Friday, January 7, 2011

Review isu Lensa Rosak dan Fatin Liyana

Selepas seminggu lebih aku duk baca pasal isu pemakaian Shawls yang berlebih-lebihan yang heboh dalam dunia blog skang ni, aku terpanggil nak menulis review aku tentang hal itu. Harap no hard feeling!

Sebelum tu, bagi yang tak tahu pape. "isu ape weyh?" Meh sini. Belle nak cerita. Tapi kena la pergi ke entri ini dulu.

Kesimpulan kepada entri tersebut;
  • Si penulis ingin menegur perempuan-perempuan di luar sana (bukan di dalam sini ye), yang disifatkan sebagai suka melaram dengan shawl dan hal itu dikatakan berlebih-lebihan sehingga menyakitkan mata yang memandang (especially lelaki lah).
  • Baik! Silapnya, si penulis telah meletakkan gambar seorang blogger terkenal sebagai contoh dan hal itu dikatakan telah membuka aib wanita yang diculik gambarnya itu.
  • Tujuan yang baik!! cuma tak kena caranya. Sikit je silapnya tetapi berat akibatnya. Seolah-olah satu dunia menghentamnya. (boleh baca komen di entri tersebut, dah cecah hampir 500 komen. Ada menyokong, ada juga yang membangkang. Mcm dlm mahkamah. Kebanyakannya tanpa nama? Kenapa ek? Aku pelik di situ!)
  • Dan aku tengok blogger terkenal tu (student medic la..hehe) rilek je. Tapi tak boleh nak kata gitu gak, kita tak tahu apa yang beliau rasa (Good Luck Fatin Liyana for your EXAM!)
Yang menjadi ISU!
  • Macam yang aku kata lah. Silap tang gambar je. Penulisan yang ada unsur2 dakwah dikatakan dilakukan dgn membuka aib seseorang. Andai ajelah, tiada gambar ataupun entah siapa je perempuan yg berada dlm gambar tu..mesti takde siapa pun yang pandang. 
  • Biasa lah, cakap soal agama, konfrem masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. (aku sendiri tak terkecuali daripada termasuk dlm golongan yg hanya sukakan entri yg berunsur hiburan)
Jadi pada pendapat aku;
  • Udah-udah la tu bergaduh. Sebab aku subscribe komen entri tu, penat dah ni baca komen korang (walaupun best gak..hehe).
  • Buat-buat ler berdamai. Aku tak menyokong mana-mana pihak. 
  • Fatin Liyana pun cakap, beliau tak layan sampah.
  • Si penulis pun dah buat pantun yang aku kira boleh tahan..haha
  • Jangan gaduh ea. Kita kan saudara se-Islam.
  • Isu ni sensitif gilerrr!
  • Maju lah untuk ISLAM
Pendapat aku pasal Trend org suka melaram ngan Shawls pula;
  • Dari sudut positif pertama! bagus lah. Sekurang-kurang wanita muslimah taklah dikatakan ketinggalan zaman dan tak pandai bergaya lagi dah. Bangga tu! Aku teringin gak nak bergaya gitu, tapi tak reti lah. Lagi pun mahal. Tunggu dah kaya nanti lah..muahaha.
  • Dari sudut positif yang kedua. Ianya menggalakkan lebih ramai wanita mahu bertudung! especially sejak ada tudung ala2 indon tu. Senang gile nak pakai, sarung je. Tapi aku tetap lebih prefer pakai tudung bawal. Ala yg ada manik2 tu. Cantik dan nampak professional..cheewah..hehe
  • Dari sudut negatif! Hanyalah berlaku apabila ianya diaplikasikan secara berlebih-lebihan dan tak kena pada baju/seluar yg ketat metat serta melanggar syarat2 yang dah pun ditetapkan oleh Islam. Tutup dada, tutup punggung jangan pakai bonggol unta tu! mudah bukan? Hendak bergaya sakan, bergaya je lah ..tak salah.

Akhir sekali, pesanan penaja;

berlebih-lebihan & berkurang-kurangan tu tak bagus
&

BODY KITA HANYA UNTUK SUAMI TERCINTA!
&
Niat tak menghalalkan cara
&
dakwah mesti berhikmah dan kena pada gaya
&
tak baik gaduh2. nanti tuhan murka 

(^__^)Y

thanks sudi baca sampai habis

Salam.

15 comments:

Illiana Hidayah said...

dear..panass sungguh kan entry tu... saya sokong pendapat awk..actually ada betul apa yang dia kata tu.. tapi tula..mungkin kerass sgt bg sesetngah pihak..but since empunya blog kata tak layan, hope everythings will be fine la kan..

syanabel said...

yup dear.. I hope so.. Harap cepat2 reda la isu tu.. hehe

M.I.A said...

byk btol blog bt review psl ni. n i agreed with you. cara dye x brape nak kena. harap bnda ni cepat reda. x baik gadoh2 ni. haha

Cik Awynn said...

aku dah try semua jenis tudung. selendang. syria. tudung indon. tp tudung bawal tetap di hati. lagi2 yg rm10 yg ada satu line batu je.

kalau g kelas.. aku prefer tudung indon. ringkas.

kalau keluar jalan2.. aku prefer tudung bawal.

kalau kurung.. aku pilih shawl.

pilihan dah banyak.. terpulang pada kita nak ke tak nak. teguran memang bagus.. tapi bila disertakan nama, tu yang agak mengaibkan.

*itu pendapat aku lah -peace-

Unknown said...

haha, setuju gak gn bell. haha. nak jugak buat review ni. tp pk2 balik. mals lah. sebab pendpt same je gn ni. haha. lagipon rambot same itam hati lain2. janji umat islam bersatu dahla.

mimie mat rani said...

ngeee=DD..
suka2....
bawal forever..
owg pun tgk ramai gila yg pakai shawl..p,bawal tetap pilihan utama..

syanabel said...

Lis Amir : Thankss..Harap2 begitulah

syanabel said...

Awynn : i like you lah.. tudung indon aku pakai mase gi jawab exam. senang nak masuk stetoskop kat telinga..muahaha

syanabel said...

ezan : hee thankss. Yup, janji Islam tak pecah belah.. Hidup 1 Malysia (tiba-tiba) ^_^''

syanabel said...

Mimie : Hye buddy! yezza, bawal is the best. tp hakikatnya, kita tak leh nk pki bergaye sakan ni. sbb last2 end up kat hospital, pki stetoskop, kan payah kalau tudung lilit sane lilit sini..hehe.. simple sudah :))

Norasiah Nasir said...

agree wit u..saya pun pakai shawls jgk..tp xla melapau..suka pakai shawls pasal saya g keje naik moto..dulu pakai bawal..tp mesti penyek kat muncung tu..jd bila pakai shawls ni xde masalah..janji kita tau batas2nyerr n niat kita

syanabel said...

@Norasiah Nasir
yup yang penting jangan melampau sudey..hehe

inanur@TH said...

Tak payahlah nak gaduh2 pasal tudung.
Janji pakai tudung.
Jangan tudung tinggal serkup dah!

syanabel said...

@inanur@TH
hehe..tahu takpe. Tudung je pun. Kesian tudung tak bersalah pape ..hehe

[sutera kasih] said...

1st time sy dgr isu ni..hehe agak ketinggalan sy ni huhu

apa2 pun, kalo rasa mana yg baik utk diri sndiri, buat saja :)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...