Sunday, August 7, 2011

Jawapan entri TOK pasal lelaki suruh perempuan tutup aurat but still...

Salam. Hye.

Slot geli-geleman datang lagi! Are you ready?

Let's begin! Now

Apa yang bakal ku coretkan sebentar lagi amatlah berkaitan dengan entri terbaru Blog The Other Khairul, tentang persoalan kenapa lelaki suka suruh perempuan tutup aurat tapi still pergi menggatal dengan perempuan seksi??! Ish, bila baca tajuk aku mati-mati ingat TOK nak tulis pasal kisah Jejari Runcing putus tunang dengan Khairul Fahmi Che Mat (KFCM), sekali bukan daa..

(Klik SINI jika belum khatam entri tersebut)


Sebelum jawapan diberi, jom dengar cerita cinta ini. Biarlah aku menggunakan kata nama 'aku' bagi menyedapkan lagi pembacaan anda..okay?

Aku seorang wanita. Aku pernah dikecewakan dan juga mengecewakan. It's fair enough kan? Tapi aku bersyukur sebab orang yang pernah aku kecewakan kini bahagia bersama isteri tercinta. Aku pula? Masih single setelah dikecewakan. Tapi itu semua cerita lama. Malas aku nak fikir daa.

Setelah 3tahun bergelar bujang, akhirnya cinta itu datang lagi. Pintu hatiku ku buka. Perasaan yang sama cuma berbeza orang je. Alhamdulillah, aku menerima dia seadanya dan yakin dia lah jodoh ku. Kini hubungan kami mencecah hampir 2bulan usianya. Aku tahu masih terlalu awal untuk aku mengimpikan apa-apa. Entah! Yang pasti aku mula sayangkan dia.

Tapi, langit itu tak selalunya cerah..kan. Dugaan datang apabila dia kantoi menduakan aku. Tuhan itu maha adil, aku tergerak hati meng-hack FB si dia. Aku tekad untuk memutuskan hubungan kami tanpa memberitahu sebab sebenar aku buat begitu. Aku cuma cakap "Sorry, I think I'm not ready...yet.". Aku sedar aku kejam, tapi dia lagi kejam! So, aku move on macam biasa. No hard feeling. Ala lagipun, kumbang bukan seekor.

Tapi, dia keep on contact me back dengan alasan hanya ingin berkawan. Ok fine. Kawan sahaja. Sampai la satu masa tu, aku rasa aku tak boleh tipu diri aku lagi dan dia. Aku kena juga bagitahu hal yang sebenar sebab kami putus dulu. Aku kena juga luahkan rasa marah aku yang dah lama aku pendam tu. Aku pun terus terang cakap kat dia dan aku harap dengan penjelasan aku tu, dia tak akan kacau hidup aku lagi.

But then, aku dapat jawapan yang selama ini aku cari. Selama ni aku nak sangat tahu kenapa dia sanggup, dia tergamak buat aku macam tu. Walaupun jawapan dia agak typical, entah. Aku terpanggil untuk memaafkan kesalahan dia. Aku rasa dia jujur. Rupa-rupanya, perempuan tu adalah wanita pertama yang dia cintai. Dan diorang baru je contact balik sebab perempuan tu ada masalah dengan BF dia. Dan si dia juga mengaku yang dia masih mencintai perempuan tu.

Well, baik dan mulia betol kan hati seorang LELAKI? (sarcasm)
And Yes!. Sekarang aku dah memaafkan dia. Hey, siapa yang boleh lupakan cinta pertama beb? Dan apa jadi pada hubungan kami, aku serahkan pada jodoh. Still continue berkawan macam biasa cuma yang aku tahu bezanya adalah ia takkan berubah menjadi sama macam dulu lagi dan ianya berjalan tanpa dendam kesumat..haha. Kalau ada jodoh ada la. Lagipun, aku muda lagi dan banyak benda lain lagi yang perlu aku kejar. Lelaki memang bukan segalanya bagi aku tetapi aku memang perlukan mereka untuk meneruskan kehidupan. Enough said ha! Chill lah.. Life is too short to be Unhappy.

