Hye abang blog!
"Abang? gediknye kau ni.."
"Ala, sekali sekala, bukan selalu pun..boley la..hikhik (memang gedik!)."
Hari ni aku dijadualkan menghadiri seminar Fiqh Perubatan anjuran Kolej RCMP ku. Tapi aku terpaksa cancel di saat-saat terakhir. Mula-mula memang semangat nak pergi tapi biasalah bila ada aje halangan, apa boleh kita buat kan. Argh bukan halangan ape pun, aku cume rase belum pulih sepenuhnya la. Erm dah seminggu kot terlantar di katil. Eh bukan terlantar cam orang yang kat hospital tu.. maksud aku, aku asyik membuta je. Tak larat la nak buat pape.
Start hari Isnin la, selesema je kot, bersin ada gak, yang tu biasalah kan. Semua orang pun biasa selesema. Mungkin sebab cuaca je tu. Esoknya badan cam 'dedor' (nak demam) plak. Esoknye lagi, muntah ngan sakit perut. Senang kata cam dah jatuh ditimpa tangga gitu..huhu (T-T)..time tu lah rase cam nak jerit..makkkk!!!. Tapi sabo Belle, please behave like an adult k.. hee okay. Esoknye lagi.. aku sakit perut lagi, memulas-mulas. Selera makan memang out la. Mula lah aku menjadi teman tapi mesra 'abang toilet'..huh..(eh korang ade kira ke dah berapa banyak esok? sebab aku stat diarrhea tu semalam :P)
Ok, cukup la seminggu aku merana dan melayan segala yang abnormal berlaku dalam badan aku tu. Ya Allah, tak larat dah. Seriously, aku ni jarang sakit. Sekali dapat, sori lah..emosi konfem terganggu. Dari macho boleh jadi ayu..hakhak. Study jangan cakap lah. emm..silap aku gak tak gi jumpe Doktor awal-awal. Bukan tak nak, cuma aku rase takde lah teruk sangat, tunggu lah teruk dulu baru gi. (macam alasan biasa dengar tak kawan-kawan? please jangan jadi macam saya yee :)) Lagi satu, demam ngan selesema je kot. Makan je la panadol kan..hee. Cuma bab muntah tu je la, den tak tau nak wat lagu mana (T-T)
Hah, ni yang nak hangin satu badan ni. Muntah ngan sakit perut tu konfem-konfem la sebab salah makan kan. ni bukan nak nuduh, tapi aku rase lah, ni gara-gara beli makanan kat bazaar la. Seyes serik nak beli kat situ lagi. Semalam pegi bazaar kejap je pun dah leh wat aku rase nak muntah bila ingat balik makanan yang telah menyebabkan aku muntah tu..argghhhh. Tolong lah wahai penjual-penjual bazaar, masaklah makanan elok-elok ye. huuu. Ah aku mungkin perlukan masa untuk kembali membeli belah di bazaar itu lagi...:P
Kembali kepada Fiqh Perubatan yang aku ceritakan di awal-awal cerita tadi..ala yang patutnya aku kini sedang dalam dewan mendengar majlis ilmu seperti tentang cara-cara menunaikan solat ketika sakit tu. Hah dah ingat? ok, sebenarnya dah pernah pergi seminar camtu. Cuma bagus lah kan kalau dapat pergi lagi. Mungkin kali ni cara penyampaian dan ilmu yang diberi berbeza. Opkos tak sama ok. sebenarnya even kita dah jadi doktor pun, kita perlu pergi seminar macam tu untuk kuatkan lagi ingatan kita. Mungkin kita dah tahu, tapi secara praktikal nye kita belum cukup mahir sehinggalah kita ada pesakit sendiri. Yang best nye, ianya tak terhad la untuk pelajar medic yang kerjayanya bakal berjumpa orang yang sakit atau kurang upaya je. Semua pun boleh join pe. Sebab ilmu fiqh perubatan ni amatlah perlu untuk kita semua. Kita kan manusia biasa yang takkan terlepas daripada menghadapi kesakitan. Oh lupa plak, pada sesiapa yang tak tahu ape itu Fiqh Perubatan. Ianya ilmu yang mengajar tentang segala hukum-hakam Islam dalam perubatan. Nak tahu lebih, google ajelah..menarik..try lah ye.
"bye abang Blog..study leklok ye..jangan nakal-nakal..gud luck for your test!"
3 comments:
bagus jugak kan kalo de seminar tu. sebab bukan sume orang tahu.
get well soon =)
thanks Qamarina..
Yup, sangat bagus la program camtu..hee, kat tempat awak pun ade eh?
yup. ada jugak. kalo free, salu juga pegi.
Post a Comment