Sunday, February 26, 2012

mana pergi ego Abah ?

Salam.

Pada hujung minggu yang lepas, aku balik Johor. Balik lagi aku ni kan, haiya. Tapi ok la kali ni sebab aku balik naik bas. Dah lama rasanya aku tak menaiki bas travel from Perak-Johor. Agak terkejut la sebab aku baru tahu LRT dah tak guna kad, dia guna coin sekarang. Kenapa takde orang bagitahu kat aku pun pasal tu..sedey tau tak..uwaa


p/s : Aku naik LRT tuk transit dari Pudu ke TBS

Aku balik Johor pun sebab nak memenuhi dua undangan perkahwinan rakan lama. Satu di Segamat & satu lagi di Melaka. Alhamdulillah, perjalanan aku dipermudahkan Allah dan segala yang dirancang sepanjang hari Sabtu dan Ahad berjalan dengan lancar. Syukur!

Berbalik pada tajuk entri;

Nak dipendekkan cerita, aku ke Melaka dulu sebelum bertolak balik Ipoh. Aku ke Melaka sebab nak pi makan nasi minyak si Syerry. (eh, dah boleh panggil Puan Syerry la..hehe) Syerry, rakan se-praktikum waktu kami belajar sama2 di KMJ dulu.

Terima kasih Abah sebab tolong hantarkan Nabila ke Melaka. Mula2 aku cuak jugak, abah aku ni tahu ke jalan nak ke rumah pengantin ni? Bukan apa, abah aku ni ada ego. Kalau pergi mane2 dan dia tak tahu jalan, dia memang tak pernah nak bertanya. Akibatnya, kalau pergi mane2 mesti tak sah kalau tak sesat..sama ada terlajak jalan atau pun jumpa jalan mati..haha gelak jahat =P


Dan ternyata, aku silap. Abah dah berubah! Abah tak lagi ego macam dulu. Walaupun abah masih macam dulu, tak berapa tahu jalan2 kat Malaysia ni tapi abah dah berani bertanya. First2 dia call sedara kami yg duduk di Melaka. Tak berjawab. then, aku call membe aku yang duduk di melaka, kot2 la die tahu jalan. damn. tak berangkat juga. Last2, aku sms juga si syerry & akhirnya sampai la kami ke tempat yang dituju.

Tak sesat ok. Tahniah Abah =)

terngiang2 lagi ayat abah;
"hah kita tanya orang kat tepi jalan ni nak.. .. alamak orang bangla pula"

aku senyum je..hehe

Nabila sayang Abah.

belle : Sempat juga aku mengiringi si Sherry waktu nikah. Kebetulan ku terpakai baju warna yang sama, kelabu..aha. Ei, bila la turn aku pulak..err. (Ana raffali pun pakai baju kelabu ke? mana aci gini..uwaa)

Sahabatku, Puan Syarifah Aisyah (Syerry)..
Aku doakan semoga kau bahagia disamping suami tercinta. Jadi Isteri yang solehah tau. Semoga zuriat yang bakal lahir nanti jadi insan yang soleh & solehah plus comel2 semuanya...hehe. Tahniah Syerry (^_^)

No comments: