Selasa, 1 Julai 2014

Next Chapter : O&G!

Hi. Salam ramadhan to all.

Im done with my one week holiday.


And tomorrow im going to start my third posting.

Medical : done!
Surgical : done!
O&G : downloading....
Paeds & ortho : coming soon :)

Wish me the best okay?

Bye. Good night!

Khamis, 29 Mei 2014

Nak pesan something lah

Antara kes yang selalu jumpa kat klinik pembedahan:

1) buasir (hemorrhoid)
Aduan : berak darah berasingan dengan tahi. Ataupun ada keluar 'sesuatu' melalui salur berak.
Pesanan : banyakkan makan sayur dan buah. Selalu lah berendam air garam supaya si Buasir mengecut. Tiada ubat diberi, kecuali jika ada sembelit kita akan bagi ubat pelembut najis. Kena la bedah atau ikat jika buasir yang teruk. 
Cara elak : jangan meneran waktu berak!

2) batu karang (renal stone)
Aduan : sakit perut bahagian pinggang, kencing berdarah dan susah kencing. 
Pesanan : banyakkan minum air. Kena bedah untuk kita buang batu tu jika buah pinggang merosot atau batu nya besar gajah haha.
Cara elak : jaga kebersihan alat sulit anda. Jangkitan di bahagian tu antara penyebab utama dapat batu karang.

3) gastrik 
Aduan : sakit perut, muntah darah atau berak hitam.
Punca : ubatan ( pencair darah ) , merokok, jangkitan kuman
Cara elak : makan tepat pada waktunya. 

4) angin pasang (hernia)
Aduan : benjolan di bahagian kiri atau kanan alat sulit. Boleh sebabkan usus tersumbat kalau berlarutan.
Punca : kerja berat, batuk yang teruk dan berpanjangan, sembelit, prostat, kesan pembedahan sebelum ni.
Cara elak : elakkan punca, dilarang keras mengangkat batu konkrit, rawat prostat, makan sayur banyak kalau ada sembelit. Dapatkan rawatan segera jika ada gejala usus tersumbat seperti muntah selepas makan, perut kembung dan tidak berak beberapa hari.

Thats all for now.

Last but not least,

Jangan datang ke klinik pembedahan jika anda tidak mahu dibedah. Thank you :)



Isnin, 26 Mei 2014

Thomas terlepas lagi..

Salam. 

Mesti semua sedang bersedih dan kecewa.
Ku pun begitu.
Namun hakikatnya.. Bukan mudah
'Eh macam lirik lagu zizan plak'
Takpe, its ok.
Kalah tapi sengit
Good enough kot

Yang menonton pun seronok menonton sama2
Seronok berdebar sama2
Sorak sama2
Marah sama2
That 'moment' lagi penting daripada sebuah cawan Thomas tu pun.

Aku membesar dengan Thomas
Maksudnye bukanlah Aku makan nasi Thomas hari2
Maksud aku, jarang terlepas untuk menonton perlawanan thomas
(Bunyi macam patriotik betol)
Yup, seronok tengok diorang main especially tengok dengan family

Si abah lah komentator
Si adik lah tukang kritik
Si akulah yang tukang sorak
Siapa yang suka tengok, paham lah kot

*Yes, I feel you Belle. Feel sgt.
Ok tq haha!

Okaylah. Till here then. See you. Miss you. Bye. Salam. Mari puasa esok? Daaa


P/s: Maaf, gambar tiada kaitan dengan tajuk..

Isnin, 12 Mei 2014

Happy nurses day

Sewaktu aku sedang melihat pesakit di unit rawatan rapi, seseorang telah menegurku,

'Dr, ingat akak lagi?'

'Er maaf, tak pasti la. Kat mana jumpa?'

'Akak la, yang Dr rawat haritu. Ingat tak, amek xray nampak usus tersumbat. Bla bla bla...'

'Oh ingat! Eh dah sihat? Alhamdulillah.'

'Alhamdulillah. Hari ni akak ada buat makan2 jemput lah tau.'

'Iye? Bestnye rezeki.. Terima kasih'

Waktu itu, kau akan rasa betapa indahnya menjadi doktor.

Happy nurses day buat ibuku dan sekalian jururawat yang membaca nukilan beta ini.

Good night! Hehe

Ahad, 30 Mac 2014

My Current Updates

Salam.

Today is my offday and I would like to bebel something. Hope that you don't mind. aha

Currently I'm at Surgical Department. Lebih rileks daripada posting yang sebelum ni. Papepun alhamdulillah la, sebab dah lepas posting sebelum ni (medical). Only Allah je tahu betapa 'strugglenye' aku mengharungi hari-hariku di medical department. Sungguh pun begitu, medical tetap best. aku banyak belajar.

