Wahai remaja,
Siapa kata bercinta itu seronok?
Siapa setuju yang bercinta itu mudah?
Siapa bilang bercinta itu indah?
Hakikatnya, bercinta itu sama seperti ....
Ah susah untuk aku terangkan, tetapi aku cuba ye..
Dalam bercinta ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan
Banyak benda yang perlu kita jaga terutamanya hati
Jika sebelum ni, kita hanya perlu menjaga hati sendiri,
selepas bercinta ada satu lagi hati yang perlu kita jaga
sama macam kita menjaga hati sendiri
Dalam bercinta, kita sentiasa didatangi perasaan cemburu
Cemburu apabila si dia rapat dengan orang lain
Hendak dimarah, bimbang dikatakan mengongkong
Hendak dimarah, siapa lah kita yang belum tentu lagi menjadi teman sehidup semati si dia
Pokoknya, dia bebas !
Bebas berkawan.. bebas bergaul dengan sesiapa sahaja.
Dan mungkin dia masih inginkan pilihan yang lebih banyak
supaya pilihan terakhir nanti
Pilihan yang betul-betul sepadan dan sesuai dengannya dapat dibuat
Kekadang kan, hati ini penat
Penat memikirkan, membayangkan sesuatu yang tidak pasti
Hati ini juga selalu bimbang akan kehilangan si dia yang amat disayangi
Tetapi itulah laluan sukar yang perlu dihadapi oleh insan yang sedang bercinta
Perlu diingat, tak semuanya akan sentiasa manis semasa bercinta
Pasti akan tiba juga saat pahit yang perlu dilalui bersama
Langit tak sentiasa cerah bak kata orang.
Bila saat itu tiba, persefahaman amat-amat diperlukan
Jangan bertindak terburu-buru
Jangan biarkan marah menyelubungi diri
Singkirkan api cemburu yang kian menguasai hatimu
Pasti, kemanisan bercinta kau akan kecap semula
Ingatlah remaja,
Di saat manis itu kau rasa
Jangan engkau lupa akan agamamu
Jangan sesekali lupa wahai remaja ku!
Agamamu yang sangat-sangat membenci kau melakukan kejahatan
Bertahanlah, dan sekiranya masih tidak boleh
Segerakanlah sesuatu yang halal untuk kamu.
Sekian.
Nukilan ikhlas daripada syafiqa-belle.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
University Kuala Lumpur Royal College Medicine of Perak started out as Perak College of Medicine. It was wholly owned by Perak State Governm...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
No comments:
Post a Comment