Monday, October 11, 2010

Tolong jangan jadi orang tak sabar cam Belle'

Mata ini tak membenarkan aku menutupinya lagi, belum tiba masanya lagi barangkali lalu bermulalah sebuah post yang bakal aku coretkan di sini. Apa khabar pembaca setia belog hambar SYAFIQAH BELLE'. (T-T). Oh lupa nak bagitau. Aku telah pun menukar nama timangan belog ini kepada Wake Up Syafiqah Belle'! The time says. !! Oh memang perlu agaknya nak bagitau kat korang ye (-_-") Kepada yang perasan akan hal itu, bagus lah. Itu tandanya anda memang pembaca kesayangan saya .. heheh (tak masal kan saya). "Kenapa tukar Belle'?". Em akhir bicara akan aku revealkan sebabnya k, tunggu. Meh dengar celoteh ku sebentar..boleh? bagus..jommm ayuh!

Seminggu telah pun berlalu, esok (hari ni) bermulalah hari Isnin seperti biasa. Aku seperti orang-orang lain (bukan orang disini, tapi orang di sana k), membenci amat hari Isnin. Eh ada orang yang suka kot. Tapi ikut mood jugak lah. Kadang-kadang aku suka hari Isnin kalau weekend aku dipenuhi dengan aktiviti yang best. kalau aku tak suka, ianya disebabkan sebaliknya lah kan. Got it? So, enggak perlu dijelaskan, sudah terang lagi bersuluh..sebab utama aku kata aku benci hari Isnin sebab, weekend yang lepas aku tak isi dengan sebaiknya. Uwaaa. Study? Usah cakap la. Jalan-jalan? Hmm ade lah, pergi UO beli barang dapur nak masak. 
(ku bukan jenis yang rajin masak di rumah..jangan silap sangka..pleasee...hee)

Ye. Aku masak. Masak nasi, masak air. Heheh. Yang lain, aku tolong tengok roomate ku masak SUP AYAM dan SAYUR GORENG. Best la, kitorang enjoy memasak. Tapi tapi tapi. Potong mood betul lah. Boleh plak terbocorkan freezer peti ais. Tu lah tak sabo sangat nak pecah kan ais yang membeku dengan lena nya kat dalam peti tu.  Eh, takkan la roomate aku yang buat, mesti lah insan kecil bernama Belle' yang buat. Sebelum tu roomate aku dah pesan, jangan guna pisau. Aku degil. Aku ambil gak pisau yang boleh tahan tajam dan mula mencucuk-cucuk ais dalam freezer tu. Dan tak lame kemudian...fushhhh (bunyi gas keluar). Adoi mak abah. "Apa aku nak buat ni??" Cuak jugaklah. Gile kau tak cuak..haha. bukan murah peti ais tu, baru plak tu..Bell bell bell. Habis terbang melayang duitku..uwaa.

So! Pengajaran nya di sini. Silalah hati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.
Jangan degil, dengarlah cakap orang. Kalau orang dah kata jangan Belle, jangan lah..haha. Last but not least! Banyakkan bersabar. Kalau aku tunggu ais tu cair, bukan ke tak jadi semua ni. Istighfar banyak-banyak ye Belle'.

K lah mata dah berkata, "tutuplah daku sebelum aku menutupimu" (sila abaikan maksud tersirat) manakala tangan berkata, "stop! stop! stop!"..with that I end my bebelan.

Ops lupa..I dah janji ngan U olz (apesal tiba-tiba gedik nih..huhu). Sebab aku tukar nama belog ni adalah, aku suka lah dengan tajuk Filem hindustan yang baru aku beli = WAKE UP SID!. Filem lakonan Ranbir Kapoor (pelakon baru la bagi yang kurang mengikuti perkembangan artis bollywood). Sebab minat ngan Ranbir Kapoor pun ye jugak...hehe (^_^)V

p/s : bersabar itu separuh daripada iman. Harap korang dapat sesuatu daripada post ku kali ni..peaceV 

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...