Wednesday, February 29, 2012

I believe in Allah

A NON-MUSLIM teacher asked a MUSLIM student

*Teacher*

Teacher : Can you see ALLAH?
Student : No.
Teacher : Can you touch ALLAH?
Student : No
Teacher : Then there isn't ALLAH!

*Student*

Student : Sir, can you see your brain?
Teacher : No.
Student : Can you touch your brain?
Teacher : No.
Student : Oh okay, so you don't have a brain?



Source : FB


Belle : Tapi, lagi manis lah, kalau percaya seiring dengan keinsafan untuk menurut perintah-Nya & meninggalkan segala larangan-Nya.. kan?


wallahua'lam.

Awak, tolong maafkan saya boleh?

maafkan saya jika saya;

  1. selalu ajak awak keluar berdua-duaan
  2. suka ajak awak pergi tengok wayang
  3. pernah terganggu/sms awak waktu awak sedang solat
  4. suka merungut sebab tertekan dengan ujian Allah
  5. pernah memakai minyak wangi semata-mata ingin memikat awak
  6. selalu melewat-lewatkan solat sebab leka SMS dengan awak
  7. suka memandang lelaki lain dan seringkali merasakan yang saya perlukan seseorang yang lebih baik daripada awak
  8. pernah terfikir awak bukan yang terbaik untuk saya
  9. selalu terkenangkan cinta lama
  10. menyebabkan awak sayang saya lebih daripada awak sayang Allah
dan yang paling penting sekali, 
tolong lah
maafkan lah saya

Jika saya pernah terkacau Iman awak. Saya insaf~


ASTAGHFIRULLAH

This is an expression used by a Muslim when he wants to ask Allah forgiveness. The meaning of it is: "I ask Allah forgiveness." A Muslim says this phrase many times, even when he is talking to another person. When a Muslim abstains from doing wrong, or even when he wants to prove that he is innocent of an incident he uses this expression. After every Salah (payer), a Muslim says this statement three times.

Tuesday, February 28, 2012

Jom kahwin !


Antara hikmah Islam menggalakkan supaya diadakan kenduri kahwin adalah untuk :
  1. Melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat mendirikan rumah tangga.
  2. Melahirkan rasa kegembiraan atas ikatan perkahwinan.
  3. Mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah menjadi suami isteri yang sah.
  4. Memberi peluang kepada para tetamu bersuai kenal di samping merapatkan hubungan silaturrahim.

Ingat sampai mati..ok? hehe

Bole baca artikel penuh di SINI

Buang Tahi Lalat?

Salam.

Apa khabar Iman anda hari ini? Pagi ni, Syafiqah nak kongsi ilmu sikit tentang apa yang dapat semalam. Sekarang ni tengah posting Pembedahan Palstik (Plastic Surgery). Before tu, jangan kecilkan pemahaman anda ye. Pembedahan Plastik bukan sahaja tentang besarkan payudara dan tegangkan muka. ok!!!??

Pada hari pertama posting, Syafiqah dapat tengok pembedahan kecil yang dilakukan oleh Doktor. Ye. Tepat sekali. Pembedahan buang Tahi Lalat di muka. Nampak ngeri bukan? Masa mula-mula nak tengok pun, Syafiqah cuak juga. Tapi Alhamdulillah, takde pape pun je la actually.

Dr tu cuma lukis bentuk Mata guna dakwat kat area Tahi Lalat tu (bawah mata).

And then dia cucuk ubat bius.

Dah konfem pesakit tak rasa apa2, dia pun mula la membedah. Dia potong ikut bentuk mata tu dan siat dan potong lagi sikit2 sampailah Tahi lalat Terputus daripada dagingnya.

Last but not least, Dr pun jahit balik cantik2 dan siap!

pembedahan berjaya! pesakit gembira! Kami pun ucap tahniah kepada pesakit. yeay~

Tak sabar pula rasanya nak tahu apa jadi kat muka pesakit tu selepas balutan luka dibuka. Pasti ada parut kan? takpe, parut boleh baik..sekarang kan macam2 ubat sapu ada..kan?

