Thursday, October 28, 2010

Jangan asyik ingat Laut sampai lupa Darat


"Bila dah berjaya, lupa daratan. Macam kacang lupakan kulit!". 

Pernah anda dengar kata-kata sinis macam tu? Siapa tak pernah dengar, kena banyak makan garam lagi kot..haha. Hari ni, aku jumpa seseorang yang tak lupa daratan. Nama dirahsiakan. Dia merupakan pensyarah di kolej ku. Semasa mengajar kitorang tadi, dia menceritakan kisah hidup dia. Sejarah daripada dia menjadi seorang pelajar sehinggalah dia menjadi dia yang sekarang.. iaitu seorang Doktor Pakar yang berjaya! 


Kenapa aku kagum? Kenapa aku kata dia tak lupa daratan? eh, kita guna perkataan 'beliau' lah lagi proper kan..hehe. ok! Beliau ni 'Malaysian' (kebanyakan pensyarah di kolej ku ialah 'foreigner' iaitu bukan warganegara MALAYSIA) dan beliau berbangsa Cina. Beliau mendapat Ijazah Perubatan di Universiti Malaya. Umur beliau kini 60-an la. (Zaman dulu, bukan senang nak masuk Medic UM kot). Kemuadian, beliau menyambung pelajaran di luar negara untuk menjadi doktor pakar...dan bla bla bla dan blahh sampai lah beliau berjaya menjadi seorang Doktor Pakar. Ok, aku tahu korang mesti dah bosan dengar aku membebel kan...ZzzzZZ (T-T)

Belle, cepat ke tajuk utama!!..    baik lah tuan ^__^

OK. Actually. Aku nak bagitahu yang beliau ni berjiwa besar, kata orang BIG HEART! Beliau sangat lah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Beliau sendiri cakap camni, 

"I enjoy my Nasi Lemak and my Laksa. Two thousands ringgit per month is good enough for me to stay here (Malaysia). And all my childrens graduated. I even want to die here maa." 

Untuk pengetahuan korang, sebelum ni, beliau pernah dan banyak kali jugalah dapat tawaran untuk bekerja di luar negara. Gaji yang ditawarkan ada la mencecah lebih kurang .. sejuta dalam setahun. Sejuta tu!!! Tapi beliau dah tolak tawaran tu dan beliau prefer menjadi seorang lecturer di RCMP, mengajar kitorang sampai jadi DOKTOR.. daripada bekerja untuk 'WHITE MAN'..hehe. Sikap beliau amat perlu menjadi teladan kepada kita semua. Jadi betul tak apa yang aku cakap, aku dah jumpa seseorang yang tak lupakan daratan!! You are so amazing Dr~

psssst korang..masa beliau bercerita, aku sempat menjeling keadaan di ward hospital. Aku terpandang doktor pelatih Melayu terkejar-kejar merawat pesakit. Tatkala tu, aku berdoa, semoga doktor-doktor yang lari & bekerja di luar negara, pulanglah membantu rakyat negara sendiri. Ramai di sini amat memerlukan khidmat korang..adehhh.... 

 (eh jangan bagitahu beliau, nanti kantoi la aku tak bagi attention sangat masa dia bercerita, kang kena attack pula masa OSCE exam. aku ni boleh tahan kuat berangan gak orangnya..hakhak)

Beliau ada beritahu, yang pencipta 'pendrive' yang digunakan oleh kita dan korang-korang seharian, cocok sana.. cocok sini, sehingga virus pun merebak (erk tiba-tiba). hah siapa yang cipta?? Cepat teka! orang Malaysia. (aku baru tahu). Dia dah kaya kot kat luar negara tu then tak nak balik balik Malaysia dah. Siapa yang rugi? Malaysia juga yang rugi. Kesian Malaysia. Jadinya, apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah, janganlah kita menjadi seperti pepatah "Kacang melupakan kulitnya". Harap-harap maksud tersirat di sebalik pepatah best tadi tu dapat diserap secepat mungkin, sepantas kilat oleh kalian yang membaca. Thank you! Kita jangan lah jadi seorang yang lupa daratan. Ingatlah asal usul kita. Cubalah dan ayuhlah berbakti pada negara (pesanan buat diri sendiri juga). Kalau bukan kita yang nak beri sumbangan pada negara, siapa lagi. Takkan lah PATI plak..adoyaiiii (ok just kidding )

Akhir bicara..


Berikut merupakan pesanan beliau agar kitorang dapat belajar bersungguh-sungguh dan ianya berbunyi;

"We study to be a good DOCTOR, to be a good Engineer, to be a good Lawyer"

Berikut pula merupakan ucapan khas untuk kalian yang bakal menempuh peperiksaan akhir semester (exam final) dan ianya berbunyi ;



 Semoga kita semua diberikan kelapangan dada, ingatan yang kuat dan pahaman seperti para Nabi serta diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu. Pada-Nya kita bersujud. Caiyo3. Good Luck!!

Belle' : pssst....ayuh renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..(^___~)V. 


I'm proud to be Malaysian!

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...