Assalammualaikum
Sepanjang hampir 2 tahun aku berblog, walaupun kejap AKTIF kejap TAK (akibat kekangan masa dan komitmen lain ditambah menulis mengikut cuaca EMOSI), banyak benda yang aku dah belajar.
Salah satunya adalah Tips berblog! Meh aku kongsikan ILMU tersebut dengan korang especially to those who are new in this world of Belle, eh silap, BLOG~
Tips dari segi Wajah BLOG;
- Daftarlah dengan Syarikat Pengiklanan eg: Nuffnang. Tak salah kan kalau Hobi menulis di blog boleh juga dijadikan pendapatan tambahan.
- Widget Nuffnang, kalau boleh letak tiga-tiga sekali. Kebarangkalian orang nak klik lagi tinggi.
- Pilih URL Blog yang mudah dan ringkas untuk orang ingat
- Untuk tajuk blog, letak nama sendiri lagi baik. Tambah lagi dot blogspot. Persepsi automatik menjurus kepada blog tentang diri beliau. Lumrah manusia, lebih suka membaca Diari orang daripada Info berguna (^_^)
- Pilih template yang ringkas tapi menarik dan letak widget yang penting sahaja.
- Header kena mantap! Senang nak grab attention readers!
- Jangan letak lagu, annoying kot. Tapi depends kat jenis lagu dan selera pembaca..terserah anda
- Sila timbang berat blog. Blog yang berat akan menyebabkan pembaca menunggu lama dan akhirnya mereka mungkin terus keluar dari blog anda tanpa sempat membaca entri yang cuba disampaikan. Klik sini nak timbang
- Setting untuk bahagian komen, jangan letak 'verification Words'. Menyusahkan pembaca memberi komen.
Tips dari segi penulisan;
- Tajuk biar menterbeliakkan mata yang melihat. Biar power, tapi jangan tipu. diulang, jangan menipu. INGAT! lies killing trust. Dan tentu sekali isi mesti la best dan sepadan dengan tajuk.
- Guna tatabahasa yang betul dan mudah. Jangan guna banyak titik. orang bukan nak baca titik kan. Lagi satu jangan kejap kecik kejap besar. Sakit mata wooo
- Letak lah gambar biar menarik.
- Jangan guna short form. Sebab pencarian di Google adalah SITI NURHALIZA bukan CT Nurhaliza. Ini untuk tackle pembaca melalui SEO (search engine optimization)
- Pelbagaikan Genre Entri. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Hiburan. Tak semua orang suka kan Entri berbentuk Ilmiah. tak Semua orang suka Entri berbentuk Aktiviti seharian. Pelbagai kan lebih baik.
- Pandai pilih waktu nak publish. Cek waktu yang ramai orang view untuk post yang lepas-lepas.
- Tulis dari hati. Niat kena baik.
- Be Yourself! Jadi diri sendiri.
Tips terakhir tapi tak lah akhir sangat. Sila rajin Update, rajin melawat Blogger lain, rajin meninggalkan komen, rajin Ping Blog & rajin publish kat YM, FB, Twitter, Geng Blogger dan sebagainya. Ok tu aje kot. Dialu-alukan kalau nak tambah ke nak tanya. Aku takdelah hebat sangat. Sekadar ingin berkongsi. Moga berguna! Tips yang aku belajar ni pun tak semua aku praktis. So. Good Luck and enjoy blogging~
Belle' : Usaha tangga kejayaan
sila jangan tanya aku mengapa gambar tangga ini diletak ^_^"
9 comments:
tips yang amat berguna
thanks
=>
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/
:-)
terima kasih untuk tips ini :) sangat berguna...
suke tips ni :)tq:)
Nadzirah : sama-sama kasih :)
Ezan : Aku pun suka gak..hehe :P
bet0l, jgn menipu. maybe time tu je org tertipu, lepas tu org da x caye tgk tajuk gempak kite.hehe
p/s: nape??x same cm farid kamil ker??
huihui.. nice info.. ko dpt award! come take it..
Abg Naz : Yup..pastu kdg2 mmg boleh memakan diri kita balik.
Hmm sekali pandang..boleh la, ada la sikit-sikit..haha
thanks. Mis twit..wah award?? ok aku dtg skrg :)
Post a Comment