(2007) saya rindu tahi lalat saya ='(

p/s : dulu aku pernah mempunyai tahi lalat besar di atas bibir. Tapi, tanggal 2009 aku telah membuangnya guna cara cina yang tilik nasib. Ala kan ada selalu kita jumpa kat shopping complex, buang satu tahi lalat RM10. Dia cuma titikkan ubat, pastu kita biarkan kering 5hari tanpa mencucinya. Pastu dia akan tanggal sendiri.

Tahi lalat ni, jika kita dah buang sekalipun, akan ada kemungkinan yang dia akan tumbuh balik.

kalau tanya aku, kenapa buang tahi lalat? aku akan jawab, sebab dia besar sangat. Lagipun masa tu betul2 lepas dengar lecture pasal mole can lead to skin cancer. actually, its only benign..huhu. jahilnya aku waktu tu.

Dan ada orang kata tahi lalat di muka ada maksud tersendiri. tapi entah lah. Apa pendapat korang ye? kongsilah!

Monday, February 27, 2012

Dayuskah lelaki ini?

Jom dengar cerita!


Perempuan : eh, aku dengar kau dengan XX sekarang. Alhamdulillah. Bila nak kahwin?

Lelaki : Aah. Kahwin lambat lagi la..belajar pun tak habis lagi..

Perempuan : oh tapi aku pasti korang dah plan nak kahwin kan? hmm, aku ada pesanan khas tuk ko nih.

Lelaki : ape die tu? bunyi macam serius je..hehe

Perempuan : Lepas kau kahwin nanti, kau tegurlah isteri kau supaya pakai tudung. Bukan apa, aku rasa kau sendiri tahu kan perempuan kan wajib menutup aurat.

Lelaki : oh, tak kot. Aku tak kisah.

Perempuan : eh kau ni. Jangan la macam tu. Nanti kau jadi suami yang dayus. Kesian kau nanti, tak pasal2 menanggung dosa. Aku tak kata yang semua perempuan bertudung tu baik & sebaliknya.. cuma sebagai suami nanti, kau wajib menegur. eh, kau jangan ambil hati pula kata-kata aku ni.

Lelaki : tak lah. Aku ok. aku terima teguran kau tu. Terima kasih ye. Cuma aku tetap dengan pendirian aku..aku lagi suka perempuan yang tidak bertudung. Aku sebenarnya ada kisah silam dengan perempuan bertudung.. bla bla bla

Perempuan : *hanya mampu melemparkan senyuman sambil mendengar dengan khusyuk cerita yang ingin disampaikan oleh lelaki itu*

perbualan mereka pun tamat.


moral of the story:

  1. Ramai yang kata mereka beragama Islam. Tapi berapa ramai yang betul-betul ikhlas memahami & mendalami ilmu Islam? Astaghfirullahalazim..
  2. Dayus adalah lawan kepada cemburu. Ia merujuk kepada lelaki yang membiarkan isteri & anak2 perempuannya melakukan maksiat & kejahatan.
  3. Berpesan2lah kepada kebenaran. Menegur bukan sebab kita mahu orang itu berubah. Kita menegur sebab Allah yang perintahkan kita menegur orang itu.

Sunday, February 26, 2012

mana pergi ego Abah ?

Salam.

Pada hujung minggu yang lepas, aku balik Johor. Balik lagi aku ni kan, haiya. Tapi ok la kali ni sebab aku balik naik bas. Dah lama rasanya aku tak menaiki bas travel from Perak-Johor. Agak terkejut la sebab aku baru tahu LRT dah tak guna kad, dia guna coin sekarang. Kenapa takde orang bagitahu kat aku pun pasal tu..sedey tau tak..uwaa


p/s : Aku naik LRT tuk transit dari Pudu ke TBS

Aku balik Johor pun sebab nak memenuhi dua undangan perkahwinan rakan lama. Satu di Segamat & satu lagi di Melaka. Alhamdulillah, perjalanan aku dipermudahkan Allah dan segala yang dirancang sepanjang hari Sabtu dan Ahad berjalan dengan lancar. Syukur!

