Saturday, December 14, 2013

Komen ku tentang maharajalawak mega 2013

Salam.

Semalam balik kerja lewat tapi masih ada masa layan Maharajalawak Mega 2013. Suka tengok Sepahtu dan pengacaranya. 

Minggu ni;

1. Jambu : biasa je. Suka tengok stetoskop gajah tu. Boleh lah pasni buat gaya camtu bila family patient tanya, 'macam mana keadaan mak saya Doktor??!' Hehe

2. Wala : paling smart! Meletop. Gaya naik tangga yang mengagumkan. Idea fresh dari ladang. Macam ni la lawak yang bijak. Bukan menghina ciptaan tuhan, memerli orang lain or double meaning. Ehem!

3. Shiro : diorang sangat serasi.  Simple je sketsa pasal bangla jual karpet. Tapi sangat menghiburkan. Diorang nampak selesa di atas pentas. Deserved 4 stars!

4. SYJ : lawak yang menjadi tapi sebab banyak double meaning buat aku meluat. Tolong lah jangan kuning sangat. Bebudak pun tengok malu la weyh..huh

5. Bocey : nampak diorang berusaha. Keep it up! Lawak selalu menjadi dan ada isi. Cuma kurang peminat. Dan jangan terlalu menjerit kot. Mikrofon ada kan?

6. Saywho : kadang jadi kadang tak. Malam tadi kureng sikit la. New comers tu macam kurang membantu. And aku lihat lawak diorang banyak kenakan yang perempuan berbadan kurang kurus tu. Kesian aku tengok and bosan la..huhu. Jangan hina kejadian tuhan der.

7. Boboi : lawak makan dalam. Kena tengok ulangan kot baru dapat tangkap maksud dalaman diorang. And pada aku, sangat tak perlu tarik diri. Buat macam biasa je. Dato Yusof Haslam saja je kan kasi bintang kesian. Camne industri seni nak maju kalau asyik kasi markah kesian. Aku pun kesian nak tengok diorang next week nanti kang.

8. Zero : sangat tak menjadi. Takpe terkeluar. Mungkin boleh jadi penyanyi lepas ni? Tapi mungkin akan rindu Mawar berduri aduh sakitnya..hee

9. Comey : tak tengok sangat. Sorry

10. Nabil : apa sudah jadi Nabil? Lawak batu belah je yang menjadi. Dia ni kena buat lawak yang berinteraksi dengan penonton. Sebab dia solo. Aku tahu susah. Tapi susah jugak orang nak bagi undi kesian kalau terus tak jadi je. Wake up nabil. Papepun suka otak Nabil. Lawak dia buat aku kena fikir lebih sikit. Aha.

11. Sepah : sanggup kan aku tunggu sampai kul 12 sebab nak tengok korang. Tapi aku dah agak, jangan expect terlalu high nanti kuciwa. Tak best sangat la Sepah malam tadi. Jep pun macam over je cakap macam tu. Tapi aku boleh terima sebab Jep memang dari dulu macam tu, dia memang berlawak secara suka kenakan orang lain dan spontan. And diirang stress kot sbb every week dapat highest vote. Cuba lagi next week. Tak best la kalau undian tinggi tapi usaha tu nampak sempoi sangat. Kumpulan lain berhempas pulas buat lawak tapi dapat bottom 3. 

Last but not least, aku suka AC Mizal sebagai pengacara. Kalau boleh gunakan dia sebab dia banyak membantu di akhir2 persembahan. AC semmmmmpoi!

Belle : tak nampak sangat fungsi Bintang. And juri dibayar untuk komen kan, bukan bagi bintang je kan? Lalalala

No comments: