Thursday, August 11, 2011

Puasa tak syok tanpa ini semua !

salam.

Tadi aku pergi terawikh.

Terawikh pertama aku untuk Ramdhan kali ini. Dah 1/3 Ramadhan daa, baru nak pergi terawikh ke Belle'..ish3. Alhamdulillah, rasa lebih bersemangat lepas menunaikan solat Terawikh. Betullah weyh, tanpa terawikh, tak bermakna puasa kita. Aku rasa kosong kot selama ni. Jom semak, apa lagi yang perlu ada sepanjang Ramadhan atau pun pendek kata, tanpa ia, tak syok la puasa kita :)


  1. Bangun sahur! 
    • sahur lah walaupun dengan 3biji kurma dan segelas air kosong sahaja. Tapi ingat, jangan sahur pukul 2-3 pagi. Sebaik-baiknya lewatkan sahur, awalkan berbuka.
  2. Berkongsi juadah berbuka. 
    • Kalau duk kat Kampung, mak mesti masak lebih sebab nak kasi kat jiran sebelah. Lepas tu, aku jugak yang kena hantarkan kat umah sebelah. Tapi sebab aku ni penyegan, jadi aku buli adik aku la, ape lagi..hehe
  3. Pergi Bazar'Pasar Ramadhan (PARAM)
    • Menu paling best mestilah murtabak! lepas tu, nafsu makan mencurah-curah, mesti nak beli banyak2, padahal time berbuka nanti makan sikit je. Psycho betol! Sekarang aku dalam proses nak jimat cermat, tak nak beli air lagi dan nak belanja bawah RM5 sahaja. Semoga tercapai!
  4. Tadarus Al-Quran
    • masa duduk asrama dulu, kitorang memang dilatih bertadarus sepanjang bulan puasa. tadarus ni ada macam-macam cara. ada yang baca sahaja dan mesti khatam dalam masa sebulan dan ada jugak yang baca beserta dengan maksud dia. Dan selalunya tadarus ni dilakukan secara berjemaah. Waktu yang paling sesuai tadarus ialah, selepas solat Maghrib sementara menunggu waktu isyak masuk.
  5. Lailatul Qadar
    • aku tak pernah menikmati malam lailatul qadar. Tahu-tahu je, diorang kata, "eh ko tau, semalam malam Lailatul qadar". Then masa tu barulah nak menyesal, kenapa lah aku tak tahajud malam tadi..hoho
  6. Kumpul pahala
    • rugilah sangat-sangat, kalau tak merebut peluang ini sebaik yang mungkin. Selamat meningkatkan amalan bersama~
  7. Penurunan berat badan
    • haa, time ni lah kita nak mengembalikan berat badan yang ideal. Jangan pula terbalik, berat badan bertambah selepas puasa (sangat pelik kot). Selalunya, lepas raya baru berat bertambah. Dan ingat, jaga kesihatan sepanjang bulan puasa terutama bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, dapatkan & ikut nasihat doktor ok?
  8. Cari buluh pasang pelita
    • masa zaman remaja, aku lah yang cari buluh, aku jugalah yang pasang pelita kat rumah. Persis seorang wira je kan..haha. (ok tipu, abang aku yang cari, aku just pasangkan paku aje). Tapi sekarang, boleh beli aje kat kedai, abes cerita. Tak payah susah-susah kena selumbar la segala bagai..lalala
  9. Main bunga api
    • rugi la kalau tak pernah main bunga api. Walaupun ianya diharamkan, tapi kitorang mesti dapat stok, entah dari mana aku pun tak pasti. Seronok woo. Main dengan adik-beradik, pastu lawan dengan jiran, mercun sape paling kuat. Aku paling suka mercun gasing. Cantik!! Bunga api pulak, aku suka patah-patahkan, pastu susun bentuk bintang, then bakar kat tengah-tengah, cantik hasil dia nanti. Tapi sekarang, bukan tak nak main, malu nak main..haha
  10. Shopping raya
    • aku tak minat sangat kecuali ada mak sekali.
  11. Kad raya
    • aku suka bagi kad raya, dan kumpul kad raya. seronok! lain rasanya dapat kad raya dengan dapat sms raya. sms boleh delete, kad raya boleh simpan. balik ni nak tengok balik la kad raya lama-lama..hehe. Sekarang ni, bukan tak nak beli kad raya, bukan tak ada alamat kengkawan, tapi segan nak kasi, nanti di gelar kuno..FB kan ada, post aje..lalalala
  12. Hias rumah
    • walaupun berpuasa, kerja mengemas halaman rumah, dalam rumah & dapur wajib dilakukan. Aku suka style adik aku yang bongsu (lelaki). Time nak raya, semangat betul kemas rumah. Tak payah disuruh langsung. Dan acara paling best bila dapat mengecat rumah bersama-sama. Aku mesti sibuk-sibuk nak mengecat walaupun aku tahu kewajipan aku lebih di dapur sebenarnya..hehe. Then mulalah abang aku membebel, "Nabilah, pergi tolong mak masak sane lah!" benci betol..haish
p/s : Korang cuti raya lama tak? dah beli tiket balik raya? beli cepat nanti abes. Aku tak yah beli sebab balik raya nanti naik kereta.. Alhamdulillah..hehe






4 comments:

Princess Feyqa said...

hehe semua tu best kecuali bunga api.. fyqa fobia dgn bunga api!

syanabel said...

ala rugi lah camtu..huhu

Ahmad Safwan bin Idrus said...

time dekat raya mak paling senang hati bila tgk anak-anak bujang dia rajin bersihkan rumah, potong rumput. Siap refer majalah Anjung Seri lagi, haha

syanabel said...

Dasyat tu sampai kena refer majalah haa..lol

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...