Berbalik pada tajuk entri;

Nak dipendekkan cerita, aku ke Melaka dulu sebelum bertolak balik Ipoh. Aku ke Melaka sebab nak pi makan nasi minyak si Syerry. (eh, dah boleh panggil Puan Syerry la..hehe) Syerry, rakan se-praktikum waktu kami belajar sama2 di KMJ dulu.

Terima kasih Abah sebab tolong hantarkan Nabila ke Melaka. Mula2 aku cuak jugak, abah aku ni tahu ke jalan nak ke rumah pengantin ni? Bukan apa, abah aku ni ada ego. Kalau pergi mane2 dan dia tak tahu jalan, dia memang tak pernah nak bertanya. Akibatnya, kalau pergi mane2 mesti tak sah kalau tak sesat..sama ada terlajak jalan atau pun jumpa jalan mati..haha gelak jahat =P


Dan ternyata, aku silap. Abah dah berubah! Abah tak lagi ego macam dulu. Walaupun abah masih macam dulu, tak berapa tahu jalan2 kat Malaysia ni tapi abah dah berani bertanya. First2 dia call sedara kami yg duduk di Melaka. Tak berjawab. then, aku call membe aku yang duduk di melaka, kot2 la die tahu jalan. damn. tak berangkat juga. Last2, aku sms juga si syerry & akhirnya sampai la kami ke tempat yang dituju.

Tak sesat ok. Tahniah Abah =)

terngiang2 lagi ayat abah;
"hah kita tanya orang kat tepi jalan ni nak.. .. alamak orang bangla pula"

aku senyum je..hehe

Nabila sayang Abah.

belle : Sempat juga aku mengiringi si Sherry waktu nikah. Kebetulan ku terpakai baju warna yang sama, kelabu..aha. Ei, bila la turn aku pulak..err. (Ana raffali pun pakai baju kelabu ke? mana aci gini..uwaa)

Sahabatku, Puan Syarifah Aisyah (Syerry)..
Aku doakan semoga kau bahagia disamping suami tercinta. Jadi Isteri yang solehah tau. Semoga zuriat yang bakal lahir nanti jadi insan yang soleh & solehah plus comel2 semuanya...hehe. Tahniah Syerry (^_^)

Peristiwa di sekolah Abah

waktu ni aku menemani Abah ke majlis jamuan Makan Malam yang diadakan di sekolahnya.

Sesampai di sana,  kami duduk di meja yang memang telah pun disediakan untuk kami.

Ada satu lagi family yang duduk semeja dengan kami. Aku pun apa lagi, dengan ramahnya (konon la kan) bertanya kat Cikgu yang duduk di sebelah ayahku. Em waktu tu, abah bangun pergi mane ntah.

Aku bertanya;
"Cikgu mengajar subjek apa kat sini?"

Dia menjawab;
"saya ajar biase2 je."

ok. tak menjawab soalan. aku pun angguk je la, tanda faham. padahal geram..susah sangat ke nak jawab soalan aku tadi? uh

Selang beberapa minit kemudian, abah pun duduk.

Aku bertanya;
"abah, yang mane satu guru besar ek?"

Abah pun, jawab;
"ni, sebelah abah ni."

huh? er, okay..malunye. mane aku nak sorok muka ni. tolong aku. Malu yang aku rasa waktu tu, tuhan je lah yang tahu. Aku rasa Cikgu tu dengar kot. Bila dia pandang aku, aku cuma senyum je pastu terus pandang tempat lain..nak cover malu punya pasal.

Aku masih ingat peristiwa tu sampai sekarang. Bila ingat je, mesti aku tergelak. Belle Belle, ape la kau ni..

