Sunday, February 19, 2012

apa, kahwin paksa?

Gemersik Kalbu, Vanila Coklat & BFF 

kalau korang peminat setia TV3 dan suka menonton drama-drama Melayu mesti korang tak terlepas punya menonton ketiga-tiga drama tersebut kan?

Tapi korang sedar tak apa persamaan ketiga-tiga drama tu?

Yang aku perasan, ketiga-tiga drama tu berkisar tentang perkahwinan secara paksa. Bezanya cuma, kenapa mereka dipaksa berkahwin..

  1. Ada yang terpaksa berkahwin kerana telah terlanjur.
  2. Ada yang terpaksa berkahwin kerana menyangka yang itu je lah satu2nye cara yang dia ada untuk mendapatkan perempuan itu.
  3. Ada yang terpaksa berkahwin kerana ingin menjaga hati keluarga (sangat common)
  4. Ada yang terpaksa berkahwin sebab sayangkan sahabat sendiri (ini paling pelik)

erk .. tibe2
Cara yang sama, sebab lain-lain tapi semua happy ending ke?

Gemersik Kalbu : Happy!
Vanila Coklat : Em so far Happy tapi tak tahu lagi la, cerita baru nak klimaks maa
BFF : So far not la. kot.

ehem.

so, bagus ke kahwin paksa ni sebenarnya? akan kekal bahagia forever ke?

As for me, tiada jawapan yg objektif untuk soalan tu. Ia bergantung kepada diri orang tu dan situasi jugak la. Ada yang bahagia dan ada yang merana. Dan kalau bahagia tu, tak semua orang akan jadi sweet macam Gemersik Kalbu. Tak semua akan secomel Vanila coklat.

Ah nama pun drama. Lakonan & Skrip semata-mata! huh

Dan tak semua akan merana macam.. yeah, you all sendiri fikir la..hehe

"yeay, kahwin paksa ni best, nanti sweet cam Amir & Izara." uh, zZzz. Stop dreaming girl!

Walau apa pun pandangan orang lain terhadap isu perkahwinan secara paksa ni, aku tetap mengharapkan yang normal punyer. Bermula daripada titik mula perkenalan, bercinta dan kemudian barulah berkahwin (bila tiba masa yang sesuai dan dua-dua dah bersedia) Tak mau la lompat2, tak mau sangkut2 dan paling penting, tak mau paksa2. Namun siapa lah aku untuk menolak takdir Allah yang telah sedia tertulis itu. uh, cuak kot.

K, I think it's enough for now. daa =)

p/s : oh byk lagi drama yg bertemakan kahwin paksa ni cam Bicara Hati & Ombak Rindu, just malas nak tulis je..hehe

4 comments:

Jo Qusary said...

No.4

Aya_Chan said...

terbaik..

hatibertanya said...

tapi dalam islam boleh ek kawin paksa ni?hmm ntahla..mungkin sedari leh selidik..

Jay said...

Aku masih tercari2 novel kawen paksa yg lari rai stereotaip.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...