Wednesday, August 29, 2012

Jauh atau Dekat?

aku ada satu soalan. 

antara dekat tapi jauh dengan jauh tapi dekat, mana lagi better?

Jauh tapi dekat.


kadang-kadang kita rasa mustahil untuk sesuatu perhubungan itu bertahan lama jika berjauhan. Ye lah, bila dah jauh masing-masing sure busy dengan hal masing2 bukan? Bila dah busy mana ada masa untuk orang yang jauh tu

Tapi, tak mustahil la duduk berjauhan boleh menyebabkan kita lebih akrab. Setahu aku ada kebaikan juga walaupun berjauhan ni. Bila dapat jumpa aje mesti happening giler. Banyak betul cerita yang nak diborakkan. Seronok tau tak!

Dan yang aku pasti, bila berjauhan, pasti akan rindu..hehe. 

Dekat tapi jauh.


"Kalau dekat, tak boleh rindu ke?"


Hurm, bukan macam tu. Cuma, kalau berjauhan rindu tu lebih bermakna berbanding duduk berdekatan.

Dan setahu aku, tak pernah pula aku ucap perkataan rindu kat Housemate aku yang biliknya bersebelahan dengan bilikku. Dah la setiap hari aku tatap wajahnya..hehe. Dan kalau aku cakap pun, paling kurang mesti dapat ayat camni; "ko demam ke hari ni Belle?"

Tapi lain pula bila time cuti. After masing-masing dah balik kampung, haa mula la terbit rasa rindu tu. Tak banyak, sikit pun jadi la..hehe.

Kadang-kadang, nama je belajar di tempat yang sama tapi hendak berjumpa tu punya lah susah. hurm, entah lah, aku pun tak tahu mengapa. Aku pasti, korang pun mesti pernah alami benda yang sama kan?  

Mungkin betul lah kata orang; kadang-kadang bila orang tu dekat dengan kita, kita langsung tak pedulikan dia. Bila dah jauh atau pun dah tiada, baru lah kita sedar yang kita amat memerlukan orang tu. 


Mesti korang pelik. Apa benda laa yang aku cuba sampaikan ni kan? Actually moral of the story ialah, sayangi lah orang di sekeliling anda sementara dia masih ada. Jangan tunggu dah berjauhan, baru la terhegeh-hegeh nak cakap, I miss you~ Dan, jangan jadikan alasan jauh untuk kita putuskan tali silaturrahim kita dengan orang lain. Sekarang kan dah moden, facebook aje..hehe.

p/s : kadang-kadang, aku rasa yang lebih elok kita tinggal berjauhan dengan rakan karib kita, korang rasa camne???


Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...