Tuesday, January 3, 2012

Bukan tentang Amalina

Dulu, waktu kita tinggal di asrama
banyak benda baru yang kita dapat
benda baru yang kita tak dapat di rumah

kita dilatih supaya
solat berjemaah 5 waktu setiap hari
mengamalkan bacaan ma'surat pagi dan petang
sebelum tidur, pasti surah al-mulk dibaca beramai-ramai
seronoknya berpuasa sunat setiap hari Isnin & Khamis

kita juga acap kali dikerah
supaya menghadiri kuliah pagi sabtu dan ahad
kita juga join usrah
kadang-kadang kita join qiam
walaupun sunat tasbih itu memenatkan
tapi kita tetap bangkit menunaikannya

Kini??
Kita tidak lagi tinggal di asrama
tapi kita tetap berjauhan dari keluarga tersayang
kita juga terpaksa berdikari
Perlu memasang jam loceng
supaya dapat bangkit subuh setiap hari
Almaklumlah kan, 
tiada suara Ustaz/Uztazah yang membangkitkan kita dari lena

Kini, susahnya kita hendak menghadiri kuliah agama
yang selalu mengingatkan kita di kala lalai akan keduniaan ini
susahnya kita hendak berpuasa sunat
qiam?? lagi la susah
walhal, untuk membaca sehelai Al-quran pun kita tidak mahu
mana pergi amalan ku sewaktu di asrama dulu?

betul tu!

kita terlalu sibuk
mengejar mengejar dan mengejar
penghargaan manusia di dunia
tanpa kita sedar
redha Illahi lebih bermakna

kadang-kadang aku terfikir,
kenapa dulu kita boleh begitu, tapi sekarang kita tidak lagi begitu?
kenapa dia boleh, kenapa aku tidak?
apa yang telah membezakan kami?

bantu kami Ya Allah!!!
tetapkan Iman kami
supaya terus berjuang di jalan-mu

~amin~

# berilmu - beriman - beramal #

-belle-

8 comments:

Asma said...

Itulah pentingnya biah solehah... persekitaran yang baik,pengaruh sahabat2 yang baik.. kita adalah cermin kepada kawan2 kita.. miss all those time i've spent in Egypt... but also feel thankful for all the time i've spent in Ipoh.... all the time that makes me a stronger person, Alhamdulillah

Alisya said...

yup..masa duduk asrama dulu semua boleh je buat..tapi bila dah duduk sendiri, liat sungguh...hm...

Nurrul said...

nak tahu apa yg menguatkan kita..
SOLAT ! SOLAT ! SOLAT ! jagalah solah kamu.. maka baiklah perbuatan yg lain..
itu kan tiang agama :)

EZAN IDMA said...

betul. kadg2 tersasar.

syafiqah nabilah said...

dear Asma,
Thanks to you also =) Jangan serik menegur ana ya..hehe

syafiqah nabilah said...

Dear Farahana,
Yup sangat liat. pelik..huhu

syafiqah nabilah said...

Dear Nurrul,
Terima kasih. Setuju tu. Jagalah solat sentiasa. insyaAllah semua akan ok =)

syafiqah nabilah said...

Dear Harizan,
macam anak panah je, tersasar dari sasaran..hehe