Tuesday, December 10, 2013

Chipsmore Girl's diary Part II

Salam
Hi!

Pernah dengar kisah Chipsmore Girl?
Ala kisah gadis 'playboy' yang masih keliru tentang soal hati. Kalau dah lupa atau tak pernah dengar, silakan selak helaian tahun 2011 chapter bulan 6 kat archive belah kanan korang.

Dapat?

Ok mari teruskan pembacaan anda.

*************
Bulan ke-2
Aku mintak putus. Aku tekad. Dia marah. Tapi aku ada sebab aku sendiri. Yang pasti dia bukanlah sebaik yang aku sangka. Jadi aku ambil jalan selamat biarlah ia sampai di sini saja. Dia tanya gak, aku ada orang lain ke? Aku diam. Cuma membalas, saya belum cukup bersedia.

Bulan ke-3
Dulu berdua, kini berseorangan. Sunyi gak kadang2. Sambil dengar lagu Patah Seribu by shila amzah. Fuh. Tacing betol! Masa tu mulalah syaitan menghasut, I need someone. YM contact list yang sedang online ku pandang. Orang yang aku harapkan online tiada di situ. Kecewa. 

Tahun ke-2
Hurm aku nak bagitahu sesuatu. Ada orang mintak nombor telefon. Nak berkawan katanya. Nak bagi ke tak? Solat dulu lah. Mana tau..

Bulan pertama tahun ke-2
Dah bagi. Tapi dia tak contact pun. Apa ke pelik lah dia ni. Ah biar lah. Whatever. Malas nak fikir. Seminit kemudian 'salam' A message received. From unknown number. Senyum.

TAMAT lah riwayat cerita Diary Chipsmore Girl.

*******
Pengajaran:
1) kadang2 tak semua soalan perlukan jawapan. Mengelak lebih baik. Untuk menjaga hati mungkin?
2) ada lagi ke orang main YM sekarang? Kuno betullah.
3) orang sekarang tak mintak nombor la, diorang mintak camni, 'ada Facebook?' Tak ikut peredaran zaman lah cerita kau ni Belle.. Eh?
4) semoga chipsmore girl happy selalu.

Thanks sudi baca! 

No comments: