Lelaki : Aah. Kahwin lambat lagi la..belajar pun tak habis lagi..
Perempuan : oh tapi aku pasti korang dah plan nak kahwin kan? hmm, aku ada pesanan khas tuk ko nih.
Lelaki : ape die tu? bunyi macam serius je..hehe
Perempuan : Lepas kau kahwin nanti, kau tegurlah isteri kau supaya pakai tudung. Bukan apa, aku rasa kau sendiri tahu kan perempuan kan wajib menutup aurat.
Lelaki : oh, tak kot. Aku tak kisah.
Perempuan : eh kau ni. Jangan la macam tu. Nanti kau jadi suami yang dayus. Kesian kau nanti, tak pasal2 menanggung dosa. Aku tak kata yang semua perempuan bertudung tu baik & sebaliknya.. cuma sebagai suami nanti, kau wajib menegur. eh, kau jangan ambil hati pula kata-kata aku ni.
Lelaki : tak lah. Aku ok. aku terima teguran kau tu. Terima kasih ye. Cuma aku tetap dengan pendirian aku..aku lagi suka perempuan yang tidak bertudung. Aku sebenarnya ada kisah silam dengan perempuan bertudung.. bla bla bla
Perempuan : *hanya mampu melemparkan senyuman sambil mendengar dengan khusyuk cerita yang ingin disampaikan oleh lelaki itu*
perbualan mereka pun tamat.
moral of the story:
- Ramai yang kata mereka beragama Islam. Tapi berapa ramai yang betul-betul ikhlas memahami & mendalami ilmu Islam? Astaghfirullahalazim..
- Dayus adalah lawan kepada cemburu. Ia merujuk kepada lelaki yang membiarkan isteri & anak2 perempuannya melakukan maksiat & kejahatan.
- Berpesan2lah kepada kebenaran. Menegur bukan sebab kita mahu orang itu berubah. Kita menegur sebab Allah yang perintahkan kita menegur orang itu.
2 comments:
cari lah yang dah bertudung... masalh skang ni ramai duk pilih yg x bertudung... yang bertudung ramai.. duk pilih gak yang bertudung...
jangan salahkan mereka yg mencari perempuan tidak bertudung jika perempuan bertudung itu sendiri yang tidak menjaga aurat betul2, tingkahlaku & maruah mereka. wallahua'lam~
Post a Comment