So, moral of the story : Nak ramah boleh, tapi biarlah bertempat..haha.


Thursday, February 23, 2012

7 Tips dapatkan idea untuk menulis

Salam (bagi yang Islam) & Selamat Sejahtera (bagi yang bukan Islam)

Arghh tak mengantuknya rasa pagi ni. Padahal semalam tak cukup tidur sebab.. er sebab risau sangat lepas post #wordlesswednesday kat belog ni semalam. Menggigil satu badan tau tak..huhu. Tapi aku harap korang jangan salah faham tau. Aku takde niat lain. Positif ok?

yeay, sayang korang =)

Dan untuk pengetahuan, I'm free today. No class at all. Jadinya aku pun berjogging2 lah di 'mukabuku' sambil nyanyi lagu cinta mukabuku. ok tipu. em, senanye bagus tau jogging cara ni, dapat menjana minda..aha. Sewaktu khusyuk aku membelek status rakan2 & perkongsian menarik daripada rakan2 mataku terus terfokus ke arah link bertajuk;


amacam? kalau korang pun mesti nak tahu apa benda lah tu kan especially rakan2 seperjuangan, sebidang & sealiran denganku. Haa klik jgn tak klik, tapi jgn lupa patah balik tuk baca post aku ni sampai habis ye..ahaha

Aku tak mau cerita pasal artikel tu, korang baca sendiri dan hayati lah ye. Yang aku nak cakap hari ni pasal Tips nak dapatkan idea menulis. Dan jujur aku cakap yang tips ni aku ciplak daripada penulis asal artikel di atas iaitu Dr Yuliana. Entah kenapa, aku tertarik dengan belog beliau and ofkos lah aku terjatuh hati dengan orangnya sekali kan?? hehe. tapi aku bukan lesbo =P

sebagai blogger, Idea memainkan peranan yang penting. Tapi seringkali kita(blogger) mengalami masalah kekeringan idea, betul tak? haa jom aku kongsi tips hasil ciplakan daripada belog Dr Yuliana. Aku cuba sampaikan guna cara aku, tapi tak kisah je kalau korang nak gi ke belog die dan baca sendiri. Nanti kat perenggan last aku share link die eh?

apa kata, korang tulislah :

1. 3 perkara yg korang bersyukur sangat pada hari tu, atau dalam minggu tu. 
  • Kesyukuran ni penting. Bila kita bersyukur kita akan rasa dekat je dengan Allah. Kita takkan mengeluh dan insyaAllah kita akan rasa positif je selalu. Sekarang ni, sila bersyukur sebab diberi mata yang sihat oleh Allah untuk melihat dan membaca belog syafiqa-belle..kui3


2. 3 sikap negatif korang pada hari itu. 
  • bukan nak down kan diri sendiri tetapi sebagai pengajaran supaya tidak mengulanginya pada esok hari. Haa jangan tulis sikap negatif tu je, tulis lah sekali langkah2 mengatasi perangai tak elok tu ye. Dan kalau dah tau benda tu buruk, tak elok..bertaubatlah, jangan ulanginya lagi. InsyaAllah Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk orang yang betul2 ikhlas ingin bertaubat. gud luck!

3. Impian anda.
  • Wah, lama ku tidak mendengar perkataan impian. Aku juga lama sudah tidak berimpian. Sebabnya buat masa sekarang aku cuma ingin fokus nak lulus MBBS ni je..huhu. Namun sebaik-baiknya tulis lah, pastu tampal besar2 punya kat dinding. Tengok hari2, doa hari2 dan usaha juga ye. Dan diakui juga dengan berbuat demikian, minda kita akan lebih fokus ke arah apa yg kita impikan tu. 
  • Yes, so far aku dah bermimpi nak _____ . biarlah rahsia kata dato siti..aha

4. Senarai insan yang tak jemu2 mendoakan kejayaan anda
  • First, senaraikan nama mak ayah dulu. pastu adik beradik, atuk, makcik pakcik ke sepupu ke, kawan dan ehem2. kenapa kena senaraikan? sebab nanti bila dah berjaya aku nak balas jasa diorang. Tanpa diorang, siapalah aku.
  • Awak, terima kasih. terima kasih. Dan terima kasih tau. aha.

