Tuesday, February 28, 2012

Buang Tahi Lalat?

Salam.

Apa khabar Iman anda hari ini? Pagi ni, Syafiqah nak kongsi ilmu sikit tentang apa yang dapat semalam. Sekarang ni tengah posting Pembedahan Palstik (Plastic Surgery). Before tu, jangan kecilkan pemahaman anda ye. Pembedahan Plastik bukan sahaja tentang besarkan payudara dan tegangkan muka. ok!!!??

Pada hari pertama posting, Syafiqah dapat tengok pembedahan kecil yang dilakukan oleh Doktor. Ye. Tepat sekali. Pembedahan buang Tahi Lalat di muka. Nampak ngeri bukan? Masa mula-mula nak tengok pun, Syafiqah cuak juga. Tapi Alhamdulillah, takde pape pun je la actually.

Dr tu cuma lukis bentuk Mata guna dakwat kat area Tahi Lalat tu (bawah mata).

And then dia cucuk ubat bius.

Dah konfem pesakit tak rasa apa2, dia pun mula la membedah. Dia potong ikut bentuk mata tu dan siat dan potong lagi sikit2 sampailah Tahi lalat Terputus daripada dagingnya.

Last but not least, Dr pun jahit balik cantik2 dan siap!

pembedahan berjaya! pesakit gembira! Kami pun ucap tahniah kepada pesakit. yeay~

Tak sabar pula rasanya nak tahu apa jadi kat muka pesakit tu selepas balutan luka dibuka. Pasti ada parut kan? takpe, parut boleh baik..sekarang kan macam2 ubat sapu ada..kan?

(2007) saya rindu tahi lalat saya ='(

p/s : dulu aku pernah mempunyai tahi lalat besar di atas bibir. Tapi, tanggal 2009 aku telah membuangnya guna cara cina yang tilik nasib. Ala kan ada selalu kita jumpa kat shopping complex, buang satu tahi lalat RM10. Dia cuma titikkan ubat, pastu kita biarkan kering 5hari tanpa mencucinya. Pastu dia akan tanggal sendiri.

Tahi lalat ni, jika kita dah buang sekalipun, akan ada kemungkinan yang dia akan tumbuh balik.

kalau tanya aku, kenapa buang tahi lalat? aku akan jawab, sebab dia besar sangat. Lagipun masa tu betul2 lepas dengar lecture pasal mole can lead to skin cancer. actually, its only benign..huhu. jahilnya aku waktu tu.

Dan ada orang kata tahi lalat di muka ada maksud tersendiri. tapi entah lah. Apa pendapat korang ye? kongsilah!

13 comments:

najwa nano said...

i want to see your face before buang tahi lalat tu..

mahal tak buat surgery ni?nak buat jugak!nanti kaya...hahahahha

syanabel said...

eh, bukan dah tunjuk ke kat atas tu? hehe

murah je, kalau buat kat hospital kerajaan. cuma kene queue la jap. Kalau buat kat hospital swasta, I'm not sure. Maybe I will find out and tell you later..k? hehe

syanabel said...

Oh maybe Najwa teringin nak lihat gambar saya lepas buang tahi lalat eh? banyak je letak dalam belog ni..cuma kene cari la..hehe

Anonymous said...

Salam akak..sy ina..sy nak tanya akak buang tahi lalat tu dekat mana? sekarang ada lagi tak rawatan tu?

syanabel said...

Wassalam. Dekat Mahkota Parade, tak sure ada lagi ke tak. tapi cuba cari di mana-mana Shopping Complex, mesti ada. kedai tu kedai cina yang ada tilik nasib and kat tengah2 shopping complex selalunyee. try k

Anonymous said...

so skrg u punye mole dah hilang after rawatan ngan kdai cine tu ke?? or lpas pembedahan dr doc?

Anonymous said...

really need ur comment..can u please email me.. nana.ann90@yahoo.com...tq

syanabel said...

Yup, dah hilang lepas buat rawatan kat kedai cina tu

Anonymous said...

Email me at ssuraya7788@gmail.com. Need ur answer. Tq

Fieya said...

salam. saya pun nak buang sebab dh terlebih besar.. huhu berapa caj kt hospital kerajaan ek? mase menunggu bape minggu? tq for the info :)

syanabel said...

caj kat hospital kerajaan tak mahal, cuma kena tunggu lama.

Unknown said...

Salam blh bgtau name ubat kdai cina 2..
Need ur snswer yatt86.ns@gmail.com

Anonymous said...

byk nk tny ni.. pls e-mail me : wakakacoco85@gmail.com

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...