Monday, November 5, 2012

O&G SPM Julia & dot dot dot

Assalammualaikum W.B.T

Apa khabar korang semua? Semoga sihat hendaknya buat semua pembaca setia blog ku ini. Terima kasih sebab sudi singgah di sini even tiada entry baru pun yang ku coretkan di ruangan post ni..huhu.

Apa perkembangan terbaru seorang aku?

Untuk yang belum tahu, aku kini dah pun bergelar pelajar tahun akhir ataupun kat RCMP ni kitorang panggil student Phase 4. Tak sangka, dah 4 tahun lebih aku belajar di Ipoh ni rupanya, lama betol!

So, agak-agaknya apa perasaan menjadi pelajar tahun akhir ye?

Perasaan cam biasa je la. Cuma bezanya, kalau pergi hospital dan Doktor tanya pelajar tahun berapa, aku still malu-malu nak mengaku pelajar tahun akhir. Cakap pun slow je haa. Mana tak nya, ilmu perubatan masih belum penuh di dada malah masih banyak yang perlu dituntut.

Okay la, tak mau cakap banyak tentang study aku. Cukup la korang tahu yang kini aku sedang menjalani posting O&G, kemudian disusuli Paediatric, Surgery dan diakhiri dengan Medicine. Aku bakal menghadapi peperiksaan Akhir pada bulan April 2013 *sesak nafas*

Doakan kejayaan aku tau. Amin~

Baiklah.

Aku rasa semua orang pun tahu yang SPM akan bermula pada Isnin ni. Dan tak terkecuali Adik lelaki ku, Muhd Rusyaidi yang aku sendiri tak sedar, entah bila budak ni membesar. Dah nak SPM rupanya. Rasa seakan baru semalam aku dodoikan dia dalam buaian. (nampak beno nipunyer haa)

Papepun, selamat menjawab dengan tenang, Syaidi. 


Kakak yakin, kamu boleh! 
Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaanmu. 
InsyaAllah~

Sedikit cerita tentang beliau : 
  • Kini bersekolah di SMS Rembau. Sebelum tu bersekolah di Sekolah Tinggi Muar. 
  • Sangat suka main DOTA & kipas susah mati (die-hard-fan) Merlin. 
  • Sangat disenangi kakaknya sebab beliau sangat mendengar kata. Maklumlah, kakak dia ni memang suka membuli adik-adiknya. 
  • Berkulit hitam manis dan kakaknya selalu menyarankan beliau menggunakan produk Fair & Lovely.
  • Beliau suka menegur kakaknya tak reti berfesyen & gemukss. cessss! takpe takpe. Tegur tanda sayang, ye tak? hee
  • Pembahas Sekolah. (I never expect that he had such talent..hoho)
  • single/not? - I don't know but mak kata dah carikan calon untuk dia..haha. Kemain lagi mak aku haa -

Ok lah. Cukuplah untuk entri kali ni. Terima kasih sudi baca. Salam.

p/s : 
  • Minggu ni last episode cerita Julia kan? Harap sangat ending dia Julia dengan Amir.
  • Tahniah Farid Kamil & Diana Danielle
  • Cantikkan tarikh 10/11/12 ?
  • Ku dah tengok cerita 'Aku Terima Nikahnya'. Bagi 3/5. 
  • Samsung Galaxy Note 11 sangat memikat!
  • Minggu ni aku ada OLC (Observe Long Case dengan Dr Maizun). Harap lepas 1st attempt.
  • ok cukup. Sudah cukup-cukup sudah. 
-syafiqa-belle-

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...