5. senarai semak ibadah yang anda lakukan hari ini 
  • hari ni aku puasa sunat. Hari ni aku baca sehelai al-quran. oh tadi aku menderma kat masjid. Hari ni aku hafal 2 ayat al-quran laa. Fuh seronoknya kalau dapat buat check list tu bukan? tapi ingat, amalan banyak pun tapi kalau tak istiqamah..hmm kirim salam je lah ye =P
  • (Tips ni aku tak galakkan sangat tuk korang tulis dalam belog. Tapi kita kembali pada niat ok?)


6. perkara-perkara yang mempositifkan hidup anda
  • I like this! Dr Yuliana pesan, jangan mengeluh. jangan negatif! terutamanya di status FB, twitter, BBM, YM & sebagainya. Orang yg suka mengeluh tanda orang itu tidak bersyukur. Bersyukur tau dengan apa yang kita ada sekarang.
  • banyak je cara nak mempositifkan diri ni. kalau korang kaki online lagi senang nak dapat kot. Kawan2 kat FB tu banyak je postkan benda positif untuk korang. everyday. Sebab tu la orang kata, berkawan lah dengan penjual minyak wangi, walaupun kita tak wangi, tapi tempias keharuman minyak wangi itu kita sure dapat punyer. insyaAllah.
  • Point aku kat sini ialah, kalau rasa kawan tu asyik negatif je status dia kau remove aje die dari fren list kau..haa kejam kau Belle.

7. perancangan untuk hari esok.
  • Merancanglah. Semoga perjalanan hari esok kita berjalan dengan lancar. ok fine, aku pun tak merancang lagi apa aku nak buat sehari suntuk ni. ok2 nak plan sekarang juga. bye bye kawan semua.

semoga kita semua mendapat sesuatu dari apa yang aku dah tulis penat2 panjang2 kat atas tu tau..hehe. Mari jadi insan yang POSITIF!

[ini]link artikel asal yang telah diciplak dengan jayanya oleh Belle (^__^")Y


p/s : menulis lah. semua orang perlu menulis. tak kira di mana dan siapa anda.

Selamat Mencuba!

salam.

9 Tips untuk menjadi Perempuan Melayu Terakhir


  • Tahan mulut daripada terbuka ketika menguap. Semasa tahan, kemungkinan hidung akan mengembang. Cubalah tahan hidung daripada mengembang. Jika tidak boleh, tutuplah hidung.
  • Elakkan ketawa terbahak-bahak. Ketawa tanpa suara didengar. Kadang-kadang tidak perlu membuka mulut terlalu besar, cukuplah senyuman sebagai tanda gembira. Itu lebih manis.
  • Berjalanlah lurus dengan postur tegak, tetapi tidak perlulah terlalu mendada. Kawal kaki supaya tidak kengkang, tidak juga ke dalam. Jalan pantas dengan penuh keyakinan.
  • Pakai tudung dan baju yang mempunyai keseragaman warna. Elakkan warna yang terlalu terang. Pakaian berwarna gelap dan kosong serta tidak terlalu banyak corak menzahirkan keeleganan (rosak bahasa) seorang muslimah.
  • Berdiri dengan gaya yang sopan. Duduk dengan gaya yang sopan. Bagaimana? Jangan kelam kabut. Susun pergerakan. Lihat dan perhati di mana letaknya tangan, di mana letaknya kaki.
  • Sentiasa senyum. Apabila dipandang oleh sesama jantina, berikan senyuman disertai dengan anggukan, dan lebih cantik lagi disertai dengan ucapan salam. Untuk yang berlainan jantina, sila tundukkan pandangan. Tetapi untuk majlis yang tertentu, adakalanya anda perlu bertindak profesional, tetapi masih meminimumkan pergaulan dengan mereka.
  • Pastikan setiap hari anda memakai pakaian yang baru. Jangan mengulang pakaian minggu lepas ke hari ini. Tukar sarung kaki setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar sarung tangan setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar anak tudung setiap hari. Pastikan yang baru. Tukar baju luar dan dalam setiap hari. Pastikan yang baru. Walaupun anda memakai pakaian tersebut hanya untuk 30 minit. Sama jugalah dengan tudung yang anda pakai. Elakkan mengulang-ulang. Kekadang tidak perlukan minyak wangi, baju yang baru memberi bau haruman  kepada orang di sekitar anda.
  • Pastikan anda membawa cermin muka ke mana sahaja anda pergi. Selepas makan, pastikan tiada sisa makanan melekat pada gigi. itulah fungsinya cermin muka. Lihat juga ketika bila-bila masa yang anda rasa perlu. Contohnya di awal pagi ketika sampai di tempat kerja. Mungkin anda tidak perasan ada sesuatu di muka yang boleh memalukan anda.
  • Bercakap dengan nada yang lembut. Tidak perlu terlalu lembut. Tidak perlu pula terlalu membesarkan suara sehingga semua orang boleh kenal suara anda sejauh 1000 meter.