Kalau sebelum ni bangun pagi kul 4.30, tapi sekarang dah boleh bangun lewat sikit. sebab start kerja kul 7pagi. Then, pagi tu review berapa kerat je. Dan selalu jugak ku balik awal. Cuma yang tak bestnye adalah, surgical ada TDS review. Maksudnya dalam sehari kena tiga kali review patient. Then, ada 3 kali ward round and proses kena soal-jawab dengan specialist or MO pun berlaku selama tiga kali dalam sehari.

Pressure akan berlaku bila mana kau oncall/extended seorang on that day and mati la kau nak review semua patient kat ward tu sorg2 malam2. Tapi so far im survived sebab ada bantuan taggers. Depa tu plak lagi senior dari aku, so memang sangat membantu. Surgical seronok sebab dapat masuk Operation room. Kadang2 terfikir gak nak jadi surgeon, tapi macam tak larat la plak nak berdiri berjam2 lamanya. Sakit pinggang..adeh.

next. Its about my latest activities during my offday. Selalunya jarang ada aktiviti selain tidur. Ish memang jarang la. boleh kira pakai telinga je. eh?

jom kira sesama...


satu - 25 January 2014


dua - 1 Feb 2014
tiga- 22 Feb 2014


empat - 29 Mac 2014

yeay ada empat je dalam tahun ni. Wedding plak, tiga kenalan je yang sempat aku pergi. Memang tak dan nak pergi semua. mintak mangap sangat2. Jangan korang boikot tak datang wedding aku plak pasni dah la..hehe. but still rasa syukur sebab sebulan sekali dapat attend wedding kawan2 and reunite dengan membe lame, daripada tak dapat pergi langsung kan.

marilah kita menjadi orang yang bersyukur. Nak jadi orang yang bersyukur ni senang je. cuba tengok orang yang takde kaki. kita kena bersyukur sebab masih ada kaki untuk berjalan dan memakai kasut. Jangan tengok orang yang ada tiga kaki dah la. Ok aku sedang merepek.

perumpamaan nya begitulah. jangan tengok kelebihan orang lain, kita akan rasa kita lemah dan selalu tak bersyukur. Tapi tengoklah orang yang kekurangan serba serbi, nanti kita akan enjoy je dengan hidup yang kita sedang lalui sekarang, InsyaAllah.

bila aku dah start merepek, tandanya aku sudah mengantuk. maka penulisan harus dihentikan dengan kadar segera. ok selamat malam Malaysia =)

p/s: awak, thanks for the surprise!









Rabu, 26 Mac 2014

Dah besar nak jadi apa?

Saya nak jadi Doktor!
Eh tak boleh, nanti kena belasah dengan pesakit sendiri.

Nak jadi pilot lah!
Eh terhempas nanti. Bahaya.

Kalau camtu jadi jurutera la.
Nanti kena hempap bangunan. Jangan.

Jadi peguam?
Tak masuk syurga kalau bela orang yang salah nanti..

Polis?
Ko terjebak dengan rasuah nanti. Susah!

Kalau camtu malas lah nak jadi orang. Apepun tak boleh.

Mesej aku: mana ada kerja yang tiada risiko. Be positive always! If semua orang berfikiran macam kat atas ni, bila la Malaysia kita nak maju? 

Congrats adik2 SPM. Choose your bidang wisely. Consult orang yang betul.

Takziah buat mangsa pesawat MH370.

Ketahuilah, dengan mengingati Allah jiwa akan tenang.

Salam :)


Rabu, 26 Februari 2014

Duit oh duit

Hi blog! Long time no see huh?

Lama gila tak menulis kat sini. Then bila nak menulis rasa kekok pula. Pastu tak tau nak tulis pasal ape. 

.......

Argh tak tau la nak tulis apa. Dah tak reti kot. Tu la sapa suruh tinggalkan blog lama sangat kan. 

Let's start with...

Haritu aku tergerak untuk tengok slip gaji sendiri. Ko bayangkan lepas tujuh bulan baru ada masa tengok slip gaji sendiri. Punya busy weyh jadi doktor ni hah. Ok itu over melampau ye belle.

Haa then.. Tenung punya tenung aku pun terfikir, apakah ada cara untuk aku menambah atau menggandakan jumlah yang ada dalam slip tersebut. Yup, selain tunggu lagi dua tahun lepas jadi MO la ofcoz!

ASB! Yeah why not aku melabur?

Tapi macam pernah dengar yang ASB ni haram. (Sambil google blog ustaz zaharudin) ish tak boleh tak boleh.

Takpelah, daripada aku melabur ke arah yang diragui lebih baik aku berjimat. (Tabung katak digapai dan dicelup wang seposen ke dalamnya) lama2 jadi bukit tu. Esoknya aku ke Tabung Haji. Lalala.

Belle : Sesungguhnya, wang tak menjamin kebahagiaan. Eh tetibe je kau!


HLP (Hadiah Latihan Persekutuan)

Result tawaran HLP dah keluar semalam. Dan adik aku, Rusyaidi berjaya! Alhamdulillah. Semoga berjaya menjadi seorang Pakar Pembedahan yang d...