Sunday, May 21, 2023

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam.

Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputan open house daripada seorang kawan lama. Sesampai di rumah kawan tersebut, dia pun 'call' kawannya. Bila call, kawannya bertanya, "siapa ni? open house aku jam 2.30ptg." waktu tu jam 1.30ptg.

Lepas tu, si suami turut bercerita tentang keakraban si isteri dan kawannya itu waktu dulu-dulu. Si suami mungkin bengang sebab dia tengah lapar dan disebabkan kelaparannya itu, dia pun turut marah sebab si kawan tu tak save pun nombor telefon isteri dia. Sampai hati si kawan ek? Si suami turut menyatakan jemputan tersebut adalah melalui Group whatsapp sahaja, macam ajak-ajak ayam la. Ceritanya berjela sampai buat thread. Follower plak beratus ribu ye.

Sekali baca cerita ni, memang kita akan terus salahkan tuan rumah, betul tak? Tapi cerita tak tamat kat situ. Tiba-tiba ada yang reply, mengajak si suami untuk bersua muka, cuba menyelesaikan salah faham yang berlaku antara mereka. Si Suami taknak, bermacam alasan diberi. Pelik. Netizen pun ape lagi, korek satu persatu sampai lah terbongkar rahsia yang tweet tu sebenarnya si Isteri, bukan si Suami. Wow.

Ok. Pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita di atas ialah..

Buat Tuan Rumah;

Jemputan melalui Group Whatsapp mungkin dianggap kurang ikhlas, kebanyakan jelah, tak semua. Kalau boleh, jemputlah secara peribadi terutama jika mereka pernah menjadi sebahagian dari hidup kita dulu, pernah akrab dan bantu kita dulu waktu susah.

Buat Tetamu Tuan Rumah/Kawan lama:

1. Cek dulu waktu jemputan rumah terbuka. Pergi hanya pada waktu yang dinyatakan. Tak salah jika terawal atau terlewat cuma lagi manis jika kita ikut jadual tuan rumah, mungkin dia ade sebab memilih waktu tu. Tuan rumah mungkin sedang bersiap atau makanan belum ready jika kita datang awal, malu lah dia nanti jika tetamu dah tiba tapi makanan belum ready.

2. Tak perlu marah jika kawan tak save nombor telefon kita. Mungkin dia baru tukar telefon. 

Buat netizen:

Jangan mudah percaya cerita di Twitter. Baca boleh, percaya jangan. Biasenye cerita yang menarik pasti ada plot twist.

Buat Si Suami (mungkin dia tak tahu menahu pasal hal ni pun):

Dengar je lah cerita si isteri tu. Tak perlu melaga-laga atau tweet kat twitter. Eh lupa, bukan suami dia yang tweet hahaha.

Buat Twitterian:

Hati-hati nak tweet. Jangan menipu sebab sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Bye.


No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...