Thursday, October 7, 2010

Yang Lalu Biarlah Berlalu

Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila

Bagi orang yang berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali.

Jangan hidup di dalam mimpi-mimpi buruk masa lalu, angkatlah diri dari fantasi tersebut!

Apakah kita mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya??

Apakah kita mengharapkan bayi ke perut ibunya?

Air susu kembali ke payu dara si ibu?

Air mata ke dalam kelopak mata?

Padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata kita?

Membuka kembali lembaran lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyiakan perjuangan yang selama ini telah dilakukan

Allah SWT telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu :
ITULAH UMAT YANG TELAH LALU....
(Al-Baqarah:134)

Dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. Orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak merenungi apa yang telah berlalu?" Keldai itu menjawab: "Kerana aku tidak suka akan kebohongan!"

Masalah akan datang jika kita gagal menghadapi masa kini akibat terlalu menyibukkan diri dengan masa lalu.

Kita seolah-olah mensia-siakan keindahan ISTANA yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah USANG!

Mengembalikan hal yang telah lalu itu MUSTAHIL!

Manusia sebenarnya tidak perlu menoleh ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke hadapan, air akan mengalir ke hadapan dan setiap khalifah berjalan ke hadapan.

Oleh itu janganlah menyalahi sunnah kehidupan!

p/s : Ditulis kembali daripada BUKU Don't Be Sad 'setelah kesulitan pasti ada kemudahan'.

3 comments:

iqbalsyarie said...

:(
Yang berlalu, insyaAllah menjadi pengalaman utk baki umur yang mendatang. Thanks berkongsi

-Insaf sekejap

syafiqa-belle said...

Yup, hidup ini tak lengkap tanpa pengalaman lalu.. same-same~

adrinaqamarina said...

la tahzan :)