Sunday, January 29, 2012

Jemputan kahwin di FB menghakis tali silaturrahim?

Korang dah kahwin?

la, belum ke? takpe, aku pun..haha

seminggu yang lepas aku terbaca pasal isu jemputan kahwin di FB. Kata artikel tersebut, jemputan di FB menghakis hubungan silaturrahim. betul ke? Macam mana tu?

macam ni..

Dalam artikel tu menyebut ada la sorang makcik ni mengeluh, "aku ni makcik dia kot, ade ke patut invite kenduri kahwin melalui Fb je.." 

So, pada pendapat aku memang patut la makcik tu mengadu macam tu. Lagipun, dia adalah makcik, adik-beradik kepada bapa/ibu kepada pengantin kot. Kecik hati tau tak..huhu. Saudara dekat sangat, kalau saudara jauh kita boleh consider la juga. 

Kalau dilihat zaman dulu-dulu, keluarga akan datang sendiri ke rumah saudara untuk menghantar kad jemputan kahwin. Aku ingat lagi time Pak Cik aku nak mengahwinkan anak dia, sanggup turun dari KL untuk bagi sendiri kad kahwin kat keluarga kami.

Memang la, mungkin akan ada yang cakap itu zaman dulu, boleh la. Zaman sekarang kan dah canggih. Sekali taip, sekali send & semua orang dapat. Sangat menjimatkan masa, wang & tenaga. Tapi kita sedar tak, teknologi yang canggih tu ada kesannya? yup, maksud aku kesan yang NEGATIF.

Selain amalan ziarah-menziarahi keluarga bakal terhapus, adab menjemput tetamu pun mungkin turut lenyap. Kalau kita sendiri dijemput ke majlis orang, seorang ni menjemput melalui Fb sahaja, yang lagi seorang ni datang dari jauh menghantar sendiri kad jemputan ataupun menelefon & bertanya khabar sambil menjemput dengan begitu bersungguh-sungguh ke majlis itu, majlis yang manakah kita konfem akan pergi?

jadi fikir-fikirkan lah..

p/s : kalau kenalan/kawan-kawan ok je kot nak hantar jemputan melalui FB. Kita faham la, ramai kot kawan kat Fb tu. Beribu-ribu kawan, tak mungkin la nak pergi bersemuka sorang2 hantar kad kan? tapi tapi tapi.. kalau saudara terdekat, berapa ketullah sangat. Kan lebih manis if tak invite guna FB..hehe

-sesuatu yang nampak susah itu 
tentu mempunyai nilai tertentu yang kita sendiri tidak sedar-


sumber : gelakje.com

(ada bran nak buat kad kahwin camni?)

Wednesday, January 18, 2012

1Malaysia Book Expo 2012

Jom tebus Baucer Buku RM200 !


Izzah meninggalkan Haris?

salam.


hmm..

korang pernah dengar lagu 'Di saat aku mencintaimu' dendangan Dadali?

kalau tak pernah dengar, sila keluar dari sini sekarang!

eh tak tak ku gurau je..hehe. klik la play kat atas tu kalau nak dengar ye =)

Kalau korang hayati betul-betul bait2 lagu tu kan, akan rasa sayu sangat, sedih sangat. Kadang-kadang tu dengar sensorang dalam bilik pastu nanges ea. ish3 *talk to the hand*

"maaf, sungguh ku tak bisa. Untuk kembali kepada mu. Maaf ku telah terbuai akan indahnya cinta..." -Izzah

"Aku inginkan diri mu. Datang dan temui aku. Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..." -Haris

Pendek kata lah kan, lagu tu menyampaikan terus isi hati Haris yang telah ditinggalkan oleh Izzah.

persoalannya di sini;

"Kenapa Izzah meninggalkan Haris?"

  • sebab Izzah dah ada orang lain.

"Tapi Haris sangat kacak kot! grrr.."

  • kacak je nak watpe der..

". . . . ."

