Salam.
sambungan dari entri ini
Apa yang dimaksudkan dengan PERASAAN BERSALAH?
- Dalam kata yang mudah, perasaan bersalah wujud selepas kita melakukan kesalahan. Simple bukan?
Apa pula yang dimaksudkan dengan kesalahan itu sendiri?
- KESALAHAN bermaksud sesuatu yang bertentangan dan menyalahi prinsip hidup seseorang. contoh : Bercakap bohong.
Disebabkan prinsip setiap orang adalah berbeza, maka PERASAAN BERSALAH juga adalah berbeza untuk setiap manusia.
- Contohnya, Ahmad dan Abu ialah Blogger dan juga pelajar. Selepas menghabiskan masa selama 2 jam menulis blog, Ahmad berasa amat bersalah manakala Abu langsung tiada perasaan bersalah.
Kenapa begitu?
Macam yang aku cuba katakan tadi la. Prinsip Ahmad dan Abu mungkin berbeza.
- Ahmad : wasted 2 hours doing nothing [writing an entry].. what the fuuuu**!! $#^&
- Abu : Alhamdulillah, akhirnya berjaya menghasilkan sebuah coretan ringkas. Semoga berguna buat semua pembaca. Selamat membaca!
homework : cuba cari perbezaan dua Blogger diatas dari aspek motif mereka berblog =P
Perasaan bersalah ialah tindak balas emosi yang NORMAL.
- Buktinya, setiap/semua orang pasti pernah mengalami perasaan itu!
- selalunya, rasa bersalah menjadi 'over' disebabkan oleh persepsi yang dibuat oleh diri kita sendiri. Persepsi kita, boleh jadi salah dan boleh juga jadi betul. Bergantung la.
- Contohnya, Aminah mendapat 'surat cinta' dari kolej kerana kehadiran beliau kurang daripada 80%. Aminah bimbang kalau-kalau dia tak boleh menduduki exam bulan depan. Dia pun mula rasa bersalah, risau & hampir setiap hari tidur beliau terganggu.
- Lain pula ceritanya dengan Ain. Dia ni pun dapat 'surat cinta' tapi motif hidup dia, "Hidup biar slumber!" Lagipun dia dah biasa sangat dapat 'surat cinta' macam tu sampai boleh buat novel wa cakap sama lu.. Tak macam Aminah yang pertama kali didatangi 'surat' tersebut.
- Nampak tak beza diorang? Efek rasa bersalah yang 'over' tu terhadap kehidupan seharian kita. Pendek kata, "We Should not feel guilty when something is really not our fault." dan tak salah nak rasa bersalah, tapi biar bertempat. Berfikir lah secara rasional. ok?
- dan selalunya, untuk masalah macam diatas, nasihat yang agak boleh pakai ialah, "Ko ni dah kenapa nak rasa bersalah lebih-lebih, padahal takde ape pun kot. Rileks lah kawan!."
p/s: Do you know that 'feeling guilty' is a sign of Depression? Yes it is!
hmm..cukup lah tuk kali ni. Salam.
2 comments:
rasa bersalah mesti bertempat :) tadaa..hehe
iskk...kisah benar ni....Aminah n Ahmad bukan nama sebenar...hehehe... lpas ni bnyak la masa hang nak berblog...gudluck bro!!!!
Post a Comment