Saturday, February 6, 2010

Seminar Mencari Cinta

selalunya hari Sabtu orang buat ape ek? Mesti ramai yang keluar berjalan-jalan kan, shopping ke, berkelah ke..huhu. Aku? adeh tak tahu nak buat apelah. Nak kuar pun, nak gi mane je. Penyelesaian terbaik, duduk rumah jelah..hehe. Jom layan panggung Sabtu kat TV3, citer hindustan..TV2 pun ok gak..hehe. Wah seronok2. Lepas lunch, duk depan TV dan jangan lupa sediakan kotak tisu (kalo citer sedih la). 

"Amboi3 banyak nyer masa lapang ko Belle'. Assignment banyak tak siap lagi padahal." okey, baik2. Belle akan berusaha untuk memanfaatkan hari minggu dengan melaksanakan segala assignment yang tertangguh disebabkan exam minggu lepas. eh esok ade seminar, tajuknye "seminar mencari cinta". mula-mulanya memang nak pegi, tapi tak jadik pulak sebab ade beberapa masalah teknikal. 


seminar tu dianjurkan kelab ISC kat kolej aku. Kalo tak silap, penceramah die penulis buku Aku Terima Nikahnya dan seangkatan dengannya lah. aku pun tak pasti sangat. mesti best punyer lah. Hah Tajuk tu jangan silap sangka pulak eh, bukan cinta **tuttt, tapi lebih kepada cinta kepada Illahi. Bagus tajuk ni, terutama khusus kepada remaja zaman sekarang. Sememangnya kejar cinta Allah dulu sebelum mengejar cinta manusia. (kebelakangan ni ramai pulak aku dengar rakan2 seperjuanganku yang dah bercouple, bercinta dan yang nak berkahwin pun ada...hehe. Jeles pun ade..(~_^). Dah besar rupanya aku)

..::::Semalam, tiba-tiba sahaja ;

Pika : Wah nak jogging la esok
Ain   : Alah ko, cakap je lebih..haha
Pika : Eh insyaAllah...demi mengurangkan lemak2 kat badan aku nih..huhu
Ain  : yolah aku doakan ko berjaya k
Pika : hah, gitu ar membe! sayang ko

(off to bed @ 2.00am) ZzzzZZ.......

tup tup keesokan harinya....jam 10pagi....aku baru bangun daa. abes punah segala azam semalam. Camne nih. jap lagi nak melantak roti canai. Ini bukan buang lemak, tambah lemak ade lah...ayoyo. hmm tak dinafikan ar, dah lama gua tak exercise. Takpe2 hari Ahad masih ada. moga tercapailah impian aku tu walaupun mungkin hanya bersenam di bilik..kuang3.

                                           (jogging2 di UiTM Shah Alam)

p/s: amalan gaya hidup sihat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. percayalah..heeeee (^___^)Y

2 comments:

Hami Asraff said...

Salam. Bagus2 guna hari sabtu dengan cara paling terbaik, berjoging. (",). Study UiTM S.Alam jugak ke?

syanabel said...

Hami Asraff: Waalaikummussalam. Tenkiu sudi singgah ke blog yg tak seberapa nie. Erm pernah study kat UiTM tapi setahun je..huhu

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...