Thursday, February 23, 2012

7 Tips dapatkan idea untuk menulis

Salam (bagi yang Islam) & Selamat Sejahtera (bagi yang bukan Islam)

Arghh tak mengantuknya rasa pagi ni. Padahal semalam tak cukup tidur sebab.. er sebab risau sangat lepas post #wordlesswednesday kat belog ni semalam. Menggigil satu badan tau tak..huhu. Tapi aku harap korang jangan salah faham tau. Aku takde niat lain. Positif ok?

yeay, sayang korang =)

Dan untuk pengetahuan, I'm free today. No class at all. Jadinya aku pun berjogging2 lah di 'mukabuku' sambil nyanyi lagu cinta mukabuku. ok tipu. em, senanye bagus tau jogging cara ni, dapat menjana minda..aha. Sewaktu khusyuk aku membelek status rakan2 & perkongsian menarik daripada rakan2 mataku terus terfokus ke arah link bertajuk;


amacam? kalau korang pun mesti nak tahu apa benda lah tu kan especially rakan2 seperjuangan, sebidang & sealiran denganku. Haa klik jgn tak klik, tapi jgn lupa patah balik tuk baca post aku ni sampai habis ye..ahaha

Aku tak mau cerita pasal artikel tu, korang baca sendiri dan hayati lah ye. Yang aku nak cakap hari ni pasal Tips nak dapatkan idea menulis. Dan jujur aku cakap yang tips ni aku ciplak daripada penulis asal artikel di atas iaitu Dr Yuliana. Entah kenapa, aku tertarik dengan belog beliau and ofkos lah aku terjatuh hati dengan orangnya sekali kan?? hehe. tapi aku bukan lesbo =P

sebagai blogger, Idea memainkan peranan yang penting. Tapi seringkali kita(blogger) mengalami masalah kekeringan idea, betul tak? haa jom aku kongsi tips hasil ciplakan daripada belog Dr Yuliana. Aku cuba sampaikan guna cara aku, tapi tak kisah je kalau korang nak gi ke belog die dan baca sendiri. Nanti kat perenggan last aku share link die eh?

apa kata, korang tulislah :

1. 3 perkara yg korang bersyukur sangat pada hari tu, atau dalam minggu tu. 
  • Kesyukuran ni penting. Bila kita bersyukur kita akan rasa dekat je dengan Allah. Kita takkan mengeluh dan insyaAllah kita akan rasa positif je selalu. Sekarang ni, sila bersyukur sebab diberi mata yang sihat oleh Allah untuk melihat dan membaca belog syafiqa-belle..kui3


2. 3 sikap negatif korang pada hari itu. 
  • bukan nak down kan diri sendiri tetapi sebagai pengajaran supaya tidak mengulanginya pada esok hari. Haa jangan tulis sikap negatif tu je, tulis lah sekali langkah2 mengatasi perangai tak elok tu ye. Dan kalau dah tau benda tu buruk, tak elok..bertaubatlah, jangan ulanginya lagi. InsyaAllah Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk orang yang betul2 ikhlas ingin bertaubat. gud luck!

3. Impian anda.
  • Wah, lama ku tidak mendengar perkataan impian. Aku juga lama sudah tidak berimpian. Sebabnya buat masa sekarang aku cuma ingin fokus nak lulus MBBS ni je..huhu. Namun sebaik-baiknya tulis lah, pastu tampal besar2 punya kat dinding. Tengok hari2, doa hari2 dan usaha juga ye. Dan diakui juga dengan berbuat demikian, minda kita akan lebih fokus ke arah apa yg kita impikan tu. 
  • Yes, so far aku dah bermimpi nak _____ . biarlah rahsia kata dato siti..aha

4. Senarai insan yang tak jemu2 mendoakan kejayaan anda
  • First, senaraikan nama mak ayah dulu. pastu adik beradik, atuk, makcik pakcik ke sepupu ke, kawan dan ehem2. kenapa kena senaraikan? sebab nanti bila dah berjaya aku nak balas jasa diorang. Tanpa diorang, siapalah aku.
  • Awak, terima kasih. terima kasih. Dan terima kasih tau. aha.

5. senarai semak ibadah yang anda lakukan hari ini 
  • hari ni aku puasa sunat. Hari ni aku baca sehelai al-quran. oh tadi aku menderma kat masjid. Hari ni aku hafal 2 ayat al-quran laa. Fuh seronoknya kalau dapat buat check list tu bukan? tapi ingat, amalan banyak pun tapi kalau tak istiqamah..hmm kirim salam je lah ye =P
  • (Tips ni aku tak galakkan sangat tuk korang tulis dalam belog. Tapi kita kembali pada niat ok?)


6. perkara-perkara yang mempositifkan hidup anda
  • I like this! Dr Yuliana pesan, jangan mengeluh. jangan negatif! terutamanya di status FB, twitter, BBM, YM & sebagainya. Orang yg suka mengeluh tanda orang itu tidak bersyukur. Bersyukur tau dengan apa yang kita ada sekarang.
  • banyak je cara nak mempositifkan diri ni. kalau korang kaki online lagi senang nak dapat kot. Kawan2 kat FB tu banyak je postkan benda positif untuk korang. everyday. Sebab tu la orang kata, berkawan lah dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak wangi, tapi tempias keharuman minyak wangi itu kita sure dapat punyer. insyaAllah.
  • Point aku kat sini ialah, kalau rasa kawan tu asyik negatif je status dia kau remove aje die dari fren list kau..haa kejam kau Belle.

7. perancangan untuk hari esok.
  • Merancanglah. Semoga perjalanan hari esok kita berjalan dengan lancar. ok fine, aku pun tak merancang lagi apa aku nak buat sehari suntuk ni. ok2 nak plan sekarang juga. bye bye kawan semua.

semoga kita semua mendapat sesuatu dari apa yang aku dah tulis penat2 panjang2 kat atas tu tau..hehe. Mari jadi insan yang POSITIF!

[ini]link artikel asal yang telah diciplak dengan jayanya oleh Belle (^__^")Y


p/s : menulis lah. semua orang perlu menulis. tak kira di mana dan siapa anda.

Selamat Mencuba!

salam.

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...