sumber : Blog DrYuliana

Sunday, February 19, 2012

apa, kahwin paksa?

Gemersik Kalbu, Vanila Coklat & BFF 

kalau korang peminat setia TV3 dan suka menonton drama-drama Melayu mesti korang tak terlepas punya menonton ketiga-tiga drama tersebut kan?

Tapi korang sedar tak apa persamaan ketiga-tiga drama tu?

Yang aku perasan, ketiga-tiga drama tu berkisar tentang perkahwinan secara paksa. Bezanya cuma, kenapa mereka dipaksa berkahwin..

  1. Ada yang terpaksa berkahwin kerana telah terlanjur.
  2. Ada yang terpaksa berkahwin kerana menyangka yang itu je lah satu2nye cara yang dia ada untuk mendapatkan perempuan itu.
  3. Ada yang terpaksa berkahwin kerana ingin menjaga hati keluarga (sangat common)
  4. Ada yang terpaksa berkahwin sebab sayangkan sahabat sendiri (ini paling pelik)

erk .. tibe2
Cara yang sama, sebab lain-lain tapi semua happy ending ke?

Gemersik Kalbu : Happy!
Vanila Coklat : Em so far Happy tapi tak tahu lagi la, cerita baru nak klimaks maa
BFF : So far not la. kot.

ehem.

so, bagus ke kahwin paksa ni sebenarnya? akan kekal bahagia forever ke?

As for me, tiada jawapan yg objektif untuk soalan tu. Ia bergantung kepada diri orang tu dan situasi jugak la. Ada yang bahagia dan ada yang merana. Dan kalau bahagia tu, tak semua orang akan jadi sweet macam Gemersik Kalbu. Tak semua akan secomel Vanila coklat.

Ah nama pun drama. Lakonan & Skrip semata-mata! huh

Dan tak semua akan merana macam.. yeah, you all sendiri fikir la..hehe

"yeay, kahwin paksa ni best, nanti sweet cam Amir & Izara." uh, zZzz. Stop dreaming girl!

Walau apa pun pandangan orang lain terhadap isu perkahwinan secara paksa ni, aku tetap mengharapkan yang normal punyer. Bermula daripada titik mula perkenalan, bercinta dan kemudian barulah berkahwin (bila tiba masa yang sesuai dan dua-dua dah bersedia) Tak mau la lompat2, tak mau sangkut2 dan paling penting, tak mau paksa2. Namun siapa lah aku untuk menolak takdir Allah yang telah sedia tertulis itu. uh, cuak kot.

