selamat malam dunia.
terasa lama gilerrrrr
tak coretkan sesuatu yang best & berguna di sini.
terasa lama gilerrrrr
tidak menyentuh papan kekunci lappy Aspire 4730Z ini.
"ye la, semenjak ada BB [blackberry] kan?"
eh, BB pula dipersalahkan. Walaupun memang tak dinafikan, BB sentiasa ada dipelukkan jari-jemari ini..kah3 *pang*
"Atau mungkin kau bercuti sakan?"
nak kata sakan, tak la sakan sangat. Lepas ber'jimba' di Shah Alam, aku tak kemana2 pun. Hanya goyang kaki di rumah sahaja. Tweet & FB. Blog, ada la buka sesekali..hehe.
[padahal elaun MARA tak masuk lg, sbb tu berkurung je..hehe]
"Kau, busy benda lain? Layan ASTRO..kan kan?"
Hmm boleh tahan la. Tapi sekarang tak se-dahsyat macam dulu la. Kalau dulu, aku akui yang aku mmg kaki TV. Remote control TV tu, kalau boleh nak guna gam UHU je lekatkan kat tangan ni hah. p/s: rugi kot kalau cuti balik kg tak layan TV!
"Dah tu? Kenapa kau dah tak rajin update Blog?"
ENTAH.
Yang pasti aku ada azam baru sempena masuk Phase baru ni. Terus terang aku kata, walaupun aku lulus exam yang lepas, aku rasa cam tak sedap hati. Soalan hari tu susah kot, banyak betul soalan yang aku tak tahu jawab. Aku memang tak bajet langsung boleh pass. Nak jadi doktor? Lagi la belum layak sangat2 kan. Dan, aku pass pun cukup2 makan je. Sedih sangat. Rasa dia kan seakan-akan, kau happy tapi tak boleh nak happy sangat. Macam tersekat je! Tamak ke aku untuk berperasaan begitu?
cukuplah dah enjoy makan tido je seminggu ni. InsyaAllah esok akan mula elektif di Hospital Muar, semoga dengan semangat yang baru dan berkobar-kobar. Semoga istiqamah ye Belle.. Yeah!!
Oh, sebelum terlupa, Good Luck buat Phase 3B senior MBBS UniKL-RCMP! Do your best ok?
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
University Kuala Lumpur Royal College Medicine of Perak started out as Perak College of Medicine. It was wholly owned by Perak State Governm...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
1 comment:
Hello
Post a Comment