Let's continue.
Day 1 : Hi Korea & E-Land Cruise
As soon as we arrived around 3pm, our tour guide, one of Korean University Student, a Malaysian has brought us to Jongnowon Hostel to check-in.
sangat tertarik dengan posisi TV touch screen yang sangat menjimatkan ruang
Malamnya pula, kami pergi makan kebab dan naik cruise.
Persembahan bersahaja daripada barisan pelakon/pelawak yang sememangnya memikat hati penonton. Kagum sangat tengok ekspresi muka diorang!
Ni kuih tradisional Korea. Sedap!
Masa gambar ditangkap, oppa berkata kepada ku; 'Hurry up, I'm busy!'
Masa gambar ditangkap, oppa berkata kepada ku; 'Hurry up, I'm busy!'
Hasil tangkapan sepanjang di Korean style tradisional market.
Sepanjang hari asyik berjalan je. Kami menaiki subway, macam monorel/KTM. Tapi subway diorang memang terbaiklah. Selain ianya dibina dibawah tanah, ia juga sangat sistematik dan memudahkan sesiapa sahaja untuk pergi ke mana sahaja. Janji ada kaki yang sihat!
Oh ya, aku diberitahu bahawa mereka ada peraturan semasa menaiki escalator dimana kita dikehendaki berada di sebelah kanan melainkan kita hendak berjalan. ada membe aku kata, itu memang peraturan naik escalator. Begitu rupanya. Kalau begitu, kenapa Korea sangat obvious tetapi Malaysia tidak? Mungkin orang Korea berjalan lebih cepat daripada kita.
Takut gak time tengah lompat tetiba Time Capsule meletus kan..hoho
Harini keje kitorang cuma melawat sahaja. No more money to be wasted. Pagi-pagi lagi dah pergi ke war museum tapi kitorang cuma menikmati pemandangan di luar sahaja. Tak mau masuk dalam..bazir masa dan tenaga je..haha. Then kami ke Seoul Tower dan Hanok Village melawat Time Capsule. Apa dia Time Capsule tu? Korang boleh google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut. Menarik gak sejarah dia.
Day 4 : Nami Island
Hari ni hari Nami. Kesian tau aku sebab baru tahu yang di sinilah penggambaran Drama Winter Sonata dijalankan. Tapi yang lagi kesian adalah aku belum tengok drama tu..tsk tsk. Kata kawan aku cerita tu sedih. Balik korea terus Youtube and layan sampai lebam.
Sepanjang di Pulau Nami, banyak gila pemandangan menarik yang ada. Bayangkan musim panas je dah best, apatah lagi kalau dapat gi musim salju? Boleh feel2 winter sonata gitu.. Kat sana, sebelum korang masuk better amek peta dia dahulu supaya dapat lawat semua tempat yang ada dan kalau sesat senang jumpa jalan balik..hehe.
Day 5 : Bye Korea, tsk tsk!
Kesian kat kitorang, pagi2 kul 6 dah kena gerak gi airport sebab flight pagi tu kul 8pagi. Pengajaran tuk vacation kali ni ialah kalau beli tiket flight, pastikan sampai ke destinasi malam dan bertolak pulang malam. So, takdelah vacation yang sepatutnya 5 hari cuma jadi 4 hari je nanti. papepun, Korea best!
Till here. Salam.