Rindu. Dan itu adalah serious!
Kalau nak ikutkan, aku plan tak nak dah update belog sampai aku habis exam. Maklum la, aku ingin mengelak
Sekarang ni, aku masih dalam minggu revision. Kitorang ada 2minggu study weeks, dan minggu ni dah pun masuk minggu kedua. Minggu depan exam, dan aku rasa macam tak percaya. Macam baru semalam aku masuk Phase 3A. -nampak beno nipunyerrr.
Oh cakap pasal exam. Cuak woo. Gile kau tak takut. Tuhan je yang boleh explain =(
Ok, sori. Mesti korang bosan dengar pasal exam aku. Jom berbalik pada tajuk utama.
Iklan kejap >> klik sini [KLMU]
Perasaan Bersalah.
Nak dipendekkan cerita, baru-baru ni aku dikerumuni oleh sesuatu 'benda' yang dipanggil perasaan bersalah dan hidup aku macam tak tentu arah. Tapi Alhamdulillah, aku separa berjaya mengatasi perasaan itu. Dan kini aku kembali menjadi normal.
Terus terang aku katakan, yang situasi yang aku alami tu sangat menyakitkan diri aku sendiri. Yes aku ada sifat mudah beno rasa bersalah. Aku sendiri tak pasti ianya baik atau tak.. tapi.. ala, korang pun mesti pernah punya rasa bersalah kan? Tak baik tipu..aha
p/s: Apakah punca perasaan bersalah aku tu, biarlah aku dan rakan-rakan rapatku sahaja yang tahu. Jangan marah =P
Dan semalam, aku ada terbaca satu artikel English tentang Perasaan Bersalah or in English disebut sebagai 'Guilty Feeling'. Aku amat tertarik la dengan penerangan dan fakta2 tentang 'benda alah tu'. Yup, aku suka study pasal emosi manusia =)
So,
Wahai pembaca kesayanganku yang bijaksana lagi comel belako, jom jawab soalan cepu emas aku ni;
"Apa yang korang faham dengan perasaan bersalah? "
Em, korang jawab la dulu soalan aku ni eh. Lepas tu baru aku akan cerita lebih lanjut tentang tu. InsyaAllah, aku akan explain sama ada normal ke kalau kita ada perasaan tu. Apa kesannya kalau kita terlebih rasa bersalah. Dan kalau tiada langsung rasa bersalah, macam mana plak. Aku tak janji, tapi aku pasti cuba meluangkan masa buat entri pasal tu. Paling lewat pun, lepas exam..kah kah kah.
" we should not feel guilty when something is really not our fault. "
Oh, siapa bagi komen yang paling kreatif, aku nak kasi hadiah la.
Ala hadiahnya ialah,
.....
aku akan publishkan jawapan anda itu dalam sambungan entri ini.
Maklum ler, nak bagi Iphong tak mampu T___T
#kbai. Jumpa lagi~
Salam.
" Ya Allah,
semoga semua pelajar Phase 3A
MBBS UniKL RCMP 2008/2013
lulus dengan cemerlang pada peperiksaan kali ini
Amin. "
Iklan lagi >> klik ye [RetroKichen]
-bersambung.....
2 comments:
salam...perasaan bersalah tu biasa la kn...lagi2 as student ni..selalu sgt rasa bersalah pada kawan-kawan.almaklumla,hidup di hostel kena pandai pilih kawan,salah kawan sesat jalan...hehe (mungkin la kot..)
rasa bersalah timbul lagi bila time lecture bagi asgment suruh buat by group..lagi la rase cm 'aduh..aku nk pilih sape ni..???'..tak pilih member sorang ni kang kecik hati,kalau pilih kang,aku sorang je yg wat keje...haa,cm ne tu...?? semuanye dalam dilema dengan perasaan rasa bersalah...=,=
wsalam. Aah setuju yang rasa bersalah tu normal. Dlm kes ell@ ni, perasaan bersalah tu timbul sebab kita keliru sama ada kita nak yang terbaik untuk diri kita tp pada masa yang sama kita juga nak jaga perasaan orang lain. Bila dalam keadaan dilema macam ni, memang susah nak buat keputusan kan?
Kalau kita jenis yg pentingkan diri sendiri, konfem takde masalah. Memang nampak mcm kejam, tapi kadang2 hidup ni perlu jugak jadi 'selfish'..tak gitu?? hehe
Post a Comment