Wednesday, August 17, 2011

dua jenis kawan yang aku paling tak suka time nak dekat exam

Jenis pertama!

Pura-pura tak study padahal..

"euww camne ni, banyak lagi tak study. abis la aku camni."

"rileks la aku pun sama." balas ku, saja nak calm down kan si kawan, padahal semalam aku bersusah payah sengkang mata tak tido.

sekali, bila keluar je result..si kawan dapat result gempak, aku? Double Cis burger betol!

Aku tak salahkan si kawan yang dah memang sedia genius. Tak payah study pun, mesti score punya. Tapi, agak tak perlu lah kau berkata-kata seolah-olah kau nak ajak sekali kitorang yang tak genius ni supaya jangan study. Honestly speaking, memang wujud golongan manusia yang macam tadi ok. Sampai sekarang aku masih tercari-cari tujuan perlakuan tersebut. Psycho betol lah!



Jenis kedua!

Tak boleh tengok aku study rajin sikit, mula lah..

"pergh, rajin siot study..bravo bravo!"

Motif??! Bukan ke memang exam nak dekat. Takkan still nak lepak lagi depan Facebook & Twitter. (aku tak tujukan kepada mana-mana pihak, masing2 ada cara study tersendiri) Haruslah study kan. So perlu ke, mention kan ayat yang seakan-akan kau tak pernah tengok aku study? Terguris hati ini tau tak! Please lah. Support your friend yang memang betul-betul nak score dalam exam. Bukan jadi kawan yang makan kawan.

Em, dua jenis kawan yang macam di atas, memang selalu kita jumpa time dekat-dekat nak exam. Aku tak paham la. Susah sangat ke nak cakap, "Awak, good luck eh. Kita dah berusaha sama-sama, insyaAllah boleh jawab punya..hehe." Tak susah ok. Memang la, kadang-kadang kita perlu bersaing dalam hidup, tapi bersaing lah secara sihat dan jujur..haiyyaa.

So, korang ada ke kawan yang macam ni?

Moral of the story: Kalau anda terjumpa orang yang se'pesen' macam yang di atas, tinggalkan aje mereka tu tau, at least sepanjang anda dalam bulan peperiksaan. Go & focused on your main mission. Thank You!

-ditulis berdasarkan pengalaman & pemerhatian sendiri 

4 comments:

Ahmad Safwan bin Idrus said...

Paling tak best bila ada kawan yang 1st tu. Haha, tapi tak suka bila exam je

cik siti said...

Ya Allah.. yg 1st tu mmg semua member mcm tu... tak tahulah. buat down je kalau diorg dpt result gempak!!! triple cis beger kannn!!

Hime said...

mmg sama sebijik lah kawan time exam..keke..mmg wujud

syanabel said...

safwan : takde siapa suka exam, tapi tanpa exam, tak bermakna lah apa yg kita dah belajar.. ye tak?

cik siti : memang ! GCB betol lah..ahaha

Hime : yup.. sangat betul-betul ada. terutamanya zaman sekolah. Zaman U dah kurang, tapi still ade jugak :)