"dah tu sebab ape?"
  • sebab Haris kata Izzah lebih layak bahagia dengan orang lain. Haris disahkan menghidap kanser otak lepas eksiden tempoh hari.
"pulak dah? Haris tak menyesal ke lepaskan Izzah?"
  • Gile kau tak menyesal? Duk tengah meroyan. Sebab tu asyik play lagu dadali tu banyak kali.

moral of the story : Gunakanlah Haq berfikir sebelum menggunakan Haq bercakap. Bertindaklah dalam keadaan tenang, bukan sewaktu emosi kurang stabil. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Khas buat yang memahami apa yang cuba ku sampaikan melalui entri ini;
Kuatkan semangat mu. Jangan terburu-buru. Jangan pernah fikir yang bukan-bukan. InsyaAllah tiada apa yang perlu dirisaukan. Jaga diri selalu (^__^).





Monday, January 16, 2012

My current updates.


Hye ALL! I guess, my stress level has increased recently. It’s probably due to an increase workload. Just in case anyone out there is curious what my schedule is for this week, here ya go :
    • Mon : Assessment + study
    • Tue : EMQ + MEQ + OSCE  {End of Posting Exam}
    • Wed : Attend classes at GP Klebang + no study
    • Thu : Assessment + no study
    • Fri: Submit Audit report, Case write-up & logbook + ready for 'BALIK KAMPUNG'. 

Happy Chinese New Year in advance!
It's a week holiday huh. I'll be back to MUAR & attend a gathering held in JB. InsyaAllah. Yeay!

p/s : 14/01/2012 is my mom's 54th birthday. I wish her always be forever young & happy..hehe.


Friday, January 13, 2012

cerita tentang doktor..

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..


"kenapa awak ambil masa yg lama utk datang..?? Awak tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Awak x ada rasa bertanggungjawab ke..??"

doktor tersebut tersenyum dan berkata : " saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap saudara bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang awak kata..?! kalau anak awak berada dalam bilik tu skrang ni, bolehkah awak bertenang..??kalau anak awak mati sekarang ni apa yg awak buat..?? kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata : "saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang..Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."

"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..x lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira..

"alhamdulillah..anak saudara selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau saudara ada sebarang soalan..boleh tanya jururawat nanti..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah selepas melihat jururawat..

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :

"anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya..dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik..dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

moral of the story : Never judge anyone..... because U never know how their life is & what they're going through...



sumber : perkongsian rakan di Facebook

Tuesday, January 3, 2012

Bukan tentang Amalina

Dulu, waktu kita tinggal di asrama
banyak benda baru yang kita dapat
benda baru yang kita tak dapat di rumah

kita dilatih supaya
solat berjemaah 5 waktu setiap hari
mengamalkan bacaan ma'surat pagi dan petang
sebelum tidur, pasti surah al-mulk dibaca beramai-ramai
seronoknya berpuasa sunat setiap hari Isnin & Khamis

kita juga acap kali dikerah
supaya menghadiri kuliah pagi sabtu dan ahad
kita juga join usrah
kadang-kadang kita join qiam
walaupun sunat tasbih itu memenatkan
tapi kita tetap bangkit menunaikannya

Kini??
Kita tidak lagi tinggal di asrama
tapi kita tetap berjauhan dari keluarga tersayang
kita juga terpaksa berdikari
Perlu memasang jam loceng
supaya dapat bangkit subuh setiap hari
Almaklumlah kan, 
tiada suara Ustaz/Uztazah yang membangkitkan kita dari lena

Kini, susahnya kita hendak menghadiri kuliah agama
yang selalu mengingatkan kita di kala lalai akan keduniaan ini
susahnya kita hendak berpuasa sunat
qiam?? lagi la susah
walhal, untuk membaca sehelai Al-quran pun kita tidak mahu
mana pergi amalan ku sewaktu di asrama dulu?

betul tu!

kita terlalu sibuk
mengejar mengejar dan mengejar
penghargaan manusia di dunia
tanpa kita sedar
redha Illahi lebih bermakna

kadang-kadang aku terfikir,
kenapa dulu kita boleh begitu, tapi sekarang kita tidak lagi begitu?
kenapa dia boleh, kenapa aku tidak?
apa yang telah membezakan kami?

bantu kami Ya Allah!!!
tetapkan Iman kami
supaya terus berjuang di jalan-mu

~amin~

# berilmu - beriman - beramal #

-belle-

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...