Tuesday, January 22, 2013

Bermula semula (begin again)


Cermin itu ku pandang
nafas ku tarik dalam-dalam
Dia tak suka aku bertumit tinggi
tapi aku suka.
MP3 ku pasang dan headphone ku sangkut di telingaku
Dia selalu merungut
katanya, tak sedap lah lagu ni
tapi aku suka.. lagu tu. suka sangat

Ku berjalan masuk ke dalam sebuah Cafe
Ku ingat kau terlewat
tapi jangkaan ku silap
Kau datang awal
berdiri dan melambai tanganmu ke arahku
Kerusi ku kau tarik dan membantu ku duduk dengan selesanya
dan kau tak tahu yang kau sangat 'sweet' masa tu
Tapi aku tahu.

Dan kau terbahak-bahak ketawa macam budak kecil
ku rasa aneh sebab kau kata aku ni kelakar
sebab dia tak pernah pun cakap macam tu
Ku dah habiskan masa selama 8 bulan lamanya
ku anggap yang CINTA hanya akan berakhir dengan kesengsaraan
tapi pada hari RABU, di sebuah Cafe
Ku lihat ia bermula semula.

Ia bermula semula..


p/s : 'sajak' di atas merupakan translation lagu 'Begin Again' nyanyian Taylor Swift. Tiada kaitan sama ada dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian. =)

No comments: