Sunday, June 13, 2010

Teka-teki dulu-dulu kecik-kecik

Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom try jawab teka-teki yang aku masih ingat ni okay..(~_~)
  1. Agak-agaknya lah, kenapa ek Siput Babi berjalan lambat? 
  2. Apakah bangunan tertinggi di dunia? bukan KLCC !
  3. Apakah yang hitam di dalam dan kuning di luar?
  4. Ia ada pada Ayam, tiada pada Itik..Ia besar di Arab kecil di Cina? Apakah Ia?
  5. Banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang
    • jual bag?
    • kedekut?
    • Tangan kat kepala, kaki kat kepala, mata kat kepala dan mulut kat kepala?
  6. Air apa yang paling berani?
  7. Banyak-banyak tali, tali apa yang paling panjang?
  8. Benda apa yang turun dulu pastu baru naik?
  9. Selalunya kita panjat dulu baru jatuh, tapi apa yang jatuh dulu baru panjat?
  10. Hujan ada berapa titiknya?
  11. Ayam kan bertelur..telur datangnya dari Ayam..so telur ke ayam dulu?
  12. Makan pisang buang kulit..makan kulit buang apa?
  13. Masuk kandang Kambing mengembek, masuk kandang Harimau???
  14. Ayam 'berkokok', Harimau??
  15. Banyak-banyak buah, buah apa yang tidak boleh makan?
  16. Kalau kebun buah terbakar, ada tiga buah aje yang selamat, sebutkan buah itu.
  17. Satu hari ni, aku nak melintas jalan kat Traffic Light, tapi kereta-lori sangat lah laju..macam mana aku nak lintas jalan dengan bantuan seekor burung dan sepucuk pistol?
  18. Apa 3 cara nak masukkan gajah dalam peti ais?
  19. Apa 4 cara nak masukkan badak dalam peti ais?
  20. Banyak-banyak loceng, loceng apa yang tulis blog?

p/s: (semak jawapan kat bahagian comment di bawah ni)

3 comments:

Syafiqah Nabilah Azali said...

1. sebab Siput tu confius, dia tak tahu, aku ni Siput ke Babi???
2 Masjid
3. Anak India dalam bas Sekolah
4. Huruf A
5. -kambing
-Kuda
-Kutu kat kepala
6. air Terjun
7. Tali Silaturrahim
8. Air hingus
9. jatuh Kolam
10. Tiga / satu

Syafiqah Nabilah Azali said...

11. Telur..suka hati la, soalan aku..haha
12. Buang Tabiat
13. Cabut lari la
14. Siang
15. Buah Tangan
16. Buah Cempedak, Buah Keranji, Pisang Emas (ingat balik pantun lama-lama ye)
17 Tembak burung..nanti darah dia jatuh kat traffic light, lampu tukar warna merah then kereta STOP!
18 Buka peti ais, masukkan gajah, tutup peti ais
19. Buka peti ais, Keluarkan gajah, masukkan badak, tutup peti ais
20. Syafiqah bell... lalala

jalanjatuh said...

hoh.. die jawab sendiri lak

cancel nak jawab
hahaha