Monday, February 8, 2010

Tak tahu antara 2


salam semua dan selamat bertemu kembali..cheewah..hehe. hmm apesal tajuk entri nih cam len macam je? "tak tahu antara 2" mestilah ada kaitan dengan nak buat keputusan. Hendaklah diingatkan hal ini tiada kena mengena sama ada yang belum meningggal ataupun yg masih bernyawa..huhu

ok2 kita teruskan dgn tajuk utama. mesti kita tak kan lari dari membuat sesuatu keputusan dlm hidup nih...kecuali bayi sebab dia baru nak start hidup ye tak. Tak kisah lah keputusan kecik ataupun keputusan besar. Dua2 penting sebab sedikit sebanyak ada kesan lah kat masa depan kita. So kita mestilah berfikir dulu sebelum membuat keputusan..kan2. antara langkah2 yang diambil:

1. bertanya pada yang pakar
2. Solat ISTIKHARAH
3. Minta nasihat ibubapa dan kawan2
4. Buat senarai kebaikan dan keburukan antara pilihan2
5. Berfikir sampai masak ranum!
6. baling dadu dan terus tembak lah (selalunya soklan exam lah)
7. hentam sajalah labu..pasrah
8. dan apa-apa yang sekutu dengan yang di atas

so aku tertarik dengan cara yg no 2 tu. 'SOLAT ISTIKHARAH'. Bagi umat Islam, cara ni paling famous lah terutamanya tang mencari jodoh..hehe.

Definisi solat Istikharah; Solat sunat memohon petunjuk kepada Allah dalam membuat sesuatu keputusan. 

Dipendekkan cite ade la si H nih dalam dilema nak pilih 'antara dua'. Yang pelik, 'antara dua' tu, dua-dua dah buat solat istikharah then katenya mereka nampak si H..camne tuh? Boleh caye ke nih....kalo si H yang buat solat istikharah, logik gak, tapi yg mereka berdua tu buat jugak nape...dah sah2 pilihan die si H tu je kan..ye tak? kalo mimpi pun memang confem punyelah nampak si H. Yelah duk teringat si H je..haha. Dlm hal ni aku pun tak tahu nk nasihat camne. Just ko kene betulkan niat, ikhlaskan hati mintak pertolongan daripada Allah. Moga si H dapat buat pilihan yang terbaik dan hidup bahagia...lalala. 

(seingat aku, dalam hidup aku, tak pernah lagi aku solat istikharah..so agak kurang arif tentang cara-cara nak tunaikan solat tu. Tapi memang perlu tahu benda nih...berguna tuk masa depan yang tentunya lebih banyak cabaran..yeahh!)

jom layan lagu Maher Zain yg diperkenalkan oleh seorang rakan blogger. Thanks ya bro. "Never lose hope. InsyaAllah3x..you will find your way. Coz Allah is always by your side. Thanks to Allah. He is never far away. Put your trust to him, raise your hand and pray...lalala..show me the way...insyaAllah5x we will find the way...lalala