TAMAT cerita. Amacam, ok tak cerita rekaan aku tadi? Boleh buat cerpen tak? Hee. (P/S: Memang tak bertujuan ditujukan kepada sape-sape, jika sama jugak, ianya hanyalah kebetulan semata)


Berbalik kepada tajuk asal, aku nak kongsi jawapan dari sudut pandangan seorang gadis berusia 23tahun, yang masih single but currently not really available. Hmm.. Wee.
Menjawab kepada persoalan kenapa lelaki bersikap suka nak suruh perempuan tutup aurat tapi dia pergi menggatal dengan perempuan seksi. Ish aku rasa, lelaki tu biul la. Ada Bipolar Disorder kot. Kejap nak yang mcm ni, kejap nak yg lain pula. Tapi, hakikatnya memang wujud lelaki macam ni. Senang je, lelaki sukakan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri. Begitu juga perempuan. Baik itu subjektif. Perempuan seksi tak bermakna perempuan itu tidak baik. Dah, faham maksud aku??

Dan menjawab kepada soalan gadis pemberi email dalam entri Blog TOK;

"Lelaki suka suruh perempuan tutup aurat.."
Amboi, manisnya lelaki ini. Belum jadi suami lagi tu, dah pandai memandu perempuannya ke jalan yang lurus. Tabik jap! Tapi, cuba cek balik. Apa tujuan dia yang sebenarnya? Ada dua, antara memang betul dia nak jadikan anda wanita yang solehah ataupun cuma nak bagi mak ayah senang hati dapat menantu baik. Kalau memang betul dia nak jadikan anda wanita yang baik, jangan lepaskan lelaki itu! Susah woo nak dapat zaman sekarang ni. Dan anda tutup aurat, bukan semata-mata kerana BF kan? Cek balik..

"..Tapi still pergi menggatal dengan awek seksi"
Ini memang lelaki jenis bagi betis nak peha. Pendek kata, ala nama pun Lelaki. Tapi bole jadi, dia nak jadikan awek seksi tu solehah gak, mane la tahu kan.. (gile positif pikiran aku ni..ahaks).

Kalau dapat kes yang macam ni, aku rasa lelaki ni keliru sebenarnya. Kejap jadi baik kejap jahat. Kau sebagai perempuan, tahan je lah kerenah lelaki ni. Try la tanya lelaki tu betul2 ape motif dia buat macam tu kat kau. Boleh jadi, semua ni cuma dugaan cinta kau. Bincang la elok2. Sayang kot hubungan korang tu, dah lama sangat. Siap sanggup ikut balik sambung study kat Malaysia lagi. (anyway aku pernah ada kisah yang sama macam kau ni, cuma versi lain sikit sebab 3rd party tu is better than me. I guess la, so aku undur diri)

Kalau betul dia dah tak nak kat kau, okla. Kau sendiri cakap kan, You are fine with that. Takde sedih2. Which is bagus la. Kalau lelaki tu nakkan kau lagi dan kau masih sayangkan dia, ape kata bagi peluang kedua janji suh dia berubah dan tak buat lagi. Aku faham. Ramai gadis akan tak setuju dengan cadangan aku ni. Aku tahu itu susah tapi tak salah kita mencuba. Tak rugi pun. Kau muda lagi rite? Hehe. Cuma hati-hati ok lepas ni. Dan cek balik apa yang kurang dan perlu diperbaiki lagi dalam hubungan korang tu. Pandulah lelaki itu kembali ke jalan yang benar selagi boleh. Obviously he lost his way!! (Ni curi dari komen entri TOK)

P/S: Kengkawan ko memang tak boleh harap la, ade pula buat donno je kan. Tak patut memang tak patut.

Puas hati ke dengan jawapan aku tu? Ape jawapan korang pulak? Sila baca entri kat Blog TOK tu dulu k~

Belle : hmm sepanjang aku jadi budak medik, aku rasa lelaki kitorang lah yang paling baik, alim dan skema. Cukup tu ciri-ciri nak dijadikan suami. Jarang la nak tengok ada yang menggatal sana sini. Inikan pula nak pasang awek dua segala bagai? Ada masa pulak kan. Lain la pasang satu kat luar satu kat dalam. Itu normal. Dan diulangi! Jarang. Maksudnya kebarangkalian tu still ada. Dan kalau ada pun, diorang mesti kahwin awal & mostly bercinta sesama budak medik jugak kan? Standard la. Ada bagusnya bercinta sesama budak medik ni, boleh belajar sama-sama. Nanti keje pun sama-sama. Dan yang pasti, ada juga yang bercinta sebab nak upkan semangat study. Susah woo medic tanpa orang tersayang. Senang dapat tekanan jiwa..haha *tak terasa tak terasa


