfikir, adil ke 'Photo Contest' tersebut?

  • Contest yang tiada pengadil
  • Pemenang dikira berdasarkan jumlah 'like' yang diterima
Kalau yang masuk pertandingan tu adalah orang yang berpengaruh dan mempunyai ramai kenalan di Facebook, sekali suruh pasti ramai yang 'like' padahal gambarnya itu biasa-biasa sahaja. And then, terus ditabalkan menjadi Juara, dapat hadiah kereta sebijik. Hurm..adil ke buat contest macam tu?

Hal ni sama la isunya dengan 'Raja SMS' kita iaitu Mawi. Dulu, dia pernah dikritik sebab popularitinya diraih hanya bersandarkan SMS bukannya bakat. (er macam lari tajuk je ni. ok abaikan je)


So pada pendapat aku, peraduan sebegini bukan bermatlamat untuk mencari yang terbaik sebaliknya lebih kepada tujuan mempromosi tak kiralah produk, tempat, blog dan sebagainya. Mana taknya, sebelum kau boleh like photo tu, kau kena like page tu dulu..aigoo.

Selain tu, aku lihat cara memilih pemenang juga lebih mudah, cepat dan menjimatkan (masa dan wang). Ye la, nak upah pengadil segala bagai kan kena guna duit, ye tak?

Apa pula pendapat korang? Suka tak like 'Photo Contest' di Facebook? Rela atau terpaksa? aha.

Belle' : Siapa yang tak suka join 'contest' kan? Mana tahu bertuah..hehe

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...