Thursday, February 2, 2012

Kenapa Perempuan Sukakan Remy Ishak?

salam.

Lamenye tak menulis kat sini. Fuh *tiup sikit dashboard yg dah berhabuk nih*

Setelah lama tak update, hari ini saya memilih untuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu. Tak nak lah cerita pasal Awan Nano. Pasal beribu sesalan pun saya tak nak apatah lagi pasal Karma..hehe.

Jom kita cerita pasal Remy Ishak! *gadis2 comel mari dengar*

Yup, seperti yang kita semua sedia maklum (pada yang menonton Anugerah Juara Lagu pada Ahad lepas je la kan), Remy telah muncul sebagai pemenang kategori persembahan terbaik pada malam tu. Er, atau lebih tepat Remy cuma jadi watak tambahan dalam persembahan Alyah. So Alyah yang menang sebenarnya..

Untuk pengetahuan semua juga, sebaik sahaja Alyah men-sandha-kan diri ke dada bidang Remy ramai gadis yang mendapat serangan histeria akibat cemburu termasuklah si penulis ini. erk? Dan juga, nama Remy Ishak terus menjadi trending di Twitter, padahal dia tak menyanyi pun. pelik!

Kenapa ya begitu?

Jadi apa yang penulis dapat simpulkan menerusi kejadian di atas adalah;

"Perempuan suka akan lelaki Handsome macam Remy Ishak."

bukan dgn Remy !

Saya juga telah menyenaraikan 3 sebab kenapa la Perempuan ni suka sangat dengan Remy Ishak ;

1. Fitrah manusia sukakan benda yang cantik
  • ada ke orang yang tak suka benda cantik? mungkin ada, tapi cuma golongan minoriti. Itupun sebab.. lain orang lain makna Handsome bagi diorang kan?
2. Saje nak buat si Dia jeles?
  • kadang2 perempuan ni saje je cakap, wow kacaknye Remy Ishak! Lagi best kalau dapat cakap kuat2 depan si Dia. Seronok kot dapat tengok reaksi si Dia, "tak handsome! hitam!" (tak caye try lah..hehe)
3. Ala, suka je pun, ape ada hal?
  • cuba baca betul2, suka je pun bukannya cinta sampai nak dijadikan teman hidup kan? Yup, suka & cinta itu berbeza. contoh; Saya suka Remy Ishak tapi tak bermakna saya cintakan dia. Sebab? dia milik Tiz Zaqyah. Malas lah nak kacau daun T__T. Jadi saya suka dia suka-suka sahaja. That's it!
Camne, apa kata anda pula ye?

putih kot Remy ni, ade plak kate dia hitam? jahat tul lah..hehe

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...