Wanita baik itu
dijanjikan untuk lelaki yang baik
dan sebaliknya.
Telah terungkap sebaris nama lelaki di Loh Mahfuz untukmu.
Cuma peribadinya ditentukan oleh
sejauh mana ketinggian peribadimu.
Jika kau taubat di atas jalan yang diredhai,
insyaAllah,
si dia turut di jalan yang sama.
Wahai diri, lupakan segala kegundahan,
teguhkan diri pada CINTA HAKIKI
nescaya cinta lelaki soleh turut kau miliki.
Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan
Ya Allah, teguhkan aku di jalanMu,
agar si dia turut berada dalam redhaMu
Ya Allah, perindahkanlah akhlakku,
agar si dia turut dihiasi akhlak yang cantik.
Ya Rahman, aku mohon CINTAMU.
agar jiwa ini terisi,
hati ini terus tenang
dalam dakapan KASIHMU.
Ya Rahim, aku mohon pelihara si dia
walau di mana jua dia berada.
dekatkan dia padaMu Ya Rabb.
kerana sesungguhnya
tidak ada sebaik-baik pelindung
selainMU...
No comments:
Post a Comment