K, I think it's enough for now. daa =)

p/s : oh byk lagi drama yg bertemakan kahwin paksa ni cam Bicara Hati & Ombak Rindu, just malas nak tulis je..hehe

Saturday, February 4, 2012

Berniaga itu ibadah jika ...

  1. Niat yang betul
  2. Perlaksanaan mengikut syariat
  3. Perniagaan yang sah di sisi Islam
  4. Tidak meninggalkan perkara wajib yang asas seperti beriman, solat, taat kepada ibu bapa dan lain-lain.
  5. Natijah mesti betul dan tepat.

Berniaga hukumnya fardhu kifayah.
Fardu kifayah bermakna dituntut sebahagian umat untuk melaksanakannya. maka terlepaslah tanggungjawab fardu atau wajib bagi umat yang lain. Tetapi jika tiada seorang umat Islam yang melaksanakannya, maka seluruh umat Islam di sesuatu tempat itu akan menanggung dosa.

sumber : Majalah Solusi Isu No40 (Darjat seorang Usahawan)

Belle: Teringin sangat nak berniaga suatu hari nanti. Tapi buat masa sekarang, biar aku majukan blog ni dulu la. Dikira berniaga juga la kan; menjual bahan secara berkongsi idea, cerita & ilmu kepada pembaca kita. kan?

Thursday, February 2, 2012

Kenapa Perempuan Sukakan Remy Ishak?

salam.

Lamenye tak menulis kat sini. Fuh *tiup sikit dashboard yg dah berhabuk nih*

Setelah lama tak update, hari ini saya memilih untuk berbicara tentang Anugerah Juara Lagu. Tak nak lah cerita pasal Awan Nano. Pasal beribu sesalan pun saya tak nak apatah lagi pasal Karma..hehe.

Jom kita cerita pasal Remy Ishak! *gadis2 comel mari dengar*

Yup, seperti yang kita semua sedia maklum (pada yang menonton Anugerah Juara Lagu pada Ahad lepas je la kan), Remy telah muncul sebagai pemenang kategori persembahan terbaik pada malam tu. Er, atau lebih tepat Remy cuma jadi watak tambahan dalam persembahan Alyah. So Alyah yang menang sebenarnya..

Untuk pengetahuan semua juga, sebaik sahaja Alyah men-sandha-kan diri ke dada bidang Remy ramai gadis yang mendapat serangan histeria akibat cemburu termasuklah si penulis ini. erk? Dan juga, nama Remy Ishak terus menjadi trending di Twitter, padahal dia tak menyanyi pun. pelik!

Kenapa ya begitu?

Jadi apa yang penulis dapat simpulkan menerusi kejadian di atas adalah;

"Perempuan suka akan lelaki Handsome macam Remy Ishak."

bukan dgn Remy !

Saya juga telah menyenaraikan 3 sebab kenapa la Perempuan ni suka sangat dengan Remy Ishak ;

1. Fitrah manusia sukakan benda yang cantik
  • ada ke orang yang tak suka benda cantik? mungkin ada, tapi cuma golongan minoriti. Itupun sebab.. lain orang lain makna Handsome bagi diorang kan?
2. Saje nak buat si Dia jeles?
  • kadang2 perempuan ni saje je cakap, wow kacaknye Remy Ishak! Lagi best kalau dapat cakap kuat2 depan si Dia. Seronok kot dapat tengok reaksi si Dia, "tak handsome! hitam!" (tak caye try lah..hehe)
3. Ala, suka je pun, ape ada hal?
  • cuba baca betul2, suka je pun bukannya cinta sampai nak dijadikan teman hidup kan? Yup, suka & cinta itu berbeza. contoh; Saya suka Remy Ishak tapi tak bermakna saya cintakan dia. Sebab? dia milik Tiz Zaqyah. Malas lah nak kacau daun T__T. Jadi saya suka dia suka-suka sahaja. That's it!
Camne, apa kata anda pula ye?

putih kot Remy ni, ade plak kate dia hitam? jahat tul lah..hehe

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...