Thursday, August 18, 2011

Tips nak tahu awek tu pandai masak ke tak


ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab;

Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai masak'. Pandai masak ada pelbagai definisi. Kadang-kadang, pandai masak meggi 2minit pun dah dikira pandai masak. Pandai panggang Ayam BBQ pun, dikira pandai masak. Tapi, 'pandai masak' yang aku maksudkan dalam entri kali ini, tentu sekali lah bermaksud betul-betul pandai masak punyer. Err tak paham ke? Ala, jangan la kejam sangat..huhu

AMARAN awal >> pandai masak dan rajin masak amatlah berbeza erti dia. Siapa yang rajin masak mesti pandai masak. Tapi siapa yang tak rajin masak, tak semestinya tak pandai masak. Titik Noktah!

ok! let's straight to the point..

Tips untuk tahu awek tu pandai masak ke tak 
ataupun dengan kata lain
ciri-ciri awek yang pandai masak
adalah....


  1. Tak suka makan lunch kat luar, alasan kononnya nak berjimat, padahal..hehe
    • bila korang ajak keluar lunch aje, mesti dia menolak. Sebenarnya, bukan tak sudi tapi sebab dia nak masak kat umah la. Penat dia gi shopping barang dapur semalam, takkan tak nak masak pulak rugi je duit...hehe. Nak masakkan untuk BF, belum halal lagi.. ye tak? lalala
  2. Asal korang msg je, tanya "awak kat mane tu?" mesti jawapan dia tengah duduk kat dapur
    • Kalau lah dapat awek macam ni kan, bersyukur lah banyak-banyak wahai lelaki. Tapi awas, pastikan dia betul-betul memasak di dapur bukan sedang mencekik makanan kat peti ais pulak..opss..hehe
    • dan mesej la time makan, especially time jam 10-11pagi. kalau si awek belum bangun tido, or tengah update belog.. err teka sendiri lah apa maksud die .. hehe
  3. Tak pernah duduk asrama
    • aku tak pasti, tips ni boleh digunapakai ataupun tidak. Apa yang aku tahu, kalau dia tak pernah duduk asrama, kebarangkalian untuk dia pandai masak amatlah besar. Tapi pastikan dia takde orang gaji !
    • Ye lah, kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sejak dari Form 1 dah duduk asrama, sampai dah besar panjang pun still duk jauh dari family.. *tak terasa tak terasa* , diorang sangat kesian kot. Tak banyak masa nak belajar masak dengan mak (semua tu alasan je Belle. Malas tu malas jugak kot..haha)
    • eh tapi ada sorang awek ni, dia duk asrama je tapi pandai masak. memperkenalkan Siti Nur Aminah :-)
  4. Awek korang tu anak sulung / kakak sulung
    • dah nama pun anak sulung, tak kan tak reti masak... tipu giler ah kan. Kecuali ada sorang ni la kan, dia kakak sulung tapi tak reti masak. Dasyat woo..memperkenalkan Syafiqa Belle.. haha
  5. Tanya terus!
    • Tips ni guna paling last la. Yelah, takut terguris hati si awek nanti, tak pasal2 rosak rumahtangga orang, yang dipersalahkan siapa nanti?? aku jugak..
    • Tapi kalau nak try juga, tanya lah.. "awak, awak pandai masak tak?"
    • korang akan dapat jawapan, samaada yang sebenarnya atau tipu2, ianya bergantung kepada cara korang bertanya la. 
    • Agak-agak kalau gaya menyoal tu macam nak mencari calon isteri, opkos kami akan jawab, "yes, I do pandai masak! so, bila awak nak masuk meminang saye?"
    • kalau gaya soal macam nak main-main, ataupun you are not our taste, opkos kami akan jawab, "pandai, pandai masak meggi dengan masak air."
    • so, faham-faham lah sendiri nak buat ape k?
lelaki camni la baru macho

So, how was it? kalau berani, try la tips kat atas tu. InsyaAllah, mana tahu mengena satu dua kan?

Kesimpulannya disini, ape ade hal lah awek tu pandai masak ataupun tak. Janji hati dah suka, pandai masak ke tak dah tak penting dah. Susah-susah amek la orang gaji takpun hanta isteri pergi kursus memasak..hehe

Tapi, kalau aku jadi lelaki pun, aku mesti nak cari bakal isteri yang pandai masak, yang pandai jaga makan minum aku selepas mak aku.. ye tak? Aku faham aku faham. Sama lah macam, perempuan mahukan bakal suami dia pandai menjadi imam untuknya nanti. Chewahh.. So, wanita merangkap kaum sejenis ku, bila nak start belajar masak?


Belle;

"ala Wa, Nani pun camtu gak dulu. Sebelum kahwin punyalah malas masak, lepas kahwin automatik rajin ke dapur punya." kata ibu saudaraku membelaku sewaktu aku kena bebel dengan mak.

"perempuan ni kan, kalau tiba-tiba rajin ke dapur, ada makna lettew..euww.."

"aku nak letak syarat kat bakal adik ipar mahupun kakak ipar aku, diorang haruslah wajib pandai masak supaya senang sikit keje beta..ahaha"


sangat sweet <3

err pandai masak tak semestinya masak sedap kan? ke tak..huhu

11 comments:

zety said...

reality tak sehebat fantasi kan kan=0

yo87 said...

Wah, tq tunaikan hajat nasihangit. hehe ;) Info yg berguna. Pastu lagi jelas tentang pandai dengan rajin masak. hehehe

Yang benar,
http://nasihangit.blogspot.com/

public nuisance said...

ade je org pandai masak..tp x sedap...aku le tu..wahahaha
eh..chop..pndai ke?? kahkahkahkah~

NadiRah said...

hahhah..aritu nasik hnagit ni pon ade dtg jerit2 kat kotak..huhuhu

Taufan Bin Ribut said...

xde awek #foreveralone...


Entri Terkini :Tips untuk bangun sahur versi #haramjadah

Entri terdahulu :Kad raya vs Postman

syanabel said...

Zety : fantasi sentiasa lebih hebat daripada realiti. sbb tu manusia berfantasi

yo87 : You are welcome :)

Ayuni : ala, ko pandai.. aku tahu..hehe

Nadirah : hehe..same lah kita

Taufan bin Ribut : awat peliknye name..wee

RinsyaRyc said...

Hehehe.. Sya x baape pandai masak.. Kek raya buleh pulak?

dah follow awak, follow sya balik yerr..

http://bulatmata.blogspot.com/

tq^^

Anonymous said...

xpandai msk xpe yg penting ade keiginan untk memasak.kalu xpandai leh blajo tp kalu maleh xdapek la nk d ajo.haha

Siti Nur Aminah said...

kau mcm pnh rasa je aku masakkan??

ahahahah

aku kene masak sebab save bajet.

Ada said...

tapi pe maksud ' saya cuma tahu masak, tp sy x pandai masak' ... ? huhahauahaua

syanabel said...

ada : maksudnye macam ni, kalau tahu masak, dia ibarat masuk masterchef tapi 1st week dah tersingkir. Untuk yg pandai masak plak, die macam Ezany jadi Juara . (eh pandai2 je aku nih..hehe)

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...