Friday, October 12, 2012

Ustazah Anom mengamuk di Blog Kereta Mayat (Hamka) ?

Salam.

Sebelum tu, aku nak nasihat kan supaya korang baca lah artikel ni terlebih dahulu [menghina kekasih].

ok, dah baca? kalau malas nak baca, meh aku ringkaskan je. Artikel tu berkisar tentang seorang ayah yang membiarkan anaknya dipukul dengan penyapu oleh seorang tukang sapu selepas anaknya bermain-main di tepi jalan raya. Ayahnya langsung tidak memarahi tukang sapu tersebut malah berterima kasih dan berkata;

“Lagipun, eloklah kena pukul sebelum kemalangan, jika dia di langgar lori, baru nak ketuk kepala dengan penyapu, dah tak guna dah..”

moral daripada cerita tu;

''jika ada orang marah atau denda anak kita kerana kesalahan anak-anak kita, janganlah jadi seperti ibu bapa yang bangang yang mana akan pertahankan anak mereka dan marah pulak kepada mereka yang cuba selamatkan masa depan anak kita'' -Hamka (penulis)

ok.

Artikel ni ditulis pada bulan March tahun lepas lagi. Dah lama dah, aku je yang baru nak baca. Fair enough la sebab aku pun belum berkahwin lagi kan..haha. Pastu, lepas je menamatkan pembacaan aku terhadap artikel tu, aku pun teringin nak komen.

Dan bila scroll di bahagian komen, terjumpa lah Ustazah Anom. Korang baca sendiri lah 'screen captured' kat bawah ni untuk kenal sape tu Ustazah Anom k.


Banyak lagi dia komen. meleret-leret. Cuba lihat kat komen terakhir, beliau ada cakap pasal 'blog useless korang citer pasal pathetic life korang'. Panas je bila baca kan? huhu. Makan dalam!

Komen aku ;

  1. Tak boleh ke bersangka baik tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis tu?
  2. Perlu ke guna nama Ustazah, tapi....
  3. Kenapa nak bergaduh sesama umat Islam hanya disebabkan perkara remeh? Malu la.
  4. Aku tak sokong sape-sape.
  5. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan iktibar.
  6. Aku pun tak baca habis komen kat entri tu. Nanti lah kalau ada masa aku baca..haha.
Belle' : Tiba-tiba teringat pesan atuk abah. Atuk Abah pernah kata camni, kita ni kalau nak marah anak, jangan cakap nakal, bodoh dan sebagainya. Gantikan dengan perkataan, 'bertuah'. Kata-kata tu kan satu doa. =)

Bacaan tambahan :

Saya masih ingat sehingga kini, semasa saya mengandungkan Muhammad Thoriq Ziyad , saya pernah meminta nasihat dari seorang ukhti (yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak pada masa itu), bagaimana untuk saya mendapat dan mendidik anak menjadi anak yang soleh. Kerana saya amat takut jika saya belum bersedia sepenuhnya untuk mendidik anak yang bakal lahir.


Ukhti tersebut berkata, untuk seorang anak menjadi soleh, kita sebagai ibubapa mesti mewujudkan persekitaran yang soleh (biah solehah) buat anak2. Anak-anak membesar sambil belajar daripada persekitaran, lebih banyak daripada belajar dari apa yang kita perkatakan dan ajarkan. Isi rumah kita, akhlak kita, kawan2 kita, jiran kita, tetamu kita dan suasana sekeliling kita, mempengaruhi siapa anak-anak kita kelak.


Salam.

3 comments:

Unknown said...

Rasanya akak kenal blogger Fara tu, suka baca entry dia....simbolik hinggakan akak kdg2 kala fikir bnyk kali nak komen.
Mungkin Ustazah tu ada masalah berkaitan apa yg blogger tu tulis. Tapi dia sedar tak, bahasa menunjukkan sikap sebenar diri kita. Mungkin bahasa yg kesat sudah menjadi kelaziman dlm hidup dia.

Arumi Dasuki and Erma Alyssa said...

kalau ustazah anon tu memang betul2 seorang ustazah, ia tidak mengejutkan. Sebab pernah berjumpa ustazah tapi di rumah memaki hamun anak2. mungkin dia lupa title ustazah yang dia pegang akan membuatkan setiap perilakunya diperhatikan. Sebenarnya islam itu indah, cuma sesetengah sikap kurang manis individual yang dipandang mulia oleh masyarakat ni menyebabkan orang memandang serong pada title ustaz ustazah. Pape pun ambil yang jernih buang yang keruh. Peace :)

Unknown said...

Seorang ustazah tak perlu melenting.. ustazah ke?.. gaya tulisan yg penuh emo tk melambangkan ustazah pun.. tak malu ke guna nama ustazah??

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...