Sunday, October 3, 2010

saje menghupdate sebab bosan sangat

Hmm pagi ni tak terasa nak post sesuatu yang boleh dimanfaatkan bersama, cuma terasa ingin menulis dan bercerita. Ok tak? kalo tak ok, sila close window ni cepat-cepat ye!! hehe. Weekend kali ni, aku isi dengan berada di kampung (Johor), setelah hampir sebulan di Perak after raya haritu. Semalam, teman mak ngan abah pergi kenduri kahwin dan rumah terbuka. Lama gak tak join kenduri kahwin dan berjumpa orang kampung. Sekali jumpa.. biasalah soalan yang kedengaran di telinga ku " anak ea? Laa dah besar...cantik (saje tambah2 :P) belajar ke dah keje? ". Erk sebenarnya tak biasa pun sebab aku ni jenis yang liat sikit ke kenduri kahwin kecuali lah kenduri saudara terdekat. 
Alasan = malas nak bersiap dan prefer duduk rumah..hehe. Kali ni lain, aku rajin plak. Tak tau kenapa. okeh nak dijadikan cerita (sebab cerita kenduri kawen ni bukan cerita utama).. semalam ada dua rumah terbuka yang kitorang sekeluarga perlu hadiri. Satu belah petang, satu pula belah malam.

Yang belah malam, selepas kitorang sekeluarga beriya-iya bersiap..dah gerak dah pun ni nak ke rumah si 'pembuka rumah'.. mesej jemputan ke Rumah terbuka pun dibaca untuk kali kedua. 

"La Bang, bukan hari ni..Jumaat malam Sabtu. malam semalam..lol"... erk aku terkejut dan diiringi gelak ketawa yang serious tak ikhlas (gerem jek hati ni. nasib baik lah emak..hehe). Adeh, kesian mak, busy sangat keje sampai mesej pun boleh salah baca. ish8. Takpe lah. mak. jadinya, tak jadi pergi rumah terbuka, memandangkan perut pun dah berkeroncong, kami ke kedai terbuka. pun oklah.ngeh3. best gak makan nasi putih + tomyam + telur dadar = slurrrpppp!!

Hah, sepanjang dua hari dua malam di kampung..benda best yang aku dapat tentu sekali melayan ASTRO! (abes tu nak gi tengok wayang, takde membe..diorang tak balik..uwaa). Antara cerita yang aku tonton ulangan dia banyak kali ialah CINTA KIRANA & LAGENDA BUDAK SETAN. 


CINTA KIRANA mengisahkan pengorbanan KIRANA terhadap cintanya dimana bekas tunangnya  (GALANG)  dah pun hilang ingatan.Dah la hilang ingatan, boleh plak bertunang dengan orang lain. Sedih betul lah. Dalam masa yang sama, Kirana diminta membantu bekas tunangnya itu untuk memulihkan semula ingatan 'beliau'. Bayangkan ajelah, KIRANA terpaksa duduk sebumbung dengan 'beliau' dan tunang kepada 'beliau'. Tentu-tentu lah hari-hari tertengok diorang bermesra, makan suap-suap dan tak ke sedih gitu..huuu. Suka tau buat cite sedih-sedih..haha. Lagi satu watak yang aku suka dalam cite tu, RAKA. RAKA ni cintakan KIRANA, tapi disebabkan GALANG dah kembali.. KIRANA mestilah pilih GALANG. RAKA pun terpaksa lah berundur dan sanggup berkenalan dengan perempuan lain demi nak lupakan KIRANA. ayat yang best dari RAKA yang aku ingat, lebih kurang macam ni lah ea " Aku rasa aku perlu jujur, aku masih tatap cinta sama KIRANA walaupun aku tahu dia tidak ada perasaan yang sama pada aku. HIdup ini perlu diteruskan. Dan aku harap kau percaya sama aku, dan kita akan bahagia selamanya." kata RAKA pada perempuan yang dikenalkan oleh ibunya kepadanya.



Drama Lagenda Budak Setan pulak, macam best sebab aku memang tak tengok lagi movie dia.  (Lagenda Budak Setan diadaptasikan daripada sebuah novel. Selepas Filem berjaya dihasilkan, kini die didramakan pula). Rupa-rupanya bukan ada dua heroin dalam cite tu ea, tapi mereka adalah watak yang sama cuma berubah wajah..haha. Ok fine, memang perlu tengok..tapi entah bile lah boleh tengok lagi. Kat Perak takde ASTRO..uwaaa. P/S : aku tak malu nak ngaku yang aku memang meminati drama dan filem MELAYU. Kalo kita tak sokong produk tempatan, siapa lagi nak sokong..ngeee. Yang penting I LIKE JUE Aziz. Lawanya tatkala engkau bertudung..hehe~ peace bebeh (^_^)V




akhir kata dari ku, ayuh lah study sebab exam pun dah nak dekat..hehe .. Pada rakan-rakan ku yang dah abes belajar dan masih menunggu atau dah pun dapat tawaran bekerja..GOOD Luck!! For now this is ... The END ~

2 comments:

Cahaya Yang Riang Gembira said...

I like RAKA sangat-sangat.. Dia sangat kasihan.. Huhu.. :(

syanabel said...

kann..harap2 RAKA dengan Kirana..tapi cam tak mungkin jek..huhu

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...