*nafas ditarik sedalam-dalamnya dan ucapan ALHAMDULILLAH dilontarkan*
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan ini.
Mari muhasabah diri sama-sama. Idea untuk penghasilan entri kali ini bukan datang dari diri ini mahupun hasil perahan otak kiri dan kanan yang hampir nak tepu ni. Diri ini cuma menyalin kembali apa yang telah dibaca dan tertulis di artikel ini >> Zul Fattah.blogspot .
Menurut artikel tersebut..
Antara hasil yang Sahabat2 akan dapat daripada kerja Dakwah ialah;
- Diberikan keKUATan Iman.
- Allah beri keLAZATan dalam beribadah.
- Mudah memahami Al-Quran.
- Allah beri sifat kasih dan sayang kepada sahabat-sahabat.
- Diberi niat yang IKHLAS dalam melakukan sesuatu perkara.
- Diberi semua sifat sayangkan AGAMA ISLAM.
Beruntungnya Sahabat2 yang menjalankan kerja dakwah ni. Bukan senang nak mendapatkan IMAN yang tetap. Selalunya Iman ni diibaratkan seperti roda. Kejap di atas kejap di bawah.
Apatah lagi kelazatan beribadah; Hari-hari solat awal waktu cukup 5 waktu sehari pun, belum tentu lagi boleh capai nikmat khusyuk dalam solat. Berapa ramai pula antara kita yang setiap hari membaca Al-Quran? Memahami Al-Quran?
Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk menjalankan aktiviti dakwah. Ingat, dakwah ini luas ertinya. Bukan 'pendakwah' sahaja yang boleh berdakwah. Kita semua boleh berdakwah. Cuma mahu atau tidak sahaja.
Oh ya. Sebut tentang DAKWAH. Teringat tentang isu Nabi kita telah dihina oleh segolongan manusia yang..uh malas nak cakap la. How could them? Semoga Allah membalas perbuatan mereka.
'If they can make film on Prophet Muhammad SAW, so can we'-youtube-
So, jom luangkan 3minit jap menonton video yang cute ni. -Video ni ku jumpa kat Tumblr-
It's not easy to fall in love with someone that you have never met.
He promises that he will loves you.
He promises that he will guide everyone into paradise.
If you open your heart like that it is easy to love.
We love Rasulullah!
salam.
1 comment:
Alhamdulillah.. ilmu ini hak Allah. sebar2kan. Nabi pernah berpesan:
"sampaikan walaupun sepotong ayat" ..
Dakwah ini adalah kerja umat akhir zaman.. dan kerja kita sbgai umat nabi Muhammad.
apa2pun.. terima kasih!!
Post a Comment