#LIFE=(Study--Kerja--Kahwin--Anak)

12 comments:

qutil said...

perghhhh... nak komen, tapi idea tersekat2...
nanti dah readi i komen panjang2 okay

qutil.posterous.com

zati embong said...

cerpenkah?baru ingt betul kan.mata lelaki mmg cm2,belum imaginasi dia.susah kot nk cari yg betul2 bleh tahan godaan luar skrg.kdg2 awek sebelah,mata duk pndg pmpuan lain lg.

Anonymous said...

huhu. Betul2. Walaupun saya lelaki tapi tetap suka dgn pendapat atau jawapan cik syafiqah ni. hee. :)

Like page saya eh. (www.facebook.com/umedianetwork)

qutil said...

hehey, chantik sikit, bukan semua guys hensem cam tu kat lua okay...

anyway kalau dah betul lelaki tu nak suruh korang buat baik apa salahnya, korang dapat pahala, dea ley invest pahala sekali kat korang.bukan salah pon nak nasihat menasihati.

kalau si jantan tu nak berkelepet dengan orang yang seksi, itu adalah tugas yang sepatutnya, sebab utama mereka jadi cam tu adalah disebabkan perempuan itu gak, dah dea tayang semua hak suami dea kat orang, maka para lelaki yang tergoda ini pon menjalankan lah arahan2 setan untuk terus merosakkan mereka.anyway kalau si jantan yang buat pasai ni, bukan korang yang dapat dosa..

kalau korang berperikemanusiaan nak menasihatkan, just nasihatkan lah..sebenarnya tanggungjawab yang lelaki pegang adalah lebih berat dari wanita, dan kalau lelaki yang tak bertanggungjawab macham tu, nak wat cam na kan..

kalau sayang cakap sayang, tapi jangan beri sayang sebelum kamu berkahwin..

you choose nak masuk syurga atau neraka..

Unknown said...

ahha...bkn men ag bce cerpen 2..igt kisah benar...,tp btul la...life must go on...kumbang bkn sekor :},da org xnak kte bek let go....buat ape brsedih dkt org yg xmau..

syanabel said...

@ Qutil : wah laju aje bab ni eh..wee

@ Zati embong : kalau la realiti, ada lagi tak ek perempuan yang baik hati nak terima ex dia balik..hmm. Hee kita cungkil mata die :)

qutil said...

isu sensetip bagi lelaki macho memang kena bertindak chepat..

qutil.posterous.com

syanabel said...

@Umedia Network : thanks. sebab awak rajin komen kat sini, saya like ok?? hehe

@Qutil again : haha, kalau guys hensem buat camtu, boleh accept gak la, ni yg tak hensem pun nak buat perangai gak..camne tuh??

haa, inilah lelaki. bila seksi sikit, mula nak salahkan perempuan. Iman masing-masing punya, either pandai jaga or tak, tu je..lalala

"jgn beri syg sebelum kahwin" --I LIKE!

syanabel said...

@ iejjah : kalau realiti, awak rasa betul ke tindakan perempuan tu? i mean, dia berkawan balik dengan ex dia??

qutil said...

ecececeee iman masing2 punya ya???dah tu x pandai nak jaga harta sendiri? nak bagi orang rasa semua??(bukan anda)sedangkan tok imam kalau lihat gadis bogel pon boleh luruh iman tw, kalu x sengaje x pe, ini sengaja pulak tu...

cam nie lah, ade orang cakap, orang yang baik adalah orang yang tidak memberi susah kepada orang, kalau sendiri pakai baju ketat siap ade "press this button" lagi, maka layaknya ia digelar tidak baik, kerana ia menyumbang kepada dosa orang lain..

qutil.posterous.com

syanabel said...

yo lah.. accepted! anda menang. (hey gadis seksi, tak dapek den nak nolong laie)

qutil said...

haha saje nak memeriahkan majlis :)

anyway kepada gegadis comel sekalian, jika anda mahu tiket perchuma, boleh, tapi make sure anda begitu petite dan menyelerakan jika tidak, anda akan dimaki hamun..

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...